Wednesday, July 04, 2012

marriage







ya allah sweet tahap apa entah aku pun tak tahu nak cakap apa cuma yang boleh aku cakap kalau diizinkan allah, aku ingin menjadi seperti mereka! hahaha --'

secara jujur, memang aku suka sangat tengok video kawin. macam macam vid nikah aku dah tengok. dena bahrin, scha, etc even orang yang aku tak kenal sekalipun. haha XD entah la kenapa aku suka tengok. mungkin sebab terpancar rasa kebahagiaan dari hati di raut muka kot. 



kadang kadang kan, berangan nak jadi THAT GIRL! haha XD  berangan, one day. sapa yang tak ada keinginan nak kahwin kot wei? nabi dah sebut dalam hadis dia KALAU TAK SILAP AKU, sapa sapa yang taknak kahwin, maka dia bukan umatku. so, memang normal lah kan aku? --'


Begini saja, kau tunggu di sana, aku tunggu di sini. Tuhan akan menciptakan putaran. Sampai akhirnya kita bertemu pada satu titik yang sama, lalu berkata, 'Wah, ini sebuah kebetulan! '



^^ i love it when people of different backgrounds marry! subhanAllah, it is so beautiful to see that islam was more important to them than culture or anything else and when both of them love islam so much and were and are doing so much for the deen, mashaAllah what else do we want? may Allah grant us such marriage and spouses who will be the coolness to our eyes and strong in their deen to help us grow to be better till Jannah.




ya allah, nak mengalir air mata aku bila irma mengalirkan air mata selepas redza selesai akad nikah. OMG ! sweet nak matiiiiiiiii. bahagianya aku tengok mereka. dah la sama sama aminkan doa. mungkin sama sama ucap syukur ke hadrat ilahi sebab mereka dipertemukan di depan rumah allah dan tanpa ada hubungan yang haram, terus mereka nikah. sweeett!


If you really believe it was meant to be, you just have to be patient, no matter what obstacles get in your way.

and masa irma kucup tangan redza, irma macam nangisss. ya tuhan, tak tahu nak cakap macam mana sebab aku rasa berkat sangat perkahwinan mereka. btw, part last best. malu malu. 

tapi kan, kalau yang sebelum kahwin tu dah pegang situ sini, dah tak best la pulak kan sebab dah takda syahdu apa semua tu. kan best lepas nikah, semuanya halal. 




kalau boleh, diizinkan allah, aku nak jadi yang terbaik untuk THE FUTURE. tapi aku tak nak cakap panjang lebar sebab aku tak tahu masa depan aku macam mana. so, aku tak nak terlalu berharap yang perfect sebab aku sendiri pun tahu yang aku tak perfect, so how can i expect for perfect one kan?


cuma yang aku tahu satu. kalau aku jaga diri aku sebaik mungkin, aku yakin allah juga temukan DIA yang jaga diri dia sebaik aku jaga diri aku. sebab wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. vice versa.


banyak aku tengok sekarang. bila sayangkan seseorang, habis hilang keluarga. terabai. so, aku nak amik semua tu jadi pengajaran. DIA mestilah sayangkan family aku first! kalau dia tak sayang, okay fine blah lah wei! aku lebih sayang keluarga aku dari kau sebab aku jumpa family aku, sayang family aku lebih lamaaaa dari kau. 


insyaallah aku takkan berubah. takkan berubah. insyaallah. kalau diizinkan allah, bukan sekali kali aku tinggalkan family aku terutama ummi hanya kerana seorang lelaki. 


Prophet Muhammad (PBUH) said, “We do not think that there is anything better for those who fall in love than marriage.” [ibn Maajah] “To fall in love is a disease and it’s cure is to marry the person one is in love with (in order to remain in love).” [ibn Al-Qayyim] Love the one that increases you in nearness with Allah :)



tapi yang 'tu' bukan keinginan aku yang utama, sekarang ni aku nak capai cita cita aku dulu sebelum aku melangkah ke arah semua tu. aku nak happykan parents aku dulu sebelum aku happykan diri aku. aku nak berbakti kepada parents aku dulu sebelum aku berbakti pada orang 'lain'. yang paling penting, aku nak cari cinta ILAHI dulu sebelum jumpa cinta manusia. 


Getting married young to someone you love completely, not like kiddy love, but serious mature love, would be pretty cool.

seorang gadis bertanya kepada ibunya: 'umi, macam mana nak cari seorang lelaki yang soleh?' lalu ibunya menjawab dengan ringkas: 'lupakan hajatmu mencari lelaki yang soleh dulu wahai anakku, sebaiknya jadikan dirimu seorang wanita yang solehah, insyaAllah lelaki yang soleh pasti akan Allah hantarkan kepadamu.'

last,



AKU BUKAN IRMA HASMIE.

yang mana mendambakan perkahwinan seindahnya
yang mana mengharapkan bakal imam ku sesempurna suaminya
yang mana mengharapkan hari-hari sepi ku bertukar ceria
yang mana mengharapkan segala-galanya akan berakhir gembira..
yang mana tidak mampu lagi ke makkah menadah tangan untuk berdoa
yang mana bukan orang popular sekadar gadis kampung biasa
yang mana bukan miliki wajah seindahnya


AKU CUMA AKU
yang hanya mampu menadah tangan di balik tirai-tirai malam kesepian
yang hanya mampu berpegang pada harapan kepada NYA
yang hanya mampu bermimpi berharap duka dan perit ini akan terhenti
yang hanya mampu meneruskan sisa-sisa kehidupan ini dengan sabarnya
aku hanya insan biasa..
aku tidak mengharapkan perkahwinan seindah irma hasmie aku juga tidak mengharapkan perkhawinan besar-besaran..
aku cuma mendambakan
perkara biasa-biasa sahaja berlaku dalam hidupku..
tapi cukuplah ianya sempurna..
sebab aku cuma insan biasa seperti manusia lain
yang punyai rasa, impian dan harapan..


Padaku cukuplah perkahwinan yang diredhai ibu bapa aku dan dia,
kerana jika tiada restu ibu bapa, maka tiadalah redha Ilahi 
Perkahwinan yang aku perlukan adalah yang diredhai
kerana suamiku lah yang bakal bertakhta dihatiku 
dan menemaniku hingga ke syurga.
dan aku yakin ALLAH itu ADIL bukan?
mungkin kisah cintaku tak seperti irma hasmie..
tapi satu hari nanti
DI SINI AKU AKAN CORETKAN UNTUK SEMUA..
aku jua punyai kisah cinta 


*i hope im not a GATAL girl to talk about this. hahaha XD

0 oh ye ?: