Tuesday, August 07, 2012

MAHAL seorang wanita itu hanyalah untuk suaminya tercinta. BUKAN untuk lelaki-lelaki ajnabi yang tidak halal untuknya .

Himpun semua galau & angan-anganmu; tumpahkan ia dalam sujudmu. Pembuktian rasa sayang kepada orang lain bukan lewat manis-nya kata-kata. Tetapi, dalam doa selalu menyebut namanya, dan mendoakan yang terbaik.


aku pelik tengok orang sekeliling aku couple. entah, terasa pelik. mereka tahu apa yang mereka buat itu satu dosa, maksiat, keburukan or whatsoever yang sejenis dengannya, tapi mereka still buat jugak. mereka tahu mereka keluar berdua-duaan tanpa ada orang real menjadi orang ketiga. mereka tahu itu perkara yang boleh membawa mereka ke lembah penzinaan, tapi mengapa mereka still lagi buat semua itu?

aku nak tegur, secara kiasan aku mampu. tapi untuk direct to the point, ye aku seorang pengecut. aku takut. 

aku hairan melihat mereka di luar sana melaungkan kata cinta mereka kepada seseorang yang belum tentu lagi menjadi milik mereka tanpa segan silu. 'eh aku dengan dia couple.' sudah menjadi perkara biasa. berhimpit dengan lelaki, tanpa segan silu.

aku rasa yang malu sangat bila aku bukak facebook aku, then tengok budak sekolah aku yang sekarang berada di overseas berpakaian aneh. dadanya tersembul indah (erk!) betisnya nampak satu persatu. aku pulak yang terasa malu, dia tak rasa apa pun.  gambar default profile pulak gambar berdua duaan dengan lelaki. aku hairan lah. kadang kadang aku terfikir, 'apa perasaan mereka eh ketika ustaz/ustazah ajar tentang azab akhirat? ke mereka tak berperasaan?

A : kenapa kau tak couple? tak teringin ke?
B : sapa tak nak couple? tapi aku ingin couple secara islam.
A : bukankah islam mengharamkan couple?
B : see? kau tahu pun couple itu haram.
A : bukanlah. aku cuma pelik. boleh jelaskan.
B : aku ingin couple after aku kahwin. 
A : kenapa?
B : sebab aku eksklusif.
A : tak faham.
B : aku eksklusif hanya untuk yang halal.

i wanted a perfect ending. now i have learned, the hard way, that some poems dont rhyme, and some stories dont have a clear beginning, middle and end. life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next.

Betapa teruknya kita pada masa lalu, dan apabila kita ingin kembali ke pangkal jalan, kembalilah kerana Allah sayang kamu. 
Betapa hebatnya penderitaan yang kita pernah lalui sekarang atau dahulu, ingatlah cuma satu Allah sayang kamu. 
Betapa berdosanya kamu suatu masa dulu dan kamu fikir bagaikan tiada peluang untuk bertaubat, ingatlah bahawa Allah sayang kamu. 
Bagaimana hebatnya ujian yang kamu dapat dan tidak pernah selesai, ingatlah Allah sayang kamu. Berapa kali pun kamu terjatuh, tersungkur, terjerat dalam jalan samudera kehidupan ini, ingatlah Allah sayang kamu. 
Betapa besarnya pengertian ALLAH SAYANG KAMU itu. Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah, meskipun kamu pernah berdosa setinggi gunung Everest pun, keampunan Allah itu Maha Luas. Allah Maha Pengampun. Jangan lupa tanam niat untuk bertaubat dengan taubatan nasuha (taubat sebenar-benarnya) dan polish balik diri kamu, reborn balik. - Dr Cinta

cinta kau kepada sang pencipta pun belum sempurna, apatah lagi cinta untuk mereka.

p.s : sahabat. percaya pada kata kata aku tadi. one day kau akan nampak apa yang aku nampak. insyaallah (:

0 oh ye ?: