Tuesday, August 02, 2011

trip indonesia

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


assalamualaikum :)

alhamdulillah, hari ni dah sehari puasa :') mintak mintak hari yang akan mendatang lebih baik dari hari ni. insyaallah.

hari ni aku nak story pasal percutian aku hari tu. actually nak cite malam hari aku sampai kat kelantan tu jugak, tapi emosi tengah tak stabil kan? marah, benci and so onnnn lah.

malam ni, dah stabil ! wahh, kejap je aku marah kan? kihkih. its not like thatttt! still still still cant see their face. but, its okay lah for right now.

hari rabu lepas, aku tak pegi sekolah. aku pegi bandung. mula mula tu memang aku dan adik adikexcited nak mati lahh. nak pegi trans studio lah, nak pegi beli belahh banyak banyak lah sebab kat indon kan barang murah murah. fyi, family aku tak guna barang barang branded. yang paling mahal pun mungkin 75 hinggit. tu pun bagai nak mati pujuk. selalunya guna barang rantau panjangg atau thailand je kot. 

memang excited lahh ni nak pegi kan. trans studio tu weiiii! tempat macam genting higlands terbesar di dunia! whattttt? dunia? yeahhhh. terbesar di dunia. mesti lah aku excited gila nak pegi kan?

petang rabu tu naiklah flight pegi bandung. oh yaa, tiket yang aku pegi ni hanyalah RM0.00 haha :) that's why lah pegi. kalau mahal, jangan harapp sama sekali baba aku nak bawak pegi jalan jalan keluar dari malaysia.



sampai lah kat bandung malam lah kot. jam malaysia pukul 9pm. kat bandung, 8pm. kiranya indon ni lambat sejam dari kita lahh.



sampai situ, ada pak supir yang jemput. aku tengok kereta tu, ya allah, klasikkk gilaaaaaaa! haha. macam kereta cikgu yani dalam freshie's high school. :)

masa kat airport.

dan esokkk tu, khamis, awal awal lagi aku dah bangun mandi sarapan bagai. memang excited gila mati lah ni kan. imagine nak beli baju banyak banyak. nak shopping sampai letihh ;')



lepas tu, pegi la tangkuban perahu. tempat ni ada sejarah dia tersendiri. sapa sapa yang datang bandung, tapi tak datang sini, orang cakap, memang tak sampai kat bandung lahh. kiranya tempat ni tempat wajib bagi setiap pelancong yang datang sini.





dekat sini kan, mula mula turun dari kereta lagi, ramai gila yang datang. yang datang tu penjual penjual lah. ya allah, memang kesian. begitu susah mereka nak cari duit. terpaksa meraih simpati orang lain, sedangkan aku? bersenang lenang. tak pernah aku fikirkan pasal duit. tiap kali nak duit, pegi cari ummi/baba, dan mintak. teruk gilaaaaaa!  memang menginsafkan diri lah.

imagine kalau aku tempat diaorang, ya allah. tak terbayang aku. scaryyyy! 


hajat hati ummi, lepas pegi tempat tu, nak pegi hot water spring. tapi tu lah kan? baba cakap 'olohhhh~ tok soh wak darak gak. kat malaysia ado jugok air panas nyohh'  jadi, ummi aku pun senyap je lah kan? 

jadi, terus pegi pasar besar lah kot tak silap aku. pasar ni memang besar gilaaaaaaaaaaaaaaaaa mati! driver tu parking kereta kat atas. mula mula naik tu, wahhhh gila tinggi. mesti tiap kali naik dari floor ke floor, mesti cakap 'ehh, keno naik lagi ko? gilooo molekk. banyokkk oh' haha. last sekali, parking kereta tingkat lapan. lapann brooooo~ aku tengok dari atas ke bawah, wahhhh gila nak matiii!

tapi, kat pasar ni jugaklah satu satunya tempat aku jatuhkan air mata jernih aku mengalir di pipi sambil dilihat oleh beratus ratus juta manusia. aku alirkan saja air mata aku. tak henti henti. perit rasa hati aku. first time aku menangis di tempat yang terbuka - shopping complex.

mase sampai tu, pegi makan dekat food court tu lah kan. duduk je kat meja, terus manusia mari serbu. nak suh order. memanggg pening gila. ummi aku cakap, diaorang nak raih pelanggan la tuh. sebab saingan kat situ ramai. jadi, kena tebalkan muka. aishhh, kesian aku tengok.

aku pun order lah sup tulang. nasib baik aku kasi sikit je kuah. kalau banyak? phewwwww~ imagine lah kan, nasi indon macam pulut!!!!!!! tak lalu aku nak makan. dah la kuah macam ???? idkkk lahh.



mase tu, angoh tengah cebok kuah. aku tak sempat nak cakap kat angoh yang makanan tu tak best. jadi, berladunggggglah nasi angah dengan kuah. aku yang sedikit kuah ni pun dah tak selera nak makan. apatah lagi angah.

jadi, adik adik aku pun tak lalu lah nak makan kan? dan baba aku marah. dia cakap 'payoh la sep sep mu nih. darak, payoh nok pero. makei jah la gapo hok ado. ikei talapia pun tok makei. nyo makei ayei sokmo' adik adik aku pun senyap je la kan bila baba aku bersuara. dan aku pun senyap jugak. sebab mase tu, hati aku tak membara pun. ummi aku pun cakap 'tok payoh nok jago budok budok nih. buwi ayei goreng jah. budok budok ni tok makei bendo pelik pelik'.

tapi disebabkan baba aku marah, jadi, adik adik aku, esp angah dan mimi pun terpaksa lah makan. aku tengok anak tengkak angah naik turun naik turun nak paksa suruh makanan masuk. kesiaaaan gila. aku tahu betapa tak sedapnya. mimi pulak, yang ni entahh. aku tengok mimi makan ikan talapia. buat muka macam besttt gilaaa. buat muka enjoy depan baba.

kebetulan masa tu, yana berak && kencing. jadi, iwe pun pegi la basuh. * mase tu aku tengah makan lagi *. aku pun pegi la tandas. dan aku menangis sendirian dalam tandas. sedih aku tengok adik adik aku makan. sedih sangat sangat. kesian, aku tak pandai nak describe. tapi, cukuplah sekadar aku cakap jiwa aku tergores, terhiris bila aku tengok adik aku terpaksa telan makanan tu. terpaksa buat muka enjoy makan depan baba. agak bengkak lah mata aku masa tu.

lepas siap aku nangis, aku pun keluar. aku tanya mimi dan angah. 'adik angoh lapa ko? kakak tahu makanan tu tok sedak kei? dan diorang angguk. diaorang cakap 'lapar kak. tapi adik makei sebab takut baba maroh' ohh ape lagii, jatuhh la air mata aku buat sekian kali. aku pun cakap 'takpo lah. tadi ummi vi kakak 100ribu rupiah. kat bowoh pahni, kakak beli makanan ko adik deh.' memang sedih sangat sangat aku tengok adik aku --' 

pastu, start lah pegi shopping. dan imagine! akuuuuu, adik adik aku, ummi aku, terpaksa turut mek pegi mana mana saja. mana mana saja. 

adalah mase tu,mek nak cari kain alas meja. tepi kedai tu, ada kedai baju baju untuk budak kecik macam yana. ummi pun try la usha kan. dan imagine baba cakap ape 'olohhh~ toksoh dok beli lah. kito mari bukei nok shopping. kito mari nok jalei'. okeeee fineeee, pokcik tuooooo!

ikut lah mek. turut lah mek. mek pegi situ, pegi lah jugak kita. mek nak pegi floor yang jual kain solat, pegi lah jugak kita. mek nak beli kain batik, pegi lah jugak kita.

tapi kita? bahagian kita? langsung takk. ummi aku sampai takut nak beli, takut kena marah dengan baba. 

pastu, banyak la pulak songeh mek nih. itu tak leh, ini tak leh. eeeiiiii! kanggg aku taip habis habisan kangg, mampus kauu!

kalau kat malaysia, selaluuuuuuu cakap sakit. sakit sini la sakit situ lahh. selaluuu sangat ok? okeeee fineee! aku faham, mungkin sebab dia dah tua, jadi nak perhatian, bukan? tapi, aku takleh terima! kot ya pun nak tarik perhatian, tak perlu lebih lebih.

selaluu cakap sakit. tapi yang kesialnya, kat bandung, wahhhh! hebatt. bertenaga beb. jalan situ jalan sini. makan benda pedas pedas pun bolehhh. padahal kat malaysia, ya allah punya lah tahu. kalau pedas sikit, terus sakit sakit. tapi makan lada hijau tu, takda pulak aku dengar dia adu sakit. padahal aku makan lada hijau pun dah tak boleh tahan. tu pun aku makan sikit je, yang mek makan banyak nak mampus tuuu. eeeiii,memangggggggggggggggggggggggggggggggggggg !


mek tak tukar pun duit indon. semua pakai duit ummi. ya allah, aku rasa nak tampar tampar macik sekor nih.

mek buat ummi aku macam kuli. dan ummi pulak, alaaa, seperti biasa la dengan perangai dia yang terlampau baik sampai orang bodoh bodohkan ummi. ummi tahu orang bodoh bodohkan dia, tapi tu lahhh! nak jugak jadi manusia bodohhh! biarkan orang terus bodohkan, sakitkan hati dia. bagi ummi, hati sendiri takpe, asalkan orang lain happyy. what the fishhhh lah kan? kontra habis dengan aku. 

prinsip hidup aku, aku first! orang lain second. buat ape aku peduli pasal orang lain andai orang lain pun tak pernah jada hati aku. nooooooo wayyy mann! aku bukan baik macam ummi aku! aku manusia yang selfish dengan orang yang selfish dengan aku! sesekali tidak bukan persis ummi aku!

aku tak pandai nak describe suasana 'syahdu' tu, tapi gini lah aku cakap. mana mek pegi, kena ikut. ummi aku layan mek dengan baikkk sangat sangat. sedangkan aku ni dah macam nak meraung, rasa macam nak pegi tampar muka baba aku, rasa macam nak gilaa aku tengok orang layan ummi aku gitu. totally macam bonekaaa!

air mata aku jatuh mengalir tanpa rasa belas kasihan langsung. mengalir lagi mengalir lagi. aku dah try untuk tidak alirkan air jernih tu, tapi, aku kalah. aku kalah dengan perasaan aku sendiri andai bersangkut paut dengan ummi aku. 

aku perasan sangat orang lain tengok aku. kelih kelih. pandang pandang aku. aku maluuu sangat sangat! tapi, perasaan malu tu tak setebal perasaan benci! perasaan benci, menyampah, meluat, rasa nak tampar terus membuak di dada aku.



gambar ni kalau dilihat, ada air mata yang bertakung di kelopak mata aku. dan ada hingusss yang ingin mengalir sebab terlalu banyak sangat menangis.hihi

dan yang paling menyakitkan hati aku bila ummi aku cakap, 'kakak jah hok lebih lebih jerit' ya allah ummi, ummi tahu? kakak rasa nak naikkan suara dan cakap mana mungkin hati aku tak sakit bila tengok ummi macam orang bodoh!

ummi silap andai ummi sangka kakak tak ternampak mata ummi merah. seperti biasa la ummi, sedih, tapi tahan. sikit pun air mata tak jatuh. menderita sorang sorang dalam hati. how bad, cruel you are!

baba aku? HAHA tak tergambar perasaan aku betapa marahnya aku pada baba. sanggup buat ummi gitu. yeahhh, aku akui, aku tak pernah jumpa anak lelaki yang terlalu taat pada ibu. ibu, first. yang lain, second. anak bini semua second. aku solute baba pasal hal tu. memang bagus.

tapi kelakuan baba di mata aku sangat lah kejam! aku tak leh terima. tak adil. kalau mek, semuanya beres even dia letih. tapi kalau pasal ummi, jangan harap nak layan! memanggg mencabar keegoan aku melihat semua tu.

dah lahhh, cukup lah aku story kat pasar besar nih. even banyak lagi benda yang menyedihkan. ape yang boleh aku cakap, kat pasar besar, mek aku dah beli bertimbun timbun, sedangkan aku? adik adik aku? ummi aku? kosongggg! masa datang dengan pulang, sama. tetap tangan kosong. tangan hanya dipenuhi dengan benda benda mek. betapa terhirisnya hati aku dengan mek. terlalu pentingkan diri sendiri. tak sedikitpun terfikir pasal family aku. mana mungkin aku dan family pegi bandung semata mata nak ikut kauu, wahai nenek!

sampai kan pak irfan pun terkejut tengok cepat sangat nak balik. sedangkan kalau pelancong lain, memang berjam jam lah lamanya ambil masa tuk shopping. ye la, orang orang kata, nak tawwaf satu pasar tu, satu hari pun tak cukup. aku ni bukan satu hari, tapu dua jam pun dah cukup terseksa !

hmm, lepas tu lepas tu, pegi mane eh? 

lepas tu, terus balikk rumah. balik bermandikan air mata yang bercucuran. masa tu petang lagi. mungkin dalam pukul 4 lah kot jam indon.tapi dah balik? haha. itulah perangai my dad.

hmm, malam tu, pegi la round round bandar. round ke eh? hmm, entahh. tak tahu lah. umi plan nak bawak anak dia pegi toko tiga. toko tiga ni tempat yang terkenal dengan jeans lah.tapi? baba aku? malas nak komen banyak banyak. dan terus cari nasi padang, dan balik. aku tak makan pun. aku terus tidur sambil air mata meleleh ;')

mase round tu kan, pak irfan cakap kat baba, 'pak, ini pak tempat yang anak pak nak pegi itu dong. trans studio'. mase tu semua dah tidur atas kete. aku je yang tak tido lagi. baba aku terus sengih. dan paling belakang, aku pun cepat cepat pura pura tidur. memang rase sedih sangat sangat lah.


keesokan hari tu, jumaat, bertolaklah dari bandung ke jakarta. mase tu, sumpahh aku cakap, aku harap sangat sangat baba bawak kami pegi trans studio. nak pegi sangat sangat. harapan setinggi langitlah. tapi? HAHA

aku tak dapat gambarkan perasaan aku. terus pegi jakarta. baba suruh pak irfan singgah kat puncak dulu. nak tengok pemandangan lah katakan. aku pun tengah marah marah, terus cakap 'olooh, cinta alam sekitar sengoti lah.'

dalam perjalanan tu, singgah kat universiti che nah? OMG! memang menyampah nak mampus aku tengok. ngada ngada. mek suh aku snap gambar. ya allah, aku rasa nak lempar je kamera aku atas muka dia. 

dia nak masuk tengok U tu, aku pun cepat cepat cakap 'olohh~ mari mari lah gi nyoh. boring doh! caro ko che nah. yak kito nyoh tok beli gapo sekaro pun' baba aku tenung mengancam lah kot? but, do i care?



sampai kat puncak tu, tengok macam takde ape ape pun. hampehhhh! nothing special lah. 

dalam perjalanan ke puncak tu, sekali lagi aku menangis. mase aku tengah nangis tu, aku pun snap lah gambar. dan ada satu gambar tu, ternampak habiss air mata aku ;') 


memang hampeh gila kat puncak. tengok pemandangan je. macam la aku ni pencinta alam sekitar. adehh --'

mase tu, aku nak buang air la kan. err? haha. jadi, aku tanya la kak kedai tu. tandas dia kena turun bawah. jadi aku pun turun la. ya allah, daif gila. memang muat dengan badan aku je. bila aku bangun, lampu duk tepi kepala aku je. memang kesian gila lah aku tengok.

depan kedai tu, ada ladang teh. jadi aku pun ajak lah ummi aku pegi naik. pegi tea walk. mek aku tak kasi. tapi aku terus cakap 'olohhh~ beli barei dok doh.' mek pun senyap lah. sebab aku perli dia kan?  



jadi, aku dan adik adik yang sedih ni terpaksa happy depan kamera. bagi aku, kamera pengubat hati yang tengah lara, sedih. yeahhh, picture can tell a lie.










dekat sini, pampers yana terlampau penuhhh. dan, terburai pampers yana dari punggung dia.haha. memanggg lawak gila wehhh! haha


lepas siap, pegi makan kat puncak. tak jauh pun dari tempat tuh. kat situ, makanan memang best lahhh! oke oke lahh kan? tapi, coppp! aku dah tak order sebarang nasi dah kat indon. fobia. haha






iwe nak mee goreng basah. order la punya order. tuptup bukan mee goreng basah yang datang. tapi, siap mee sup lagi. haha. tu la nak basah sangat. nahh, bukan setakat basah, tapi berladung terus. haha




makanan kat situ boleh dikatakan mengancam jugak lahh. perghhhh~ bestttttt! 

pemandangan kat situ pun cantikkk habis. dah la sejuk sejikk :') awesome lahhh!


mase nak pegi kat kereta tu, sempat la ummi beli 3 kalung untuk aku. satu untuk aku, dua lagi untuk sepupu aku. nak beli banyak. tapi, mase tak cukup. sepupu, fahamilah, mengertilah keadaan kami ya ;) tapi aku percaya, sepupu sepupu aku pun dah sedia maklum pasal nih. haha

naik atas kete tu, ummi aku kecut perut. takut mek tanya nak beli kat sapa kalung tuh. memang aku sengaja pakai kat tengkak. nak tunjuk. alaa, kalau dia tanya, soal ummi aku, memang aku akan jawab balik lah kan? sebab tu la aku sengaja tunjuk. aku nak tahu dia berani ke tak tanya ummi aku depan aku. hahahahahha~


lepas tu terus pegi jakarta. bangunan situ memang hebat hebat lah. yang kaya tu, memang kaya gila gila. yang miskin tu, memang miskin gila gila lah.

dekat jakarta tu kan, pelikk tahu? ada satu tempat tu, sepanjang jalan dikelilingi sungai. ummi aku caka[ sungai tu tembok dari banjir. aku pun macam ahhhh? still sampai sekarang tak faha, haha. tapi, jalan dia tiga aras tahu kat satu tempat tu. kat Kl pun dua aras ke kan? tiga aras pun aku dah tengok macam grrrr. tak leh imagine kat jepun yang ada lima aras tu. mesti takjub gilaaa! 





kat jakarta ni aneh sikit. jauh beza dengan bandung. kalau kat bandung, bila kita stop traffic, mesti ramai datang penjual penjual tepi jalan. tapi kalau kita angkat tangan, terus diaorang blah. 

tapi kalau kat jakarta, angkat lah tangan sekalimana pun, tetap tak blah. dan orang jakarta jugak tak sesabar orang bandung. tapi lebih sabar dari orang malaysia, yang penting! haha.

atas jalan, penuh moto moto. tapi, pak ifran cakap, walau penuh kenderaan,jarang sekali accident. kalau malaysia? aishhh, tiap hari tu wajib lah ada kemalangan kan? haha. 

malam tu, kitaorang menginap kat hotel. hotel tu memang sempit gila. agak agak aku lah kan, kalau kat malaysia, takkan ada hotel sesempit ni even takde bintang sekalipun. 




esok tu, hari last kat indon. pegi mangga dua. mangga dua ni shopping complex. tapi tempat dia memanggggggg besar gila wehhhh!



time ni tengah tunggu mangga dua bukak.

bila bukak terus masuk, tapi kan. mek aku naik tangga wei wei~ haha. padahal aku rasa dia sakit kot? tak leh naik tinggi tinggi. dan dan mase tu? wahhh! terserlah hipokrito kau lahh weiii~ haha. nak terguling tergolek aku tengok.

sampai kan umi aku snap mase dia naik tangga tu. nak jadikan bukti dia sihat la kan? ahhahaa~ menyampahh aku lah weiii.




mase kat mangga dua ni pun dah nak nangis jugak aku wei! mula mula masuk, terus mek suh ikut dia beli beg. 

ya allah mek, mase tuk family aku tak beli satu haprak lagi! ni sibuk pasal dia.

aku tahan aku tahan. ummi aku cakap, meh kito gi factory outlet. tapi baba aku cakap, 'jangei tinggal mek' ummi pun terus senyap.

dengan perasaan marah, jalan pun habis debei, nak pegi jerkah mek la ni, ummi pun cepat cepat cakap 'meh kito gi pilih baju situ'. memang kalau ummi aku tak cakap, memang aku akan jerkah habis habis lahh. 

mase tu, tinggal sejam lagi sebelum nak check in. tapi mek sibuk dengan hal dia. tak ke bangang aku tuh? 



memang aku tak nak langsung pun pakaian. tapi nak jugak lah kan? haha. ye laaa, buat ape datang jauh jauh, tapi hanya jalan jalan. heyyy! ni bukan UK ke USA lah wei, yang mana tempat barang barang mahal, branded. ni indonlah wei!





ummi aku suh pilih je baju yang nak. tak payah kira harga. rembat baju yang nak. 



mase ni tengah kalut cari baju. memang kalut gilaaaaa!

lepas tu, ade la kejadian yang menyebabkan hati aku membara lagi. malas nak taip! letihh, ni pun dua hari aku amik masa tuk taip post nih. HAHA

ni mase kat airport, 







malam tu, aku terus balik kelantan. ummi, aku, yana. yang lain, duk umah aunty aku.

atas kapal terbang tu, aku curahkan semuanya. 

dan aku terkeluar. terkata kata kata baba tu. dan aku tengok ummi aku agak terkejut. mungkin dia ingat aku dah lupa kot pasal tu. tapi maaf, ummi salah.

dahhhhhh! stoppp. bosan dah aku tengok entry ni.

it's funny how we feel so much but we dont say a word, we're screaming inside but we can't be heard.

some of us just want people to care about us as much as we do them. but the fact of the matter is that some people, no matter what actions you show them, will never appreciate what you do for them. 

***** aku rasa, andai saja baba bawak kami pegi trans studio, mesti aku dan adik adik aku lupakan kenangan pahit kat situ kan? andai dan terus berandai ;'(

kat situ, ada benda yang aku faham. kebahagiaan ummi aku adalah apabila dia tengok anak anak dia bahagia. tu yang jelas aku nampak! kakak, adik adik sayangggg ummi! 

you're the greatest woman ummi.

kakak janji, takkan ada sapa sapa yang berani mengata ummi depan kakak. 

ingat tak lagi ummi, dengan suzie, dah 3 tahun aku tak bertegur sapa dengan dia semata mata kerana ummi. HAHA



baba, kakak tetap sayang baba. mungkin masa tu kakak terlalu benci baba. sampai nak tengok muka baba pun kakak tak sanggup.

tapi, ape la sangat dengan kurniaan allah yang kakak dapat. sebab baba, kakak boleh tengok dunia ni.

kakak tetap sayang baba!

tapi, kakak nak baba tahu, kakak tak mungkin lupakan kata kata tu sampai kakak mati sekalipun. 

dan kakak nak baba ingat sampai mati, kakak akan pertahankan ummi even dengan melawan baba sekalipun. 

terima kasih, assalamualaikum

* post yang palingggggggggggg panjang !



lepas ni, ummi cakap, 'kalu kito nok gi jalei, biar ummi jah bowok anok anok ummi. tok soh gantung ko baba. kalu baba ajok gi mano mano, tok soh gi la. buat sakit hati' 

tak sabar sabar nak gi langkawi dengan ummi lepas raya nanti :)))

* ni insyaallah, akan jadi post yang last aku kurang ajar seandainya tidak ada yang menyakitkan hati lagi :")

dont judge someone by her/his words, but, judge by knowing his/her feeling.

0 oh ye ?: