Sunday, March 04, 2012

2 Mac

kenapa mesti aku teringat perkara yang paling aku takuti ? yang paling akan buat aku merana andai itu benar benar terjadi ?

semuanya berlaku pada hari jumaat baru baru ni :') 

mula mula aku terkejut bila tengok. tapi buat relax. tenangkan hati. cakap takda apa apa. tapi ? ya allah, menitis air mata bila aku fikir hal yang negatif. 

seharian aku menangis. menangis lagi dan menangis. 

masa tu, aku fikir apa yang orang lain akan pandang aku bila berita ni tersebar ? apa yang ustaz ustazah akan pandang tentang aku ? memandang hina kah ? apakah sahabat sahabat aku akan setia mendengar curahan hati aku, atau lari dari aku ? tidak malukah parents aku dengan aku? apakah nasib aku kelak? akan dicelakah aku? apakah yang akan terjadi suatu hari nanti? adakah nasib aku akan dibela ataupun dicerca? kemanakah yang akan aku bawa diri aku selepas tiada orang yang menyayangi aku lagi?

sungguh, aku tak pernah rasa sesedih hari tu. mungkin the sad day of my life. KOT buat masa sekarang. tak tahu lah kalau ada lagi hari sesedih tu.

masa tu, semuanya datang. berkecamuk perasaan. haha :'] selama ni aku hanya pandang enteng, buat biasa biasa je macam takda effect pun dalam hidup aku.

al-kisah hari tu - i made it as private sebab private lahhh :')
nahhhh, bila diuji, barulah aku mengadu pada allah. cari balik, imbas balik, reflect balik pada diri aku. tanya apa salah aku, tanya mana dosa aku. dan akhirnya, sudah terjawab semuanya. mungkin ini semua peringatan allah pada aku supaya berhati hati lain kali. fikir dulu sebelum buat. 

aku rasa lah kan, kalau semua tu betul betul terjadi, ya allah. aku rasa aku dah give up. mungkin sedang hanyut dalam lena diri sendiri. mungkin aku tak terdaya untuk study, atau mungkin juga aku berhenti sekolah sebab aku tak mampu teruskan hidup. mungkin. mungkin juga aku tak berkawan dengan sesiapapun lagi. mungkin juga aku akan jadi seorang yang pendiam. berubah 360*. bukan hanya 180* :( tiada lagi diri aku akan muncul di tusyen tusyen dan selalu tanya cikgu soalan soalan bodoh. semuanya akan berubah, andai semuanya terjadi. 

lagu blog ni, dehearty - wanita. rasa syahdu sangat sangat :) it reminds me how special women in islam. and how awesome i am as a woman, a girl. but still i didnt appreciate it. sekarang ni, berubah lah rasa. bila dengar lagu nasyid, sejuk je hati. tapi bila dengar lagu dongdengdongdeng, rasa serabut. haha XD lawak ? iye mungkin, sebab aku sendiri pun rasa lawak.

iye, mungkin ada hikmah mengapa semua ini  berlaku. dan maaf andai aku masih dibayangi dengan peristiwa 2 mac ini lagi lagi dan lagi. maafkan aku. sungguh aku juga manusia, ada hati untuk takut. untuk kecewa dan semuanya.


harap harap aku takkan mengulangi kesilapan yang sama :)

0 oh ye ?: