Friday, April 13, 2012


Ya allah, aku sendiri tak pasti mengapa air mata aku mengalir di saat aku re-copy meseg tu dan edit dengan ayat aku sendiri. Aku tak tahu dan aku tak pasti apa sebab air mata aku itu.

Hari ni, terlalu kerap air mata aku jatuh. Pada mulanya kerana novel –‘ masih adakah insan setulus najwan? Dan lepas tu, air mata jatuh kerana winter sonata. Tadi terjatuh air mata kerana berjauh hati dengan baba even tak jelas apa yang baba kata. Atau mungkin baba hanya bergurau? Dan sekarang, titisan jernih mengalir atas tujuan yang tak pasti.

Aku sendiri pun tak pasti kenapa sejak akhir akhir ni hati aku sensitif. Mudah sangat aku terasa. Aneh, ye sangat sangat aneh.

Aku tak pasti kenapa bila aku re-copy balik meseg tu, niat nak sent kat kawan kawan aku, air mata mengalir.

Tak tahu apa yang sedang dirasa. Tapi yang aku tahu, aku sangat rindu pada mereka even baru tadi jumpa. Aku rasa jauh sangat sangat dengan mereka even tadi baru aku bergelak tawa dengan mereka. entah, rasa kosong. 

Aku sayang sangat pada mereka. sangat sangat. Dengan mereka, aku kenal apa itu sahabat. Dengan mereka, aku terasa indah. Dengan mereka, aku terasa hidup aku bebas. Bercerita apa sahaja.

Seingat aku, tak pernah sekalipun aku post entry berkenaan sahabat dengan sepenuh jiwa.

1 oh ye ?:

Niknabil Abdullah said...

baca post ni..baca dengan penuh rasa..raso nok titis air mato jugop..iklas sungguh tulis post neh..