Sunday, March 24, 2013

day after spm.

calon SPM 2012 yang dapat keputusan yang cemerlang - 8A above.


hai hai assalamualaikum :D

result khamis lepas kan? okay serius takda perasaan. tapi bila nak apply scholarship kelmarin, timbul rasa jeles dengan kawan kawan yang dapat straight A+ sebab diorang terus dapat tajaan, boleh mintak kos dan negara yang diminati, dapat kijang emas and so on ( tak silap aku lah ). 

tapi fikir balik, 6A+ 3A 2A- pun kau tak nak bersyukur lagi shahira? common. cuba reflect diri kau. masa kau SPM dulu, pernah kau bayangkan kau dapat A+ hatta satu subjek sekalipun? pernah kau bayangkan shahira? tak. kau tak pernah bayangkan. dulu, kau cakap pada diri kau, 'memei lah aku teringin nok straight A+ tapi aku tahu tak mampu. dapat straight A- takpo doh. aku bersyukur gilo doh. A+ tu jauh dari panggang lah aku gak.' seeeeeee? kau tak pernah idamkan dapat A+! tapi still allah bagi. bukan 1 subjek, tapi 6 subjek allah bagi A+ kat kau supaya kau happy, but still kau tak bersyukur?  

bila tengok syarat kelayakan permohonan dan dia hanya nak A+ / A, aku terus rasa 'alaaaa bakpo aku ado A-?'  hahaha too damn you! tak reti bersyukur langsung!

ramai yang kecewa bila tengok result dia. ramai yang berduka shahira. ramai! terlalu ramai. jangan jeles bila tengok mereka masuk TV, update setiap minit status cakap happy and so on, JANGAN JELES! 

kadang kadang kan, allah nak uji kita sama ada dalam bentuk kejayaan mahupun kegagalan. dan aku rasa, ujian allah dalam bentuk kejayaan lagi worst kot dari kegagalan. allah nak tengok sama ada kita bersyukur atau tak nikmat yang allah bagi, sujud ke tak pada allah, takabbur riak sombong atau tak kepada allah dan orang lain. seeeee? 

bak kata ieman ;


walaupun kita gembira dan bangga dgn keputusan pencapaian kita, sehingga ad yg masuk paper,tv n sbgnye. ingatlah ad satu lagi 'reporter'2 yg kita x sedari iaitu malaikat2 Allah swt. 'reporter'2 ini akan memberitahu kpd Allah (sedangkan Allah maha mengetahui) adkh kita sudah bersyukur dgn nikmat yg Allah beri itu ataupun tidak. Allah berfirman : wahai org2 beriman,bersyukurlah dgn segala nikmat yg dikurniakan kpdmu(dgn bnyk melakukan amal ketaatan), nescaya akan kami tambahkan lg nikmat kpdmu, dan barangsiapa yg tdk bersyukur, ingtlah sesungguhnya AZAB kami sgt pedih ;)

haha :D secara jujur, tipu lah kalau aku cakap aku tak jeles tengok ayie, faiz, emy and so on dapat A plus plus banyak banyak. tapi inshaallah alhamdulillah aku bersyukur tak kira result aku worst dari mereka atau better dari mereka.

since aku kecik, aku diajar untuk compete. bukan diajar sebenarnya. cuma secara automatik perasaan untuk bersaing tu datang dengan sendirinya bila tengok sepupu/kawan aku sukses. kena beat result dia tu, kena beat result dia nih. sometimes, i feel so stressssss because im too afraid if im lost -.-'



tapi tu lahh. aku still tak faham kenapa kelmarin aku rasa aku tak bersyukur dengan result aku. entah kenapa -.-' boleh datang perasaan 'erk. A- jah?' shahira, kau ingat lagi tak, lepas SPM, kau hany target berapa? kau hanya target 8A je tau? kau tak pernah target untuk BIOLOGI, SEJARAH, FIZIK. tapi tengok apa yang allah bagi. semua kau dapat!

biologi, kau ingat lagi tak masa kau lepas habis buat paper 2, terus kau down. exam spm sebelum paper tu, kau rileks je takleh jawab. tapi untuk bio, kau takleh nak tepis perasaan kau. dan allah bagi kau A, kenapa kau mengeluh lagi?

fizik, kau ingat lagi kan untuk paper 3 yang part eksperimen 12 markah tu? totally kau burn 12 markah sebab kau tertukar mv dengan rv. dan kau target dapat B. tapi alhamdulillah allah bagi kau A-. kenapa kau mengeluh lagi?

sejarah. aku bet yang ni pasti kau ingat sepanjang hidup kau bila dengan bodohnya kau hanya dapat jawab 2 soalan dari 9 soalan yang dikemukakan dalam paper 2. ingat lagi kan shahira? tengok. bukan setakat A- /  A, A+ siap allah bagi.
 

dan yang paling paling penting, subjek arab :D fakta hidup kau shahira. kau tak pernah dapat A dalam exam, hanya 3 kali. iaitu PMR, TRIAL SPM dan alhamdulillah SPM. be grateful :D

dan sekarang, jangan pernah kau mengeluh / jeles lagi dengan kejayaan orang lain shahira (: kau kenal diri kau sapa. impian kau dari dulu sampai sekarang, kau hanya nak bahagiakan parents kau kan? tak lebih dari tu.so, alhamdulillah. sepanjang kau study, kau dapat happykan parents kau. kau dapat straight ni, ya allah punyalah baba tersangat happy sampai tak terkata. ingat lah shahira, bersyukur bersyukur bersyukur (;

alhamdulillah. aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang dan aku harap aku dapat kekalkan moment ni untuk hidup aku nanti supaya aku sentiasa dapat happykan parents aku (; aminnn. sungguh! bila tengok parents aku happy, aku pun turut happy ^^



kepada yang result down, sabar (: allah sentiasa bersamamu. memang lah kan orang kata kalau bab ilmu nih, keno tengok orang atas dari kita. tapi bagi aku, konsep tu boleh digunakan untuk kita berusaha. tapi bila dah dapat result, konsep dia terbalik. kita kena tengok orang yang lebih bawah dari kita supaya kita tahu apa itu bersyukur dengan nikmah allah.

kalu result kita x seperti hok kita harap, tgklah ore hok dpt lbih rndah drpd kita. dalam hal2 dunia, always look at those beneath you. dlm hal akhirat dan ibadah. tgklah org yang lebih baik drpd kita. kalu kita dpt cmrlang, sama2 kita berdoalah moga result ini akn lbih mendekatkan lagi kita kpdNya, semakin kuat pgntungan denganNya, semakin dkt denganNya. - Dini #second best student MMP


manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada. let say someone tu dapat 2A, mesti dia akan 'kalu lah aku dapat 4A 5A 6A and so on.' tapi kalau dapat straigt A, tetap 'bakpo aku tokleh straight A+?' dan andai dapat straight A+ sekalipun, tetap 'kalu aku amik subjek lebih, mesti buleh banyok lagi. rugiii nyohhhh.' seeeeee? trust me. perkataan kalau tu akan buatkan kita jadi manusia yang tak reti bersyukur dengan nikmat allah.



memang perasaan tu akan datang jugak. tapi tu sebenarnya mainan syaitan. cuba tepis! inshaallah anda dan saya mampu lakukannya :D

do trust me. spm ni hanya tiket nak masuk u je. lepas ni, dah tak berguna lagi. bukan spm ni akhir bagi segalanya. tapi spm ni permulaan untuk segalanya :) so jommmmm! nanti kat uni, kita sama sama study dan grab oppurtunity sebanyak sebaik sehebat yang boleh. yeahhh kita pasti boleh buat dan kita sama sama compete secara adil :D 



memang senang untuk bagi nasihat kat orang lain, tapi bila benda tu belepuk atas dahi sendiri, terkapai kapai jugak kan? :/ sebab tu lah kenanya ada saling mengingati antara satu sama lain (;

errr. aku tak tahu apa yang aku sedang taip. haha :) 

okay semalam aku dah apply MARA UTP FELDA MMC IPG :D result yang twinning dengan jepun tu 1 april. dan yes! engineering -.-' aku pun tak faham kenapa iv selalu aku pergi berkaitan dengan engineering. bak kata wawa 'nanti ada jugak manusia yang dapat dua gelaran sekaligus - DR & IR.' haha :D 

okay salam !

0 oh ye ?: