Friday, August 12, 2011

hidup makin bercelaru



ya allah, aku tak tahu ape yang aku rase sekarang.


sejak dua menjak ni, mudah je hati aku tersentuh. bila tak kena sikit, aku menangis. bila kena marah sikit, aku menangis. bila rase kena perli sikit, aku menangis. 


dan aku pun tak tahu kenape aku rase sunyi. aku tak tahu kenape sekarang ni aku mudah marah orang. lepas tu bila kena marah balik, aku akan naikkan volume suara aku dan masuk bilik, menangis.


aku rasa bersalah. tapi aku tak tahu ape yang aku nak buat. aku rasa bersalah. tapi aku rasa hidup aku kosong.


aku tak tahu kenapa aku rasa diri aku sekarang ni macam orang yang dah terlebih perasaan. 


aku tak tahu kenapa sekarang ni bila aku baca quraan, jiwa aku kosong. seolah olah aku baca saja. tak faham apa apa pun.


aku tak tahu kenapa sekarang ni bila aku terawih, jiwa aku kacau. aku tak boleh nak fokus. aku tak boleh! dah dua kali aku rasa aku terawih tanpa aku tahu aku buat apa. aku tak tahu aku baca apa.


ya allah! kenapa sejak dua menjak ni hidup aku terlalu bercelaru? 


kenapa sejak dua menjak ni aku rase sunyi ?


kenapa sejak dua menjak ni hidup aku penuh dengan kenangan yang menghambat jiwa?


kenapa aku tak boleh nak fokus tuk beribadat?


kenapa tiap kali aku nak tidur, aku mesti menangis?


kenapa ya allah?


aku bukan mengeluh. tapi, aku sendiri tak pasti dengan hidup aku sekarang ni,


selalu sangat aku marah marah. selalu sangat aku jerkah jerkah bila tak kena. 



 selalu sangat aku tersentuh bila dia selalu lebihkan orang lain dari aku. aku tak tahu kenapa ! 

dan sekarang? 


aku tak tahu apa aku nak buat :')


i hope, i can change ! better person, i think.









3 oh ye ?:

syafiqakarim said...

situasi kita sama.
kenap ehh ?

anamizu said...

bykkan sabar..
tabah ye! ;)



salam kenal dr cik ana ^___^

lurveChoc said...

same like me.. seriously...
sllu nanges.. pkir bkn2..
owg yg kta syg mcm lbeykan owg lain.. x pedulikan kta lngsg.. dya dngn dunia dya..
hmm.. sama2 la kita brdoa..
mngkn ada yg trbaek buat kita...