Saturday, July 19, 2014

salam.

hai. malam ni aku rasa hati aku diseru untuk post-kan satu entry yang berkait rapat dengan apa yang aku jumpa dalam facebook.

which is;

1. Jika anakmu BERBOHONG,itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.
2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT
3. Jika anakmu KURANG BERBICARA,itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA
4. Jika anakmu MENCURI,itu karena engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.
5. Jika anakmu PENGECUT,itu karena engkau selalu MEMBELANYA.
6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,itu karena engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.
7. Jika anakmu MARAH,itu karena engkau KURANG MEMUJINYA.
8. Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu karena engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.
9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,itu karena engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.
10. Jika anakmu LEMAH,itu karena engkau SUKA MENGANCAMNYA.
11. Jika anakmu CEMBURU,itu karena engkau MENELANTARKANNYA.
12. Jika anakmu MENGANGGUMU,itu karena engkau KURANG MENCIUM& MEMELUKNYA
13. Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,itu karena engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.
14. Jika anakmu TERTUTUP,itu karena engkau TERLALU SIBUK.



15. dan jika aku berbuat sedemikian, itu bukan salahmu ummi. tapi itu kerana perangai burukku sendiri. 

jangan pernah salahkan diri ummi andai anak-anak ummi berkelakuan gitu. JANGAN PERNAH. ummi bagi kasih sayang melebihi segala-galanya yang anak-anak ummi nak. 

*you know my eyes slowly 'watery' when i 'write' this. 

taip entry ni sambil tengok muka umi rasa macam ya allah rasa nak humban air mata ni keluar. 


ummi

1. jika anak ummi berbohong, itu kerana anak ummi takut kalau ummi kecewa andai anak ummi bagitahu yang sebenar. dan ada sedikit rasa takut.

2. Jika anak ummi tak yakin diri, jangan salahkan diri ummi. anak ummi ni selalu sangat dengar kata semangat dari ummi bila anak ummi down. -- doh tokleh nok buat gano. takpo.usaha lagi. umi tahu anak ummi ni boleh buat.

3. Jika anak ummi tak berbicara dengan ummi,itu kerana anak ummi tahu anak ummi ni buat ummi marah dan anak ummi rasa ummi tak nak berbicara dengan anak ummi seperti selalu even hati anak ummi merintih nak tegur ummi. anak ummi ini tahu anak ummi ego. ya allah. 

*the tears are falling down. 

4. Jika anak ummi mencuri, itu kerana anak ummi bodoh sebab tak fikir panjang. ummi selalu kata kat anak-anak ummi. 'betul kakak/abe/angoh/kakmimi/nana amik duit ummi? takpo. oyak je. ummi tok maroh. jangei tipu umi jah.

5. Jika anak ummi seorang pengecut,itu kerana anak ummi takut nak berhadapan dengan realiti yang kejam. ummi selalu membela? tak jugak. ummi hanya bela kalau ummi rasa anak umi itu benar.

6. Jika anak umi tak reti nak appreciate orang lain, itu kerana anak ummi sorang ni takut nak appreciate orang lain dalam erti kata sebenar sebab anak umi ni takut akan dikecewakan. -- anak ummi tak tahu nak explain macam mana :'(

7. Jika anak ummi suka marah dan ianya BENAR,itu kerana darah baran yang mengalir dalam darah anak ummi. ummi jauh bagai langit dengan bumi dengan anak ummi ni. ummi seorang yang sangat penyabar sampai ada orang 'benci' ummi sabar sangat. kalau anak ummi lah di tempat ummi, anak ummi rasa memang 'lenyap' orang tu dari pandangan mata. 

8. Jika anak ummi suka berbicara pedas, itu kerana anak ummi tak sanggup nak tengok umi kena ejek dengan orang lain. anak ummi tahu ummi seorang yang sabar dan ummi tak mudah melenting. anak ummi tak mampu, tak sanggup nak tengok, nak dengar orang lain cakap tentang ummi. dan anak ummi decide biarlah anak ummi yang sorang ni HANYA berbicara pedas dengan orang yang berbicara pedas dengan ummi untuk protect ummi. biarlah anak ummi ini sorang yang bersikap gitu, bukan anak ummi yang lain. 

9. Jika anak ummi kasar dengan orang lain,itu kerana orang lain yang kasar dengan ummi atau anak-anak ummi yang lain. selagi anak ummi boleh bersabar yang pada hakikatnya lebih nipis dari kulit bawang, anak ummi bersabar. insyaallah.

10. Jika anak ummi lemah, itu kerana anak ummi rasa anak ummi jatuh menyembah bumi. bukan salah ummi. tapi allah kan ada?

11. Jika anak ummi cemburu, hmm anak ummi tak pernah cemburu dengan orang lain sebab ummi perfect untuk anak ummi. malah ada orang lain yang cemburu dengan anak ummi sebab dapat ummi macam ummi. terima kasih allah. terima kasih ummi.

12. Jika anak ummi ganggu ummi,itu kerana anak umi sayang sangat ummi. anak umi kalau boleh nak peluk, nak duduk dekat dengan ummi selalu, nak potpetpotpet dengan ummi walau ummi jarang sangat layan. itu semua kerana anak ummi sayang sangat ummi. untuk menuturkan kata sayang itu agak mustahil bagi anak ummi. -- walau aku selalu 'berkurang ajar' denganmu. tapi ketahuilah, tiap kali aku 'melakukannya', aku rasa berdosa tersangat amat. tapi kenapa sukar sekali melafazkan kata maaf?

13. Jika anak ummi tak patuh cakap ummi,itu kerana anak ummi ni keras kepala, degil!

14. Jika anak ummi tertutup, itu kerana anak umi letih nak potpetpotpet sebab takda tenaga buat kerja. hahhahahahhaha agaknyewww ada la letihhh nak potpetpotpet tuu.

last --

UMMI IALAH SYURGA UNTUK ANAK-ANAK UMI. please know that.



0 oh ye ?: