Monday, March 19, 2012

kenangan, adakalanya pahit dan manis.



aku tulis entry ni semalam. tak sempat nak post sebab city hunter.

Hari ni hari ahad. Hari ni 18 mac. Hari ni hari first sekolah selepas cuti penggal pertama. Hari ni hari dapat result. Hari ni aku gembira. Hari ni hari aku kecewa. Hari ni hari aku sedih. Hari ni hari yang banyak mengajar aku apa erti belajar.

Semuanya hari ni. Ye, hari ni.

Hari ni dapat result. Banyak sangat. Tapi bukan semua. 7 subjek je.  Ada yang okay tapi ada yang teruk. Ada yang kecundang, tapi diubati dengan markah subjek lain. Semuanya ada lah hari ni. Banyak yang aku belajar erti kehidupan hari ni. Ye, hari ni. Bukan hari hari lain. Tapi hari ni.

Pagi tadi, sebelum pergi sekolah. Aku teringat kat umi. Dalam hati, ‘hari ni aku dapat result. Tapi ummi takdok. Nok kosi result dengei ummi :’( ‘ lepas tu teringat kat iman. Dia text aku cakap aku bertuah sebab dapat jumpa umi aku tiap hari. Tapi dia tak. So, pagi tadi aku dapat lesson yang aku kena jadi orang bersyukur sebab dapat jumpa umi tiap hari.

Then, lepas tu masuk cikgu mathmode. Dia bagi kertas mathmode dan addmath. Mathmode, alhamdulillah syukur kepada tuhan sebab dapat A+. tapi addmath sikit je lagi nak dapat A+. hanya satu markah. Satu markah! Itu yang buat aku sedih. Jauh dari target addmath aku. Puas aku cari kat mana nak kaut satu je lagi markah nak cukup 90, tapi still. Hanya buat aku kecewa.

Lepas tu, subjek arab. Yang ni panjang sikit. Ustaz C panggil nama student. Lepas satu, satu. Nama aku still tak dipanggil. Last last, memang aku tak dipanggil pun. Takut. Takut sangat sangat sebab ustaz kata nak denda. Tapi diubati bila tengok sarah pun tak dipanggil jugak. Aku, sarah, fizah dan ilya kena panggil ke depan. Aku tengok semuanya pandai arab, kecuali aku. Konfius jugak lah aku. Ustaz pun cakap la, ‘ustaz tok suko lah kalu student tinggal tempat kosong sebab dio menyerah sebelum berperang.’ Ustaz pun panggil ilya, ustaz bagi kertas. Dia dapat 79. Ustaz panggil sarah. Dia dapat 60. Lepas tu, turn aku. Bila aku tengok markah tu, memang lah sikit. Tapi jujur aku bangga dengan result aku. Aku dapat 59. Kenapa aku bangga? Jawapan dia satu, segala result arab semuanya aku terima dengan redha. Tak perlu nak kecewa. Tak perlu nak sedih sebab masa exam aku tak struggle kan? So, wajarkah, layakkah aku untuk mengeluh? Tak, kan? Fizah dapat 91. Ye, kiranya aku lah budak yang paling rendah sekali dalam kelas subjek arab. Malu? Tak. Sebab dah biasa dapat the lowest mark dalam kelas untuk subjek arab.

Aku pun hairan lah kan. Kenapa lah fizah dan ilya dipanggil sedangkan mereka A. baru aku tahu, rupa rupanya kami berempat ni tinggal tempat kosong. Haha :) then, ustaz suruh buat aku janji depan ustaz. Cakap yang takkan pernah tinggal tempat kosong lagi dalam exam. Mula mula fizah buat janji. Aku ajak sarah supaya tak buat janji. Lepas tu, ilya. Sarah pun cakap juga. Buat janji dengan ustaz jugak. Masa tu tinggal aku sorang je kat depan. Gugup.

Turn aku lah kan buat janji dengan ustaz. Aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Sebelah kanan cakap pergi la pergi la buat janji. Sebelah kiri cakap tak payah la buat janji. Berperang punya berperang.  Cuba teka reaksi aku?

Tengah tengah aku sakit kepala nak buat pilihan. Ustaz pun cakap orang debar ni sekalo bagus. Tok mudoh janji. Dalam hati, ‘eh ustaz ni nok perli aku ko?’ Ustaz pun cerita. Dulu, ada 4 orang students nak bertanding multimedia. Dan ada sorang budak ni bila bercakap kat dia gugup. Berdebar. Tapi ustaz tengok dia berpotensi. Dia bagus.tapi dia tak berani nak cakap depan orang ramai. Dan ada lah sorang budak ni bila cakap kat depan, memang berani. Tapi kosong.  Sebab tu la kalah dengan MML multimedia. Dalam hati aku mula mula tu berbunga jugak lah. ‘eh! Kironyo aku ni ustaz tengok cerdik jugok lah?’ lepas tu cepat cepat hapus. Datang suara lain cakap, ‘weh! Acu mu khabar sikit. Mu tu tok cridik arab mu tahu tok! Mano mungkin la mu nih berpotensi. Toksoh dok koya sore lah. Mu tok kaba ko ustaz wak nganyim ko mu tuh mekda?’ :’( semua orang tunggu jawapan aku. Buat janji. Aku tutup muka aku dengan kertas. Aku nak menangis. Tapi bukan sebab result. Aku dah redha kan dengan result. Tapi sebab baba. Mesti baba malu kan ada anak macam kakak? Ayah ustaz, tapi anak? Bodoh dalam arab. Selalu rendah. Itu yang buat aku nak menangis. Tapi?

Masa tu aku fikir, kalau aku berjanji yang aku takkan tinggal tempat kosong, kalau aku tak faham apa benda pun maksud arab, apa yang perlu aku tembak? Kalau aku tembak benda yang memang aku tahu takkan betul, take makin bodoh nampak. Kan? Lebih baik aku tinggal. At least, tak nampak sangatlah ketidakcerdikan aku tuh. Kan?

Tapi……………

kenapa takda orang faham perasaan, jiwa aku? Kenapa takda orang faham betapa aku tak boleh follow arab? Kenapa orang samakan diri aku dengan mereka?  kenapa mereka tak pernah faham aku? kenapa mereka tak pernah faham masalah aku tentang arab? Kenapa mereka tak pernah menyelami isi hati aku tentang arab ? Kenapa mereka tak pernah tempatkan diri mereka di tempat aku? Kenapa kenapa kenapa? Aku kecewa. Aku sedih. Aku hampa. Aku, semuanya.

Lepas tu ustaz tengok aku. aku cakap, ustaz! Sayo tok sei janji. Sayo mitok maaf. Ustaz tengok. berdiri bulu roma aku masa tu. haha. ustaz cakap, okay buleh masuk. aku tak nak masuk. sebab rasa kurang ajar. ustaz tengok lagi. aku pun masuk sambil cakap, tok sei janji jugok! ustaz senyum.

tapi kenapa? kenapa sikit pun aku tak rasa kecewa? kenapa? kenapa sikit pun aku tak rasa malu? kenapa ya allah? itu sebenarnya yang aku takutkan. 

aku bersyukur apa jua result arab aku. malah aku bangga. kenapa? banyak sebab. semalam aku pergi tusyen. jumpa budak naim. dia tanya aku pandai ke tak arab. aku cakap langsung tak. dia cakap, sayo mujur tok fail pun mujur. aku kena bersyukur sebab masih orang lain lagi yang jauh ketinggalan dari aku. at least aku bukan keseorangan. datang keinsafan dalam diri. 

aku patutnya bersyukur dapat result macam tu even sikit. aku patut bersyukur sebab orang lain masih rendah dari aku. kenapa aku asyik salahkan diri aku? aku kena bersyukur sebab ada orang lain lagi di bawah aku. bukan aku bersendirian. alhamdulillah ya tuhan. lagipun aku positivekan diri aku. kalau pmr aku boleh, takkan spm aku tak boleh kan? semua sama. otak pun sama. aku pernah masuk annusrah ( kelas pemulihan arab ) masa form 3. tapi still aku dapat A jugak dalam PMR. jadi, apa masalah yang boleh menghalang aku kan? aku cuma perlu berusaha. berusaha. itu aja. jadi, aku tak sepatutnya menghina atas kebodohan aku sendiri, kan? aku tak patut pandang rendah pada diri aku. ye, yakin terus dan sentiasa pandang hadapan. lagipun, mana mungkin aku dapat kejayaan sekaligus, serentak tanpa sedikit pun merasai kegagalan kan? positive. itu prinsip hidup aku :)

ustaz, saya minta maaf sebab saya tak mampu berjanji. tapi percayalah, walaupun sering saya ucapkan yang saya tak mampu buat arab, hakikatnya pasti saya akan buat yang terbaik.

masa rehat, aku masih boleh berbual dengan orang lain. aku masih mampu bergelak tawa tanpa sedikit pun ada perasaan malu. mungkin kalau orang lain dah tak bercakap dengan orang lain dah. tapi alhamdulillah sebaliknya aku mampu ketawa atas kebodohan aku sendiri. itu ertinya aku tak pernah menyerah dan tak mudah give up. alhamdulillah. malah, alhamdulillah aku jadi motivator untuk kawan kawan aku walhal masa tu hati aku tengah walang fikirkan arab. why? sebab kata kata yang aku ucapkan itu sebenarnya sebagai pembakar semangat supaya aku terus maju tanpa menoleh ke belakang lagi. alhamdulillah.

lepas tu, result PQS. tak berdebar langsung. sebab aku dah all out berdebar untuk arab. haha :) aku tengok hajar dapat 72. cuak jugaklah sebab hajar tu budak yang suka menghafal. tapi alhamdulillah aku dapat A+ untuk PQS. 2 markah je lagi nak dapat full. tempat aku salah tu pun aku puas hati aku salah. thank you allah.

Masa tu, mun pun pergi kat cikgu. Baiki markah. Aku pun tanya dia dapat berapa. Dia cakap, ‘orang lain pergi dekat cikgu nak naikkan markah. Tapi aku? turunkan markah. Menyesal bapak ah aku.’aku dengar, senyum. Aku cakap, ‘mun! patutnya mu banggo dengan diri mu sebab mu jujur.’ Mun senyum.

setengah jam lepas tu, dapat result BM. alhamdulillah dapat A- . aku puas hati sebab rumusan tu aku hanya jumpa 4 isi tersurat. terima kasih ya allah. 

masa kelas tambahan masa pertama, aku dapat markah sejarah. aku tengok adlin dapat rendah. padahal adlin minat sejarah. adlin menyerah. dia menangis. dia menyalahkan diri dia. aku pun entah kenapa aku marah dia. aku cakap macam macam untuk menaikkan semangat dia. masa cikgu panggil aku tu, aku tengah buat addmath. so aku tak rasa langsung debaran. aku terima seadanya yang boleh. sebab aku langsung tak target tinggi untuk sejarah sebab hari tu aku tak boleh buat. tiba tiba bila pergi kat cikgu, cikgu cakap 'awok okay doh ni. dapat 92' sungguh terbeliak mata aku tengok. terus cakap terima kasih cikgu, sayangggg cikgu. ya allah, terima kasih ya allah. sungguh aku langsung tak sangka.

lepas tu, adlin adu kat aku pasal someone. adlin rasa macam diperlekehkan. dia cakap yang mereka tu hanya nak berkawan dengan orang pandai. dan mereka nak berkawan dengan aku sebab aku pandai. serius macam tak percaya orang cakap aku pandai. ada juga yang memuji walau hakikatnya? entah lah. aku pun bagi nasihat kat adlin supaya jangan hirau pandangan orang lain. yakin pada kebolehan diri. 

masa kedua kelas tambahan, dapat result BIO. ya tuhan, sungguh aku takut. aku tengok kertas BIO aku habis konyok sebab aku gumpal masa exam hari tu. cikgu cakap ramai yang dapat A. aku? sedih sangat sebab aku target paling tinggi aku dapat 70. dan alhamdulillah aku dapat 75. terima kasih ya allah. 

itu sahaja markah yang aku dapat hari ni. 7 subjek - 3A+ 1A 2A- 1C. ( 59 tu C ke? ya tuhan. sumpah aku tak boleh terima kenyataan aku dapat C ! tapi, takpelah. pasti ada hikmah, kan?  )

aku masih tak dapat FIZIK, KIMIA, PSI dan BI. insyaallah untuk subjek 4 itu aku target 3A. pleaseeee make it true ya allah.

So far, semua tempat yang aku salah tu, aku puas hati. Ye, puas hati sangat sangat :) sungguh, result exam kali ni menggembirakan hati aku. termasuk arab. Cuma arab spoil mood aku bila aku tahu 59 tu C. haha tapi biarlah kan? Yang penting, itu usaha aku. itu otak aku. itu kejayaan aku. itu kegagalan aku. bukan orang lain.

Notakecil.
Ummi baba, jangan risau. Jangan sedih. Jangan bimbang. Sebaliknya banggalah ada anak seperti kakak. Ummi jangan bimbang dengan arab kakak. Ummi pun tahu yang kakak akan pastikan 11A dalam genggaman kakak walau apa pun yang berlaku. Takkan ada satu pun yang mampu menghalang kakak. Umi pun tahu semua tu. Ummi jangan bimbang ya? Sebab kakak yakin dengan prinsip hidup kakak. Kejayaan takkan datang sekali gus. lagi manis kejayaan itu setelah merasai kegagalan. Jangan bimbang. Kakak tetap kakak. Kakak tetap anak ummi yang takkan menoleh ke belakang tapi sebaliknya. Terus menongkah arus untuk mencapai kejayaan yang kakak inginkan.
Itu janji kakak !

0 oh ye ?: