Saturday, April 21, 2012

arab, im crying

ya allah, sejujurnya aku langsung tak percaya sama sekali aku menangis tadi !!!!! huwahuwahuwa lawakkkkk --'

tadi, belajar tajuk munada' (abaikan ejaan, asal maksud yang ingin disampaikan tu faham), aku yang blur arab ni, boleh pulak kena tajuk susah, lagilah blur kan. tapi aku cuba tuk faham. ehemmmm :D alhamdulillah lah aku faham even tak seberapa. - at least im tryinggggggg ! please comprehend my problems guysss >.<

boleh dikatakan semua pelajar lah blur dengan persentation pasal tajuk tu. ustaz pun suruh la semua student tarik nafas, bilang sepuluh kali dan hembus, bilang sepuluh kali. buat 7 kali gitu. sambil tarik nafas tu, ustaz suruh cakap kat hati yang tajuk ni mudah. 

okay fine lah aku buat. aku pun pejam mata. bila aku tarik nafas dan berdoa pada allah tu, bukan aku minta supaya tajuk ni senang. tapi aku mintak lebih dari tu.

masa berdoa dalam hati tu, aku tunduk. taktaktak air mata menitis. aku ingat lagi apa yang aku minta. aku mintak supaya allah permudahkan, bagi sinar cahaya kat aku supaya aku study arab dengan cemerlang. aku nak happykan baba. aku anak ustaz, tapi aku memang tak boleh blah dengan arab. itu yang aku mintak. 


air mata menitis, jatuh atas buku arab. memang agakkk lebat lah. dan tak malu lah aku katakan, kerana arab, air mata aku menitis. bahkan kerana arab, pertama kali air mata aku menitis menangisi kelemahan diri. pertama kali air mata aku mengalir soal study. semuanya kerana arab !

selama ni, bila aku study subjek apa apa pun, aku tak pernah pun menangis. tak pernahhhh ! tapi hari ni, sejarah terukir. haha :') semuanya kerana subjek yang bernama arab, bahasa syurga, bahasa alquraan.

bila semuanya siap tarik nafas, aku pun cepat cepat kesat air mata. aku pun tengok atas buku arab, ada titisan air mata aku. aku pun bulat tempat kena tu dan aku pun cium. aku  buat tanda kat tempat tu, aku tulis - titisan air mata yang pertama hanya kerana arab, 21 april 2012. haha. gila kan aku ? 

lepas tu, terus rasa 'eh bakpo aku jerit nih ? sumbak otok ko gapo aku nih ? cepat cepat aku buat selamber, sengih macam takda apa apa.' tapi, aku rasa ustaz nampak. dan aku rasa ustaz pasti akan cuba bantu aku untuk dapat a dalam arab. i dont know why. mungkin aku terperasan sorang diri kot kan? bukan apa, sebab tadi ustaz agakkk lah ajar yang basic. 

masa tu, rasa syahdu je dalam hati aku. mata kelip kelip nak halang air mata jatuh. haha :') memori terindah.


When you think you’ve tried everything and don’t know where to turn… ALLAH has a solution. 

ya allah, aku ingin sekali minat arab dengan kata yang sebenar. tapi entah mengapa rasanya begitu sukar ya allah. bukan aku benci arab, bahkan aku suka sangat study nahu, soraf, balaghah. cuma aku tak faham maksud. sebab tu lah tertutup segala hijjab aku tentang arab. bukan aku tak cuba, aku dah try. tapi aku tak mampu.

im dying inside.

tadi, aku pegi rumah mokngoh. then, boleh pulak terbabit nama aku. aku cakap lah memang aku tak boleh blah subjek bahasa - BM BI BA.

lepas tu, ummi cakap takda sorang pun anak ummi ikut jejak langkah baba. aku pun cakap kat umi, 'ummi! acu bersyukur gak kakak buleh setaro nih. acu kalu kakak panda arab, mano tahu kot kot kakak tokleh po ginih bab2 sains math nih. semo hok allah wak ado sebab dio. mano tahu kot kot nati besar kakak jadi cikgu arab ko. mano tahu mi. setiap ore ado kelebihan dio sendiri. sebab tu la tuhan jadi hidup ni berpasangan. saling melengkapi satu samo lain. kalu semo ore perfect, buat gapo semo bendo hok allah buat nih.'

dalam hati  menangis mengenangkan aku tak mampu buat arab.


when you are tired and discouraged from fruitless efforts. ALLAH knows how hard you have tried.

aku yakin allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku. aku kini bukan macam dulu lagi. insyaallah. aku membesar untuk menjadi seorang yang matang.


andai ditakdirkan aku tak dapat full SPM, insyaallah aku redha. aku yakin dengan janji allah. 

ya allah, guide me. im dying. and now, im crying. burst my tears again :')



1 oh ye ?:

Witty Angel said...

hahaa dont worry kakak!kak ina pon tak penah pandai bahasa.hahahaha..never good in language!