Thursday, May 30, 2013


i always remember those little moments i had with you. they might not have meant anything to you but to me, memories like those are meant to forever last in my heart :)

hari ni merupakan hari last aku stay kat rumah sebelum esok bertolak pergi KL. T.T sedih tu tak payah cakap, ada lah jugak terasa di hati. haha :3 sebenarnyaa emm emm aku agak takut nak pergi uni nih sebab takut kena homesick yang terlampau. tapi normal lah tu kan? semua orang akan wajib punya kena homesick buat kali pertama berjauhan dengan family. kalau tak, memang heartless sungguh! haha

packing pun tak lagi. bilik pun berterabur atas katil sebab barang barang yang nak bawak semua aku lempar atas katil. haha :D so pagi nih misi kemaskan bilik dan untuk packing, of course last minit! iaitu malam ini. -.-'

list barang yang aku rasa aku akan bawak. KOT ;
- 8 helai baju kurung
- 6 jubah (2 kain lycra)
- 3 seluar slack
- 4 baju muslimah
- 4 selipar & kasut
- 6 helai tudung

tu je kot yang mainnn list. haha :D dan of kos lah bawak laptop, iron, DUIT, bantal dan emm emm teddy bear :D haha ^^ aku tak mampu tidur tanpa teddy bear,tapi tak seteruk dulu. kot. sekarang dah matured sikittt.

p.s : aku berhajat sangat sangat sebelum aku pergi KL nih, aku dapat chat chat dengan kau. tapi nampaknya tak kesampaian. bila aku tengok kau online, aku geramm nak tegur tapi aku takut. haha :3 aihh memang ego sungguh. takkan pernah aku yang first tegur orang lain tak kira dia tu laki ataupun perempuan. hanya certain person yang aku 'agak' rapat je aku berani. dan of kos lahh budak mmp. kalau budak kex, teragak agak jugak aku nak tegur. haha :D that annoying feeling when you're dying to talk to someone, but you refuse to text them first. -.-'

tapi tak rasa lah sangat sebab last aku 'chat' dengan kau tu 'happy' iaitu minggu lepas. maybe ada hikmah kot benda nih. finally it's time to move on ^^ okay fine finee aku tak pernah buat dalam hidup aku stalk twitter / fb orang lain sampai akhir. hahaa -.-' 

well at least aku happy sebab dapat berkawan dengan kau :) cesss.

p.s again : ada orang pesan nanti pegi u, pergi belajar. jangan duk sibuk cari gewangg. LOL inshaallah :) 

#banyak banyak apps yang aku guna - fb, twitter, instag, FRIENDSTER (haha) and so onnn, aku  rasa hati aku still terpaut dengan kehebatan blog. sebab well well aku rasa aku boleh berceloteh apa benda yang aku nak. kalau kat fb & twitter, tak syiokk sangatt. kalau kat blog nih, memang ape ke benda yang aku tak tulis. dari benda kecil sampai ke benda yang paling paling besar aku tulis. kalau tak publish dalam blog nih, publish kat blog satu lagi dan kalau tak dua dua, draft pun jadilahh. haha

okay assalamualaikum. see you again, blog :) thanks ya allah. inshaallah aku baik baik saja di PALAM. kalau ada internet dan aku freee, nanti aku update lagi eh eh? aku sayang mu blog! :/ till we meet  again.

Sunday, May 26, 2013

The Future.

assalamualaikum dan hai hai hai :D

bila tengok kawan kawan aku dah start melangkahkan kaki ke universiti / matrik masing masing, serius rasa sedihh sangat sangat. esp kawan baik aku sendiri -.-' okay mesti dio terharu gilo kei sebab ore perkenalkan dio kat yana, 'nana, ni nih kawan baik kakak.' LOL haha

bila tengok sorang sorang pergi tinggalkan aku, aku rasa hati aku sakit jugaklah sebab aku takut kawan aku jumpa geng baru dan emm emm lupakan aku. LOL tapi serius! -.-' well, aku pun nak further study jugak ahad nih :D kat UiTM Puncak Alam, selangor ^^

sesungguhnya bila aku tahu ramai gilaaa kawan dapat kat PALAM, timbul rasa gerun sebab kena compete -.-' agak seram bila tengok orang lain semua tip top. aku takut aku tak survive. oh nooooo! tapi aku yakin dengan diri aku sendiri :D

if i confident with myself, i believe i can do anythinggg. but if i doubt with myself, im sure i'll not do anything. - the voice

secara jujur, aku masih konfius sama ada nak amik medic ataupun education learning, means lecturer. dan seandainya aku dapat tawaran jpa, lagilah krengg otak aku nak pilih antara medic, education learning dengan engineer. aihhhh -.-' tapi maybe aku akan narrowkan option aku dengan out-kan engineer. kot. seperti tawaran jepun dan utp dulu :|

ummi baba aku macam on je kalau aku jadi lecturer sebab senang nak ikut nanti. tak perlu rushing macam doc. tapi baba aku cakap kat ummi dan ummi kata kat aku, 'tapi baba nok jugok anok baba jadi doktor sorei. ore lain baba tok napok doh, kakak sorei jah hok baba napok.'

entahh. aku pun pening nak fikir mana satu. tapi kalau boleh aku tak nak kos yang aku pilih tu tak ngam dengan life aku. aku rasa medic pun aku on, education learning pun aku on. oh yeee, bila aku kata kat kawan fuedo aku pasal education learning nih, some of them kata, 'sudoh doh lah anok murid mekda. keno maroh sokmoo.' LOL dan aku pun balas, 'kalu aku jadi cikgu kei, konfemm ehh aku dapat naikkan gred budok budok. ho dohh, mugo takut ko aku kei. mesti sep dio belajar sungguh. konfem straight sokmo result!' hahaha

dannn inshaallah. perancangan aku lahh. if aku pilih medic, aku rasa aku akan sambung sambung medic dan last last sekali bila aku dah bekerja sebagai doktor buat beberapa tahun,aku nak further study jadi lecturer :) kira two in one aku buat dalam life aku. hahaa 

inshaallah :D doakan aku yang terbaik ^^

p.s : someone pernah tanya aku, 'dio tok rajin sedih ko eh? pelik ore. sokmo dio suko. kalu chat, mesti dio akan selitkan 'haha' kat last tuh. tok rajin sedih ko? kejam.' part dia kata kejam tu aku tak faham motif dia apa. LOL haha. okay lawak pun ada nak menangis terharu pun adaaa. haha :D bila dia tanya gitu, terus aku belek bali conversation aku dengan dia dan baca balik post post aku yang lepas dalam blog nih dan 'ho lahh. aku mesti 'haha' kat alik belakei tuh even benda tu tok lawok pun.' hikhok ^^ memang krengg.

okay salam :D

#terima kasih untuk kenangan bowling, 23/5 :D  maybe itu yang last kita jumpa sebelum masing masing pergi U. dear you, jangan lupakan aku :) 

Saturday, May 25, 2013

and when you write something about your friend(s), you smile alone and reminisce the moment :)

when you miss them, you'll read again and again the conversation. and you smile. 

Monday, May 20, 2013

okay hari ni dapat tahu result MARA. dan ini keputusannya :



HARAP MAAF. SEMAKAN MENDAPATI PERMOHONAN ANDA TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN.

takda kejam lagi ke ayat? siap caps lock bagai. hahaa :D

nak kata aku kecewa? ada lah sikit sikit, rasa macam shocked jugak kot tiba tiba keluar ayat kejam gituu. tapi sekejap je punggg :) haha memang pada awal aku tak expect langsung aku dapat. serius! sebab iq test kan? lagpun iq aku memang krengg. haha

okay. kecewa itu mestilah ada kan? tapi bila aku fikir, perlu ke aku kecewa? perlu ke perlu ke? haha. secara jujur yang aku ingatlah, ni kegagalan yang ketiga yang pernah aku alami yang aku ingat worst lahh. first, masa jawab addmath mid year 2012. second, masa gagal test kereta buat kali pertama hari tu. dan yang third, yang mara ni lahh. haha

tapi kalau aku asyik hanyut dalam kecewa, apa yang aku dapat? hello. aku ni positive person okayy? so common lahh. benda kecik ni je punn.

sungguh. aku dapat banyakkk hikmah kenapa  aku tak dapat mara yang mana kos yang aku idam idamkan sedangkan kos yang aku tak idam idamkan dapat pulak. ke jepun pulak tuh. aihhh -.-' 

1. iman aku tak cukup kuat. maybe tuhan nak tunjuk kalau aku pergi overseas, maybe aku kena culture shock teruk kot. sebab aku tahu iman aku setinggi mana. jadi allah nak suruh aku duduk malaysia atau lebih tepat - PALAM atau pun IPG supaya ada kawan yang tegur andai aku kena culture shock. hahaha :D dan aku yakin ni hikmah terbesarr. sebab tu lah aku mampu pujuk hati aku :)

2. let say lah aku diterima kan, aku kena buat IB. means that, aku kena tempuhi 'asasi' yang paling paling paling susahhh. dan mampukah aku? sedangkan fina pun pernah kata kalau dia dapat IB, dia takkan gi sebab takut kecundang. apatah lagi akuuuu -.-' haha :D dann hello?tak semestinya dapat pergi IB, semua survive tau? ramai je yang kecundang. LOL jadi same level je. cuma yang tu overseas. 

# nasihat captain dalam kex masih terngiang :)  masa tu captain bagi contoh - UM && UiTM. seperti yang kita semua tahu. UM ni sangatlah susah nak score dan dapat further study dalam medic. kira paling susah lah kot selain asasi pintar UKM. dan captain kata hari tu, 'buat apa awak nak apply UM sedangkan UiTM awak boleh apply? UM susah nak score. saya bagi contoh, awak budak UM, kawan awak budak UiTM. awak dapar 3.5 pointer, tapi kawan awak dapat 4.0 pointer sedangkan pada hakikatnya kalau awak kat UiTM awak dapat 4. orang lain tak kisah awak belajar kat mana, orang tengok pointer. so, nampak lah awak bodoh kat situ. dan belum tentu awak dapat jadi best student kat UM. tapi tak mustahil awak dapat jadi best student kat UiTM. tup tup kawan awak dapat biasiswa itu ini, tapi awak? kosong. so think deeply about this.' - tak sama tapi hampir serupa. haha :D

so, begitu lah jugak PALAM dengan MARA. kan kan? pernah tak anda kalian terfikir kannya ?

3. memang lah best gi oversea. tapi bila time hari raya? menanah hati kauu aku cakap rindu kat parents. tapi kalau study local, lepakk je balik rumah kalau rinduu. haha :D

tapi tu ah yang tak syokk. secara jujur, aku tak kisah pun study kat mana. faktor utama aku nak pergi overseas ni sebab emm emm. aku nak pergi melancong negara lain bila freee. tu je sebenarnya. sebab tu allah tak bagi kot. niat tu tak betul dahh! ahhaha :D


so sekarang, kecewa itu takda langsung ! haha :D

okay salam :)

 

Saturday, May 18, 2013


secara ringkas, semalam dapat result UPU. dan masa pukul 12 tu agak berdebar sebab bukak fb, semua geng dah tahu kos dan uni masing masing sedangkan aku? tak boleh nak bukak laman web tu. dan ada sorang kawan ni tegur aku, suruh check dia punya result. well aku pun tolong lah. haha :D aku check yang dia punya dulu seba aku takut nak tahu aku punya. ^^

dan alhamdulillah dia dapat apa yang dia nak. dan bila aku check yang aku punya, alhamdulillah dapat first choice. UiTM - Asasi Sains :) nasib baik aku tak letak UMS first choice. kalau tak, aihhhh takut jugak aku.

secara jujur, bila tahu ramai geng yang dapat UiTM asasi, rasa excited nak gi. haha -.-' 


bila tengok benda ni, bukan UiTM yang aku tengok first. tapi aku tengok UIA dulu. haha -.-' bila UIA lewat dari aku, terus rasa 'nasib baik.' LOL dan alhamdulillah lambat lagi. two weeks more :)

tapi tu lahh, beela gi awal. 30 mei. aihh awal sangat! -.-'

overall, aku tengah tunggu 3 lagi result - MARA - JPA - IPG. secara jujur ikhlas dari hati yang paling dalam, MARA tu langsung aku tak berharap pun. sebab percayalah, susah nak matii. dan dari beribu orang yang buat iq test, hanya 30 orang je yang dia nak untuk ke ireland. ohmaigod? kalau interview, aku berharap lah jugak. tapi untuk test test nih, so sorry -.-' aku tak pandai nak handle.

kalau JPA pulak, kalau dapat, alhamdulillah. kalau tak dapat, pun alhamdulillah. tak kisah pun :) yang IPG pulak, kalau dapat, maybe aku stay asasi atau pun out. aihhh masih ada chance untuk aku bergelar seorang doktor dan jugak guru. haha :D

okay salam :)

Thursday, May 16, 2013

HAPPY TEACHER'S DAY :D

selamat hari guru buat cikgu cikgu ku yang pernah mengajar aku tanpa kira lelah letih atau pun tidak. 


- PARENTS :)
- TASKA (aku tak ingat nama. sebab masa aku cari area telipot tu dah takda. tapi taska english lah :D)
- KEMAS
- PASTI
- SK ZAINAB 2
- SK MULONG 1
- SMK(A) NAIM LILBANAT
- MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN
- KARISMA :D
- TUSYEN CHANGGONG
- TUSYEN CIKGU AZIZ
- TUSYEN KAMI
- TUSYEN MUKERJEE
- TUSYEN CIKGU BIO

Tu je kot sekolah sekolah, tusyen tusyen yang pernah aku belajar. kalau tertinggal, sorry. haha :D

cikgu, jasa cikgu takkan pernah saya lupakan. selamanya. esp cikgu yang mengajar saya masa saya berumur 3-6 tahun. saya tahu, jasa cikgu sangat sangatlah besar. sebab cikgu lah yang mengajar saya untuk kenal huruf ABC, 123, alif ba' ta'. semua tu susah. saya tahu saya tahu.

kalau cikgu tak ajar saya supaya kenal ABC and so on tu, naik lah umur berapa pun, saya takkan pernah reti tuk baca, tulis, and so on. kan kan cikgu? sayanggg cikguu.

dan untuk cikgu lain, saya sayang cikgu :) terima kasih untuk segalanya.

me love you.

p.s : tak sangka aku pun turut dapat sms selamat hari guru. LOL terima kasih anak anak 'murid' kuu :D


Tuesday, May 14, 2013

Interview IPG

hai. assalamualaikum :D

seperti yang aku kata, kelmarin aku interview maybe untuk yang terakhir kalinya iaitu interview IPG.

aku rasa nak share dengan blog aku pengalaman iv ipg sebab lain dari yang lain. kot. dan jugak sebab apa yang aku research masukkkk! haha :D

okay.at first pukul 8.30 gitu masuk dalam bilik untuk ujian INSAK. ada 135 soalan, buat dalam masa 30 minit. dan bagi sesiapa yang nak iv INSAK ke IQ test je hape benda ke, aku nasihatkan kalian baca, tengok jawapan dan terus hitamkan. jangan fikir lama, sebab alaaaa benda tu berkait dengan diri kita jugak. lagipun ada 2 pilihan je. YA / TIDAK. haaa gituuu :D

dan untuk interview, masa aku pulul 2.agak lama lah jugak aku tunggu. dan masa pukul 1.45 aku sampai, rupanya group aku dah masuk. agak berdebar nak mati sebab bila aku bukak pintu, kunci. huwaaaaa aku rasa nak lari balikk. aihhhh -.-' so, jangan sesekali sampai lewat!

masa dalam bilik tu, iver ada dua orang. lelaki && perempuan :) both super duper baik. sebelum start iv, iver tu cakap lah sikit sikit.warm up. bergurau and so on. tapi masa tu serius aku berdebar tahap mega tera giga disebabkan sampai lewat. haha

bila tepat pukul 2, iver tu start bagi arahan macam mana nak conduct iv nih. dia cakap blablbalblaa, aku just angguk angguk. tapi aku faham okay? haha :D then, iver suh lah start introduce diri. mula mula tu afnan (the only boy), aku agak lah terkejut sebab dia just introduce diri dia just nama dan parents. aku pun pelik lah jugak. then next next next, sampai lah giliran sebelah aku (aku last sekali.sebab masuk lewat kan? hahahahaha -.-'). yang sebelah aku nih, dia anak polis. then iver tu tanya lah perasaan dia bila orang kata macam macam kat polis. 

lepas dia cakap, giliran aku pulak. masa ni dia perli aku cakap aku berpeluh kes datang lambat. aihhh haha. at first aku ucap terima kasih sebab bagi aku peluang nak cakap. then iver tu cakap, 'dia sorang je yang ucap terima kasih. baru awak(tunjuk kepada calon yang lain) nak terima kasih jugak?' lantak gi lahhh. aku tengah berdebar masa nih. 

then aku cakap lah nama aku, tinggal, parents kerja pensyarah. umi kerja kat IPG PC. then again iver tu menyampuk. dia bagi nasihat, dia cakap 'let say awak dapat tawaran ni, calon lain jangan kata bukan bukan, guna kabel besar lah apa ke. kata sebab parents kerja ipg. no no no no sebab saya yang temuduga, tapi orang lain yang pilih. jadi terima seadanya.' aku angguk angguk. then aku teruskan kata aku bendahari and so on. dia pun cakap 'alaaaaa. ni mesti dah prepare dengan mak nihhh. bagus. sebab awak praktis.' dalam hati, oh gerammmmmm! ummi aku ppulak yang naik namaaaaa. puihhhhhh  hahaa

okay. iv ni pasal video 5 minit. dan bahaskan pasal benda tu. mula mula aku tengok tajuk. 'whatttttt? MBM MBI?? yeayyyyyyyyyy aku wka research aku wak researchhh. hahaa' tersengih den sorang sorang.

then dia bagi lah peluang untuk kita cakap. aku pun cakap lah pasal MBM MBI yang menggantikan PPSMI. siap sekali dengan tahun start MBM MBI lagi. hahahaa :D dan aku kait dengan KSSR, KBSR, PPPM and so on. arab pun aku kait sekali. LOL kingkongg betul.

cuma aku nasihatkan kalian. bila group discussion, jangan conquer sangat. memang lah kena cakap tak henti, tapi kena consider jugak. orang lain pun nak cakap jugak. faham? aku pernah tahu tak kena conquerrrrrr. kesian kat aku :/ 

then masa last, iver perempuan nih tanya aku, 'shahira. result awak cantik. 11A. betul ke awak nak jadi cikgu? saya rasa awak konfius nihh.' aku pun terus jawab ayat perghhh punyaaaaa. haha :D

masa siap, semua group aku salam. dan aku orang last. masa aku nak keluar tu, iver laki tu panggil aku. oh mak kauu! dia ingat namaaaa akuuuu. oh man oh mann banggaaaaa! haha :D dan dia tanya pasal ummi aku and so on.

p.s : at first tu aku agak geram lah kot sebab bila aku cakap apa apa, mesti iver tu cakap 'tak pelik. sebab awak anak cikgu. mesti awak tahu semua nih.' aku terima even hakikatnya umi aku pun tak tahu apa yang aku tahuuu. puihh. haha then bila aku siap sebut sekali dengan tarikh && tahun, iver tu tanya, 'awak tahu mana dari semua nih? ummi?' aku cakap, 'takk. saya buat research semalam.' :D tercapai jugak hasrat akuu. hahaa

okay fine. assalamualaikum

goodluck kalian yang nak ber-iv esokkk && jugak hari ni :D

Sunday, May 12, 2013

hai everyone :D

esok iv IPG. maybe last iv yang pernah aku pergi kot :) 

inshaallah semua pengalaman iv tu akan aku kenang sampai bila bila dan jadikan pedoman kalau kalau kena interview jugak nanti masa nak bekerja. i just prepare for it :)

do pray for me.

#kalau dapat tawaran ipg, maybe aku berfikir dua tiga kali jugak kot nak pilih antara medic atau gura :D

salam.

Kalau anda suka bersms dan call lelaki, InsyaAllah anda akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau anda suka keluar dengan lelaki, InsyaAllah anda ada suami yg suka keluar dengan perempuan. Kalau anda suka bergurau senda dengan lelaki, InsyaAllah anda akan dapat suami yang suka bergurau senda dengan perempuan. Kalau anda suka menjaga diri, InsyaAllah anda akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Kalau anda seorang yg solehah, InsyaAllah anda akan dapat jodoh yg soleh. Pilihlah nak yg mana? Allah bagi pilihan walaupun ada konsep takdir. Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa. - CP

secara jujurnya aku tersentap baca status ni dalam fb. terus teringat nasihat sahabat-sahabat aku yang sayang aku. yang tegur aku pasal aku 'melampaui' batasan dalam pergaulan :D

i'll never forget this guys :D aku akan amik lesson ni sebagai peringatan untuk aku melangkah ke fasa seterusnya. 

jujur aku katakan, maybe aku telah terkena 'culture shock' dalam diam. apa maksud culture shock? bagi aku (pendapatan aku sendiri lah), culture shock yang negatif sidenya (culture shock pun ada jugak positive side dia) ni terjadi bila someone tibatiba dia buat perkara yang salah tapi bagi dirinya dia buat perkara yang betul. dan baginya takda salahnya pun dengan apa yang dibuat. haaa tu lah maksud culture shock bagi diri aku.

 dan itulah yang terjadi pada aku.

aku buat something yang bagi aku tak salah pun, tapi hakikatnya benda tu salah walau niat aku tu betul. 

mungkin (bukan mungkin dah kot aku rasa) aku 'terlalu' rapat dengan guys kex. sebab bagi aku, personally guys ni kalau dia nak kutuk, dia kutuk depan depan. so kalau ada apa yang mereka 'benci' pasal diri aku, just get ready kena sembur. lainlah dengan girls. kaum sejenis aku termasuk aku sekalipun jenis mengata belakang. 

dan entah. ada orang kata dulu perangai aku tak macam ni. tapi sejak aku masuk kex, perangai aku berubah. aku tak tahu nak klasifikasikan bagaimana perkataan 'berubah' tu. walau aku tak reti nak hurai, tapi aku sendiri pun perasan yang diri aku 'berubah'.

dan sekarang. bila kawan lelaki tegur aku, aku jadi kekok nak layan. tapi kalau tak tegur, gini gitu pulak aku kena sembur. tapi tu lah. aku try sebaik mungkin sebab itu hak aku, kan kan? cehh. cuma dengan certain kawan yang memang aku takleh control sikap gila gila aku tuh -.-' ku akuinya.tapi ku cuba untuk tepis. haha :D

dulu, aku rasa okay je kawan dengan mereka dan bila kawan aku cakap aku ni 'friendly', takda lah aku rasa apa apa. tapi sekarang bila ada orang kata aku 'friendly' 'mudah masuk' dengan guys, aku rasa macam tak sedap hati lah pulak aku dengarnya. macam memerlii aku je. aku rasa macam 'hina' sangat kot diri aku nihhh. haha :|

'maybe benda ni biasa bagi pandangan orang lain. hanya certain person jah yang akan tegur mu. salah mu, betul mu, hanya orang yang betul betul sayangkan mu jah hok tegur. hargailah dia :)'

ok sekian :D 



Tuesday, May 07, 2013

konpius. betul ke aku nak amik medic?

secara jujur aku cakap, sekarang ni aku konfius betul ke tak aku nak jadi doctor -.-'

antara sebab yang buatkan aku ragu : (sorry if terlampau jauh aku berfikir.tp emm emmm biarlahhhh)

1. jadi doktor kena bagi komitmen 101% bak kata pacik zulkifli nordin :) aku tak rasa aku mampu all out. 

2. jadi doktor, kena sacrifice family - husband (LOL) children (lagilah LOL) parents. kalau oncall, mesti jarang sekali nak jumpa mereka. bolehkah aku survive semua tu? sedangkan buat masa sekarang, aku fikir aku rasa aku tak mampu untuk terlalu 'berjauhan' dengan family. sebab entahh. for me, family is everythinggg.  ------- > AKU RASA NI PENYEBAB UTAMA AKU KONFIUS KOT

3. patient is priority for doctor. not family. masa KM buat iv untuk medic, aku rasa macam aku tipuu je KM. aku rasa macam tak jujur dengan diri sendiri. dan aku pasti KM pun perasan aku tipu dia, tapi dia just senyapkan diri. hmm maksud aku tipu, bila KM tanya kalau awak kat hospital tengah rawat patient, dan dapat call kata family awak kat rumah sakit, apa yang awak nak buat? patients or family first? (she asked me in english) dan ingat lagi masa tu aku speechless, dan aku kata bagi seorang doktor, patients is first. not family. saya yakin. saya sangat yakin. kalau saya tolong orang lain, orang lain akan tolong family saya. (in english) dan KM macam boleh terima. tapi, aku tertanya. jujurkah akuu apabila aku berkata sedemikian? bia aku dengar soalan hampir sama yang ditujukan kepada kawan aku, tapi lebih membunuh dari soalan aku, aku rasa macam hmm entah. aku rasa aku tak jujur bagi jawapan tadi. sebab aku jenis kalau aku tengah berdebat pasal benda tu, aku akan stick. tp bukan berdebat pasal politik etc lah. berdebat pasal life aku. kot. contoh masa iv JAD tu lah yang paling ketara bila aku kena bom kat iver tu. terus aku bom dia balik, dan last last dia senyum dan angguk angguk. tu pun aku jawab tipu dan berhemah. LOL seee? sebab tu lah aku konfiussssssssss

4. aku takut darah. hmm duluu aku memang geram bila tengok darah. nampak macam cuteeee gituu. haha tapi since umi aku suh tengok video ibu bersalin, terus aku pengsan dan sejak tu aku takleh tengok (fobia) darah. asal tengok je, mesti rasa pening pening. dan paling worst yang aku ingat bila aku lawat kawan kaknis kat USM kalau tak silap. 'penyakit' kawan kaknis tu takdalah sampai buat aku rasa pening. tp 'penyakit' orang depan kawan kaknis tu haaa yang buat aku pengsan. tralalala. dia kena kanset mulut. dan terpaksa amik daging peha ke lutut aku tak ingat untuk tampal kat mulut (kalau tak silap aku lah). dan bila aku dengar benda tu, terus aku imagine benda tu kena kat aku. terus aku rasa dunia aku hitam dan gelap, tup tup pengsan. ahahahhahaa lawakk wehhhh! :D macam ni ke nak jadi doktor? eh eh aku konfiusssss. aku takut bukan aku yang rawat patient, tapi patient yang rawat aku. muahahahhahaa

5. aku tak rasa tempat tempat 'sakit' / pelik. eh? aku nak terangkan macam mana nih ehh. sukar susar difficult. haaaaa contoh - hari tu umi aku suruh rasa kat kepala dia sebab benjol. dan bila aku nak rasa, tak terasa pulak benjol tuh. bagi aku normal je kepala umi aku sedangkan orang lain rasa kepala umi benjol. dan umi kata 'gano nok jadi doktor kalu hok ni nih pun tok raso nihhh?' dan aku senyapp. tak tahu nak kata apa. lagilah aku konfius. sebab aku pun perasan.aku tak reti nak cam certain part yang perlukan rawatan. - if only you know what i mean. susah kot nak terangkah wehhhhhhhhhhhhhhhhh

6. aku rasa tak teruja pun nak tahu pasal medic. hmmm kos lain pun aku tak rasa 'ghairah' jugak nak tahu. hahaa :D contoh - masa kat kex hari tu, time encyclopedia, adalah satu group yang buat pasal heart transplant tak silap. then masa presentation tuh, aku tengok aizat & adlin bersungguh tanya pasal tu pasal nih. nampak sangat mereka eager nak jadi doktor, kan kan? sedangkan aku senyappppp je. nak kata faham pun tak. tak faham pun tak. haaaa sebab tu lah aku konfius betul ke tak aku nak jadi doktor nihhhhh. padahal aku nak jadi cardiologist~

7. aku ni agak lah hot temper. tapi kalau dengan orang yang tak kenal aku, ada jugak lah cakap aku ni sopan, lemah lembut, baik and so on. ohhh mann! kembang hidung aku kejap. puihhh hahahahaa kenyataaaann bebeh :D tapi kalau dengan orang yang kenal aku, memang aku nih agak panas baran. eh tak. bukan panas baran jugak sebenarnya (cehhh), cumaa emm lebih tepat - cepat melatah. kot. tak reti kawal emosi. dan kawan kawan aku selalu perli, 'mekda. kalu mu jadi doktor gak, rama lah pesakit mati keno jerkoh ko mu.' puihhh perli aku nombor satuuu. tapi entahhh. aku pun tengah konfius ni weiiiii

8. aku tengok life kawan kawan aku yang anak doktor nih tak 'best'. macam jarang spent time dengan parents. dan yeahhh some of them macam tak cukup 'kasih sayang'. if you know what i really want to say hereee. susah nak explain.kalu dengan parents mereka, mesti jadi pasif. dan ada jugak certain person yang memberontak. banyak je kot aku baca masalah anak anak doktor nih. tapi memang aku puji, anak anak doktor nih kebiasaannya cerdik pandai :D hmm aku tak nak lah nanti bila aku ada anak sendiri (aminnnnnn :D), anak anak aku kurang spent time dengan aku. aku nak tengok anak anak aku membesar dengan didikan dari aku. nak tengok mereka grow up di depan mata aku. bukan dengan bibik or so on. kalau boleh, aku nak jadi ibu macam ummi :) contoh - bila aku baca blog kakina and doc lain, aku rasa takut pun ada nak jadi doc. selalu merintih nak spent time dengan anak. bila oncall, mesti rasa sedih and so on. tapi, patients perlu diutamakan. 

9. dan pasal suami pulak (haaaa dah start dahhh. tapi biar lahh. aku nak kata jugak sebab ni antara penyebab kenapa aku konfius nak pilih medic). kalau dapat suami doktor jugak, takpe lah. boleh lah consider sikit. sebab dia akan faham kalau kita sentiasa takda. tapi kalau dapat suami yang cikgu, and so on. yang boleh dikatakan selalu kat rumah, dan kita takda, memang aku rasa tak lama je pasti mangkuk tingkat sampai sudip senduk pun melayang. aihhhhhh (bukan sebab aku gatal nak nikah nih wehhhh. cuma realiti yang perlu aku tahu sekarang supaya one day aku bersedia. kalian sendiri pun boleh tengok dalam media pasal masalah ni kan? tak salah kalau aku nak sediakan payung sebelum hujan :D) secara jujur, one day bila aku dah ada suami and family sendiri, aku harap aku mampu bagi komitmen yang sepenuhnya. ceh menyampahhh.

10. haaaaaa, ni pasal life doc tu sendiri. duluuuu sebelum aku kenal anak anak doc nih, aku rasa life doc sama je dengan life orang lain. sebab life kakina, abe rahimi, kaknis dan cousin aku yang lain yang amik medic, sama je. ho ha ho ha situ sini jugak. geganggggg jugak. bising jugak. sedoo sumbak sengal jugakk. tapi bila aku tengok life doc lain, senyappp je. nak dengar mulut keluar suara pun susah. bila dah cakap, nak dengar pun susah. sloww bukan kemainnnn. aihhhhh boleh ke aku tahan?? aku nih jenis kalau tak bising satu hari, memang tak sah. dann dah la aku nih memang cukup 'pantang' kalau dengar orang cakap slow slow nih. jeles satu, tapi geram nak bluetooth suara aku pun ada. hahahaa

11. ni haaaa. nak jadi doc pun susah. kena struggle nak matiii biar dapat 4 flat. aihhh aku nih agaklah kekurengennn keyakinan dapat genggam 4 flat tu sebab aku tahu sangat cara aku study. memang sedoo sengal lah jawapannya :D dan memang aku sokong sangat kalau sapa sapa nak amik medic, kena dapat 4 pointer. kau ingat senang senang ke nak amik medic? lepas tu cucuk belah jahit orangggg? aku sangatlah sokong kerajaan dalam hal ni. manusia bukan mesin robot yang boleh kau tukar bateri bila dah jengggggg. tapi aku ni lahhh. macam ye tak ye je boleh dapat 4 pointer -.-' jangan salahkan ibu yang mengandung, tapi salahlah anak yang dikandung - captain. hahahahahaha

12. dan emm emm. aku rasa macam jiwa aku ni tak ngam sangat kot dengan medic. kot. tak reti nak cakap ngam tu macam mana. tapi based on reason aku cakap tadi lah. dulu aku konfius sama ada engineering atau medic. sekarang, medic dengan guru pulak. memang jenggg kot otak aku nih. hahahaa

14. aku tengok buku buku student yang amik medic ni 'nipis' nak mati. dah la 'nipis', pastu tulisan pulak. mashaallah 'besar' nyewwwwwwwwwwwwwwwwww. dah la totally kena hafal sumbat sumbat dalam otak sampai kalau muntah pun pastikan jangan keluar takut ilmu pun ikut sekali keluar. LOL. aihhh mampukah aku hafal benda tu? nak hafal subjek PMRU SMU pun aku muntah. eh eh hafal sejarah SPM hari tu pun aku hampir muntah. hahahahaha ni kan lagi buku 'senipis' tu. kalu satu je buku takpa, ni semua silibus 'senipis' tuhhh. hahahah

well welll letih aku taip panjang panjang. tapi aku rasa puas hati rasa happy rasa nak terlonjak lonjak jugak bila finally dapat luahkan apa yang aku rasa. hhahahhahhaha :D dan aku rasa banyak lagi kot point kenapa aku konfius nak jadi doc. cuma maybe tak ingat. yang point point aku letak tu pun berterabur yang mana penting. sebab aku taip apa yang hati aku cakap. cehhhh. hahaha

tengokkkkkkkkkkk!!!! ni nih budak pemalas ni sampai sanggup aturkan beberapa alasan untuk mengelak. tralallala :D tapi inshaallah. aku akan stick medic kot buat masa ni. cuma emm emm.

entah kenapa liat sekali untuk aku buat istikharah -.-' jujur nyeeeeeeeeewwww shame on me!

p.s : iv yang pernah aku pergi ; UTP - JAD - MARA (only this for medic) - JPA - IPG :) ipg maybe last iv aku kot. next week. dah la dapat first group. haiyaaaaa memang kalau aku pergi mana mana, memang kena first eh? masa lesen kereta hari tu pun first. iv utp jpa pun first. hmmm terima dengan dada terbuka. cehh menyampah ;D dan inshaallah aku akan buat terbaik untuk iv nih. kalau aku dapat IPG, maybe aku akan berfikir dua kali untuk melangkah ke medic. kot

dan ni merupakan kekuatan aku saat aku nak iv ;

iaitu moment yang paling aku ingat ialah saat KM puji aku tahun lepas. masa abe azhim bagi talk, dan aku nak tanya abe azhim dua benda. first pasal cinta, dan masa soalan kedua, aku menangis dan tanya 'apa perasaan abe azhim kalau ada orang kata abe azhim tk mampu jadi best student?' dan KM panggil abe asri untuk jelaskan. dan masa aku nak start tanya tu, abe azhim cakap 'i like the way you talk.' then KM angguk, dan kata 'yeahh. she looks professional'. seriussssss i'll never forget this moment. everr! dengan pujian KM ni lahh aku berani speaking BI masa iv utp hari tu even aku tak pernah langsung cakap BI. first time :)

dan jugak kehebatan KEX.

inshaallah :) 

#manusia. memang tak caring langsunggg pasal numbering. sampai aku tak tertulis no 13 pun tak perasan. hahahaha :P


okay salam! baru aku perasan entry ni panjang nak mati. hahahahahahha :D
sejujurnya aku harap kau faham bila aku tak layan.
sms kau.
chat kau.
and so on.

aku harap kau faham.
dan tak ganggu aku lagi.

aku muak.
aku bosan.
dan semuanya.


2 years ago :')

The last time i did it.
alhamdulillah :D


Sunday, May 05, 2013


hari tu pergi legoland. nak kata best tu, entahlah. nak kata tak best, memang punggg! hahahahha XD

legoland ni harap je besar nak mati. berjalan sampai peluh menitik, tapi entah apa yang dapat. punya la dari satu game ni nak ke game yang lain berapa batu dah. alih alih bila naik, krengggg. langsung -.-'

legoland ni macam tambun, genting lah kot. tapi aku prefer genting tambun lagi dari legoland. best pun best. harap je mahal legoland - RM140. game pun tak best! aihhhhh roller coster pun nak tak nak je kecut perut. emm kecuali yang perahu tu lahhh. hahaha :D

nasihat saya lah sekalian, baik hang pergi USS terusss! hapusss wehhh. best tahap tera giga mega!!!!!!! USS - tak silap aku RM220, legoland - RM140. believe me, you'll never regret ittt.

btw, hari ni piliharan raya 13 :) well, nak kata aku memihak mana mana belah pihak pun, tak jugak. sebab bagi aku, semua parti ada salah silap. cumaaaaa, since aku belajar agama, aku tahu lah serba sedikit hukum hakam dan mana yang salah yang mana yang betul.

haaaaaa, bila aku sebut 'belajar agama', mesti ada certain person cakap aku orang PAS. what theeee lah youuuuu. asal islam, asal agama, mesti kata PAS. nampak sangat BN UMNO tu tak se-islam mana, tak se-agama mana kan? hahaha :P so, reflect diri lahhh.

kadang kadang nak kata aku setuju sangat dengan PAS. tak jugak. ada jugak yang salahnya. nak kata aku setuju dengan BN, semestinya tak lah. sebab konfem konfem dah salah. arak, korea, aurat, zina and the list goes on and onnn. 

entah. no komen. aku tengok TV ni, macam BN je nak menang? aisehhhh -.-' nevermind. kalau allah dah kata 'BN menang kali nih', menang lah kan? vice versa. adalah tu allah nak bagi something yang kita tak tahu. cewahhh positif nak matii.

serius agak stresss entah bila keputusan sebenar nak keluar. dan emm emm 'if BN wins this election, is it okay for me to cheat in examination?' hahahaa nak tergolek aku baca benda nihhh :D

okay salam :)

just hope 'islamic' party will win :)

Wednesday, May 01, 2013

semoga anda tak buat kerenah okay?
tolong jangan cabar kesabaran aku.

if not, it'll lead to 'war'.