Thursday, January 10, 2013

ni ikhlas dari hati aku yang paling dalam :

tahu tak, sebelum sebelum ni aku rapattt sangat sangat dengan umi. rapat sangat sangat. tiap kali aku balik tusyen, mesti aku cerita kat umi apa yang aku belajar hari ni, pasal kawan kawan aku, pasal KM dan so onn. happy sangat sangat sebab ada someone yang kita boleh share dan lebih lebih lagi kalau tu tu ibu kita kan? dan kita rasa kita lah manusia yang paling happy sebab dapat guna qoute sharing is caring. lol :P

tapi, semuanya berubah sejak aku dapat tawaran UTP. serius, bagi aku, aku rasa UTP merosakkan kehidupan aku. totally! i hate itt :'( 


kerana UTP,
aku titiskan terlalu banyak air mata.

kerana UTP,
aku hampir hampir kehilangan cita cita aku.

kerana UTP,
aku selalu makan hati.

kerana UTP,
depan orang nampak happy. tapi hakikat? lol

dan,
kerana UTP,
aku hampir bergaduh dengan parents aku.

kerana UTP,
aku hilang segalanya.

hari tu, aku bertekad nak pergi UTP. yeee, memang niat aku, aku akan belajar mechanical dan aku tak kira, lepas result AKU PASTI AKAN GRAB MY OWN DREAM SINCE I WAS A KID - TO BE A DOCTOR. so nak tak nak, parents aku kena habiskan 7k! seee? how cruel i am. alaaah aku dah cakap dah hari tu, tapi mereka cakap try try dulu utp. duit 10k kalau habis sekalipun mereka tak kisah. sooooo? i dont know whyyyyy. mereka tak faham akuuuu. tapi mengertilah. aku tak sekejam itu.

dan sekarang. aku rasa kehilangan umi aku yang dulu. nak cakap pun kena hati hati. kena jaga takut tersilap cakap. aku rasa aku telah kehilangan something yang sangat sangat bermakna untuk aku :') haha. 

nak cakap pasal kawan pun, tak. nak cakap pasal KM pun, tak. nak cakap apa yang aku belajar hari ni pun, lagi lah tak. semuanya aku simpan sorang sorang. haha. you know how much im dyingg? no. you dont know it even once. 

depan kau, aku happy. tapi hakikat? oh whatsoever. 

duluuuu, aku sangat happy dengan life aku. bila pergi tusyen, aku tak sabar sabar nak balik jumpa ummi. sebab ada orang sambut dan ada orang nak dengar aku cerita. tapi sekarang? serius aku rasa malas je nak balik rumah. kalau balik rumah, mesti aku sakit hati. haha

hmm. bukan aku tak nak jadi engineer. masa aku form 5 pun aku dah bertekad, aku nak jadi ;

1. doktor
2. farmasi
3. engineer

see? bukan aku tak berkeinginan nak jadi engineer. tapi itu pilihan ketiga. whyyyy? whyyy always blame me? kenapa aku perlu menyerah pada takdir tanpa usaha apa apa? aku nak kejar cita cita aku untuk jadi doktor dulu sebelum aku pasrah untuk jadi benda lain. tapi kenapa jadi macam nihhh?

semalam aku melawat kawan kex aku, iman.dia accident. ye, aku tahu aku mabuk darah since aku tengok video orang bersalin. dan aku jadi pening sikit. aku tersalah cakap kat ummi benda tu. then umi cakap something yang menyakitkan hati aku. sakit sangat sangat. haha 

kalau dulu, bila aku cakap aku pening tengok darah, umi akan cakap 'try try try. buleh eh.' dan sekarang? totally change! yang aku dengar, hanyalah ungkitan tak nak jadi engineer.

whyyyy? kan dulu aku dah setuju nak pergi UTP. tapi miracle happened. umi cakap kalau kakak nak go on medic, stay kex. tapi kenapa jadi macam ni? dan pernah la aku terfikir. kalau aku pergi UTP, aku tak nak hubungi parents aku tiap tiap hari. cukup lah dua minggu sekali. dan masa family aku sent aku pergi utp, aku nak utuskan surat luahkan hati aku. tapi semua tu tak jadi.

aku rasa family aku dah tak support aku. sekarang, aku nak pergi buat kerja dengan kawan pasal kex pun, aku berat hati nak cakap. sebab mesti akan dengar sindiran. i never expect thissss. ummi aku dulu seorang yang sangat memahami isi hati aku. tapi sekarangg?

bila balik rumah, aku rasa sunyi sangat sangat. sebab tu la aku selalu online. at least dengan layan kawan kawan aku, aku rasa sedikit happy.

serius aku tak faham apa yang parents aku nak sekarang. aku rasa aku dah tak kenal parents aku. terlalu jauhhhh. aku dah cuba jadi anak yang baik dengan korbankan cita cita aku sekejap untuk belajar mechanical, tapi bila dah bagi option nak stay kex, tanpa ragu ragu aku cakap pilih kex.

aku tahu umi aku tak suka aku pilih kex lagi dari utp. duluu, umi okay je dengan kex. tapi bila datang offer utp? totally changeeeee! aku benci faham tak? umi aku tak pernah tahu apa input yang aku dapat melalui kex. 

pernah tak tahu sejak aku belajar kex, aku start try speaking. aku start try baca novel dalam english. aku start try berjimat. aku start try nak cari experience dengan jual jual baju untuk palestin dan syria.dan so onn. tapi mereka tak pernah fahammmmmmmmmmmmmmm!!!! it hurts me a lot. 

entah. biarlah. aku cuba untuk sabar :) one day i will prove to them my decision is the best one. 

aku akan ubah takdir life aku. aku pegang kata kata KM. aku akan ubah hidup aku dari circle to become triangle. dan konsep aku, akan aku pegangg!

konsep aku - jika seorang antara seribu yang berjaya, itu adalah AKU. jika seorang antara seratus yang berjaya, itu adalah AKU. jika seorang antara sepuluh yang berjaya, itu adalah AKU. dan jika seorang je yang berjaya, dan itu juga adalah AKU.

one dayyyy. you will call me DOKTOR SHAHIRA SHUHADA. inshaallah :)

1 oh ye ?:

Anonymous said...

mom knows best. never regret doing things because of a mother. anyway, may Allah ease ur decision.