Friday, October 24, 2014

#perjalananmedic 1

hai assalamualaikum.

so aku decide nak buat hashtag #perjalananmedic untuk post post yang mendatang sebab aku rasa this field ni sangat berharga untuk aku kenang.

okay sepatutnya last 2 post tu dah start hashtag kan? okay nevermind. yang tu muqaddimah. hahaa

so today aku nak share pasal this 2 weeks. sorry la aku tengah mood swing so standard ah kan? biasanya aku cari blog ni bila aku tengah sedih. so maybe semuanya akan jadi post pasal moment tough. haha

okay aku dah start kelas dah 2 minggu kat sini and so far aku rasa okay je kot. kot? cuma adalah part yang sedih tu. ala bukan sedih pun sebenarnya (; 

tahukan aku budak asasi sains yang ofkos lah tak pernah belajar anatomy physio apa semua kalau nak compare dengan budak bms & foundation msu. kiranya kondisi aku tu sama je dengan budak matrik & asasi yang lain (pasum). 

so, kami banyak sangat benda tak tahu & most of the things semuanya benda baru. supine ke lateral medial long bone compact spongy bone apa semua. 

tiap kali bila gi dissect lah terutamanya, aku rasa sangat pressure sebab diaorang dah ada basic walau sikit sebab aku memang totally zero. aku rasa tergugat dan aku rasa tercabar dalam masa yang sama. aku rasa geram. 

rasa macam ketinggalan jauh sangat & somestimes it feels like ya allah apa semua niiiii. haaa gitulah. nal menangis jugak lah kadang kadang. aku try study, tapi semua macam sikit sangat je kalau nak compare yang real one. 

tapi aku pernah baca ada satu blog tu, dia kata - biarlah awak belajar banyak pun dan orang lain belajar sikit dah faham. setiap orang ada keistimewaan dia tersendiri dan awak pun orang yang sangat istimewa. cuma awak je yang tak tahu. study lah. takpe banyak sikit pun. ada hikmah insyaallah (aku tambah sikit) 

aku tak suka buat kerja last minit. sangat. so aku decide nak teruskan macam mana aku study. maybe for others cara aku study ni sangatlah waste time. sebab aku ni jenis dalam lecture, aku kena cakar cakar point yg lecturer cakap sebab kalau cantik cantik nanti tak sempat. aku suka gabung lecturer sebab most of the times slide notes lecturer ni tak organised. eh bukan tak organise lah, cuma kejap situ kejap sini. haaaa gituu. 

dah buat dengan pensil, balik tu aku download that slide note, aku cakar lagi atas kertas yang sama. isi yang mana part aku tertinggal. and again, salin balik dengan pen nota tu. kiranya aku buat 3 kali kerja lah. 

kadang kadang aku takut tak sempat. tapi setakatnya insyaallah boleh diatasi lagi. nak kata aku study all the time pun tak. tapi jenis aku tak suka postpone kerja. semput jugaklah aku nak adjust masa nak buat nota sebab dalam sehari tu ada 7-10 lecture ada. satu lecture bukan sikit slide. hampir 80 slides. tapi biar biar. kena buat jugak! 

tadi, ada mentoring session dengan dr ani. dia suh kitorang share story pasal 2 weeks belajar ni. dan most of student cerita pasal time management sebab diaorang kata memang hectic gila. kalau tanya aku, aku rasa okay lah kot sebab asasi dulu pun hectic gini jugak. tapi sekarang ni ada masalah, duou standard brunch pukul 2 okay, sekarang pukul 11 dah nyanyi dondeng sayangg dah perut aku. aihhh susahhhh!!

dan masa turn aku, dr ani cakap - 'she's so serious & she rarely smile when she's studying.' aku agak speechless. dah la sebelum tu sher pernah kata 'mula mula tengok nampak macam dak dak couple. tapi bila kenal, memang obviously tak lah. kau serius sangat lah mekda bila study.'

i take it as a compliment lah (;

tapi aku rasa happy jugak sebab dr ani perasan kewujudan aku & aku tak tahu lah feeling aku perasan ke apa ke, tapi tiap kali ada something yang libatkan kitaorang, mesti dia tengok tepat mata aku & aku pulak naik segan. lol tiap kali dia tengok, aku rasa macam dia tanya aku faham ke tak apa yang dia cakap. hmm tu feeling aku lah. mana tahu kot kot salah --' haha

dan aku cerita lah pasal kebimbangan aku pasal anatomy tu. tapi sekat sekat. aku tak tahu lah kenapa diri aku. aku rasa nak menangis dan rasa nak peluk diri sendiri. maybe sebab selama ni aku selalu di-ignorekan dan bila ada orang tanya masalah aku, aku rasa tersentuh.

ye, aku memang mudah menangis. sangat! tapi aku tak pernah tunjuk kat sapa sapa. selalunya mata aku akan berair. masa kex lah masa yang paling senang aku menangis sebab aku rasa ada je yang perhati sama ada aku nangis ke tak. sebab diaorang pernah kata aku ni nampak kental tapi hakikatnya tak. 

tapi kalau bab hati & perasaan, sudah cukup sudah. aku susah sikit nak menangis bab ni. sebab aku rasa useless kalau aku menangis pasal benda bodoh gini. haaaa. kalau aku rasa nak nangis pasal benda ni, mesti rasa nak tampar je pipi aku sebab bodoh sangat. ahaha

so, dr ani pun bagi lah nasihat. dan aku rasa mereka semua fikir aku kecewa sedih kot sebab jauh ketinggalan. nak nak aku nak menangis tadi. aku rasa mata aku berair dah kot tadi. hahaa

terus aku potong dr ani tu cakap, aku kata 'no no. i never dissapointed with this things. when i feel down, i encourage myself. stay strong & be positive.' 

terus aku gi duduk. 

tapi memang betullah. tiap kali ada masalah, menangislah. aku selalu je push diri aku suh menangis kalau dah takleh tanggung sangat. tapi tu lahh. jarang sangat air mata aku nak keluar. tiap kali nak nangis tapi tak nak keluar, dada ni rasa sakit dan cepat semput nafas. pernah rasa tak?

sebab tu aku selalu push diri aku suruh menangis. aku selalu cakap kat diri aku. ' menangis lah shahira sayang. menangislah puas puas. lepas ni tidur. bila bangun tidur, pandang ke depan dan be positive eh? benda ni ada hikmah & akan mematangkan diri kau nanti. aku tahu diri aku kuat. aku tahu diri aku hebat dalam benda ni. aku tahu diri aku kuat.' 

end up aku tidur. hahaha

okay dah tak tahu nak celoteh pasal apa. 

cuma aku nak cakap aku suka dr ani. aku suka sikap prihatin dia & he's the most 'suci' indian lecturers lah aku rasa. hahahhaha

okay bye.

jumpa lagi di post #perjalananmedic 2 (; tu pun kalau ada cerita lah. 

p.s : sedar tak sedar, benda ni mematangkan diri aku.