Friday, March 15, 2013

iv jepun :)

hai :D

hari tu, aku ada apply course engineering yang twinning dengan jepun tu. serius tak expect dapat panggilan interview sebab kelayakan dia paling minimum kena dapat A. result aku pulak kebanyakan A-. 

dan bila tahu dapat, memang teruja nak pergi sebab nak cari pengalaman sebab interview ni ada sesi bertulis. kat utp baru ni takda sesi bertulis ---> ni je matlamat sebenar nak gi. haha :D tapi teruja tu hilang bila ingat kena pergi wedding abe mad kat kuala lipis. kena gilir dengan umi drive sebab jauh.

dan, sekarang. aku tak jadi pulak gi. so ummi aku suruh pergi pulak interview tu. last minute. so, banyak lah benda yang dia nak, aku takda :/ ni yang dia nak ;


  • Borang Permohonan On-line Lengkap Diisi Dan Dicetak
  • Semua Salinan Dokumen Telah Disahkan
  • Gambar Pemohon Yang Terkini Telah Dilekatkan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Ibu Bapa / Penjaga Telah Dilekatkan
  • Salinan Sijil Lahir Telah Dilekatkan
  • Salinan Sijil PMR Telah Dilekatkan 
  • Salinan Keputusan Percubaan SPM Telah Dilekatkan 
  • Salinan Keputusan SPM Telah Dilekatkan 
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Telah Dilekatkan 
  • Salinan Surat Perakuan Pelajar (Testimonial) Telah Dilekatkan
  • Salinan Dokumen-Dokumen Lain Telah Dilekatkan
  • Salinan Penyata Gaji Atau Pendapatan (Borang J / EA) Telah Dilekatkan


ni yang aku takda ;



  • Salinan Keputusan SPM Telah Dilekatkan :D
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Telah Dilekatkan 
  • Salinan Surat Perakuan Pelajar (Testimonial) Telah Dilekatkan 
  • Salinan Penyata Gaji Atau Pendapatan (Borang J / EA) Telah Dilekatkan


aku pun tanya abe mad perlu ke aku gi situ, abe mad jawab : salam,kalu nok gi baik wat molek,maksud abe mad,gi dgn sempurna,nati interviewer oyak kita hagah .huhu,pastikan diri kita siap pakai pakaian perang baru gi perang, xdok ore hok nak ambik pengalaman perang tapi gi dengan tangan kosong,hihi.

terus rasa down nak gi interview. then aku tanya pandangan kawan kawan aku, diaorang cakap, 'gi je lah. mu bukei nok pungg. mu nok interview jah kei ? kalu dio tok terimo mu interview, mu balik. pelik apo. kei mu gi dengan keto diri. agah? olohhh. rilekss lah. sekali tu jah mu jupo dio, takpo tebal muko sekali. haha. pah kalu buleh interview, dio tanyo bakpo mu takdok borang tu semo, panda panda ah mu oyak. mu kelentong ah macei interview utp hari tu. haha.'

so, aku tengah dalam dua nak gi ke tak. tapi arghhh pantang nenek moyang aku mengalah sebelum aku cuba. so, well ill be there tomorrow :D even aku tak tahu apa kos yang aku amik, uni mana aku pilih, belasah je lahhh. pandai pandai aku godek kejap lagi. haha (; nak hidup, kena bijak bak kata kawan aku. 

wish me luck okay sayang sayang. 

#aku saja nak test market aku, laku ke tak. kalau laku, boleh aku tunjuk tunjuk hidung depan anak cucu cicit aku kelak. tu aku ciplak ayat umi. erk. haha, just kidding lohh. jujur aku just nak amik pengalaman interview sahaja. tidak lebih, tidak kurang. dapat, alhamdulillah. tak dapat, pun alhamdulillah :)

okay assalamualaikum.

*result, hai hai lambat lagi ke nak datang peluk akuuuu? aku letih, fed up doh tahuuuuu?

1 oh ye ?:

syafqa akmal said...

adik sy pon dpt gak tawaran temuduga g jepun..myb sama ngan awak kot..=)