Wednesday, March 13, 2013

SPM.

SPM? 


ada orang tanya aku :

'kenapa kau macam tak peduli pasal result eh?'
'kenapa kau tak post debaran kau macam PMR dulu eh?'
'kau ada perasaan ke tak sebenarnya nih?'
'tapi, kau target berapa SPM? tak macam target full pun?'
' let say kau dapat full, apa kau nak buat dengan 'duit' yang kau bakal dapat?'

and so onnnnnn :D

bukan aku tak peduli sayang oih. aku peduli. peduli sangat. tapi entah. aku rasa macam dah redha tersangat dah kot result yang bakal aku dapat nanti (; semuanya selepas aku masuk KEX. 
manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada. kalau awak dapat straight, tapi awak tak dapat straight A+, pun tak puas hati jugak. kalau awak dapat 10A, pun tak puas hati jugak sedangkan orang lain hanya dapat sikit je. bersyukurlah dengan apa yang awak dapat. dapat 2A, 3A pun kena bersyukur. memanglah parents awak, cikgu awak marah, never mind. go ahead if you want to blame me. sabarlah. awak tahu apa yang awak buat. nak undur balik pun takleh dah kan? so move on. SPM ni cuma tiket awak nak masuk universiti je. masa kat universiti, dia takda tanya 'SPM awak dapat berapa?' takk. dia tak tanya pun. yang dia tanya, 'apa pengalaman awak and so on.' so, kalau awak takda A pun, tapi boleh masuk politeknik, okay lah tu. orang tak tengok result SPM sekarang nih, tapi orang tengok skill awak. samada awak reti ke tak. jadi, bersyukurlah dengan apa awak dapat. - captain

redha dan tawakkal. tu perkara yang terbaik yang aku akan buat sekarang nih. result baik, alhamdulillah. result worst, pun alhamdulillah sebab at least aku tahu kemampuan aku.

nanti result, memang lah akan datang jugak perasaan nervous tu. kalau takda, bukan manusia lah kan? tapi aku expect diri aku nati result sebijik dengan hari hari SPM aku (; nothing to feel. tahu sangat perasaan berdebar tu ada dalam diri, bahkan adrenaline keluar dengan lajunya, tapi perasaan tu seakan tak nampak dek kerana redha dan tawakkal :D

buat apa aku nak fikirkan, kenangkan apa yang dah lepas? past is past. you cannot change it even kalau kau gadai nyawa sekalipun. jadi, terima seadanya (;

cuma kalau boleh, aku yakin setiap manusia inginkan yang terbaik dalam hidup dia. aku ingin kejayaan nanti result. untuk life aku jugak, tapi hakikatnya aku ingin hadiahkan kejayaan aku untuk kedua parents aku. memang umi selalu cakap, 'kakak berjaya, bukan untuk umi. tapi untuk diri kakak jugok. untuk kehidupan kakak seksok.' tapi kakak tahu, ibu mana yang tak gembira kalau anak dia berjaya. kakak selalu ingin ukir senyuman di raut waja ummi baba dengan kejayaan kakak even kadang kadang kakak tahu kakak anak yang useless, suka lawan kata kata umi baba :/

dan jugak. aku mengharapkan kejayaan SPM sebab aku nak tengok hasil 11 tahun aku study :D inshaallah nothing's impossible(; put trust in allah. He's there. dan aku berharap tak kira sehebat, seteruk mana pun result aku nanti, aku dapat jadi pemangkin semangat untuk adik aku study, seperti mana masa result PMR baru nih, aku tengok adik aku, iwe menangis dan alhamdulillah dia buktikan dia boleh buat walau seribu manusia yang menentang, yang memandang rendah terhadap kebolehan dia (;

tu je yang aku inginkan untuk kejayaan SPM aku. bukan duit yang aku perlukan, yang aku perlukan hanyalah kegembiraan family aku :D aku nak jadikan tahun 2012, tahun yang paling happy buat ummi baba bila angoh, abe, aku semuanya sukses dalam UPSR, PMR dan SPM (; aminnn.

inshaallah (: dan aku harap aku mampu naik atas stage bersama sahabat kesayangan aku yang lain ^^


0 oh ye ?: