hai assalamualaikum.
get ready to start the gear. after a long timeee aku update entry tak bertitle. hahaha
semalam, 13/10 first class after 3 weeks berorientasi. (banyak pulak masa aku nak berblogging ni --' nampak tak malas?) so far not bad lah. lecture pun tak start gear lagi. student apatah lagi kan? tp majoriti dah start gear. aku je baru nak keluar parking nak ke destinasi yang dituju.
style aku, kalau nak study, wajib ada several things.
1) cermin.
aku suka belajar sesorang. sebab kalau belajar group, aku takut aku ganggu orang lain study sebab aku suka study kuat-kuat & tunjuk pegang situ sini supaya bila aku pegang certain part, stimulus tu mudah lekat bila nak revise. bila kawan aku tengok aku study depan cermin, they assume aku ni syok sendiri. haha dia kata kalau dia, dia takleh nak study sebab takjub tengok muka sendiri. hahahahaha serius bagi aku lawak. lol
bila study, memang mesti ada cermin. suka tengok diri sendiri study. rasa macam reflection kat cermin tu bagi semangat tuk study. (i know it's so weird) lepas tu kalau nak hafal, tengok cermin seolah olah ajar orang lain. bila angguk, nampak reflection tu angguk jugak. dalam hati 'okay dah faham kot yang ni.' dan kalau tengah down ke rasa malas ke apa, tengok cermin. cakap dengan cermin, bagi semangat. cant describe the feeling when you feel someone care, love you & they dont want to see you upset. and give you some spirit.
even that someone is yourself! (cause i dont believe others can love me & care about me)
haaa macam tu lah. try lah okay?
2) kena cukup 6 highlight.
kalau tak cukup, memang sorry ah aku nak study. memang tak lah okay? rasa macam tak lengkap. dan aku suka tengok highlight tu keliling tempat study. rasa macam highlight tu suruh aku study. dia kan cantik warna warni tuu.
bila baca something, memang wajib ah lrna highlight warna warni. kalau tak highlight, tu bukan study namanya tu shahira. tu namanya scanning tak masuk langsung dalam otak. bila highlight, even tak ingat pun, tapi dia mudah masuk tau. sebab highlight tu buatkan buku aku nampak gah! hahahhahahahaha it's really boost my spirit lah i can tell you.
dia jugak senang nak ingat. kiranya dalam otak tu nampak line tu warna apa line ni warna apa even tak semua. tapi okay lah kan?
aku tak suka study hanya garis & tulis dengan pensil. otak aku reject! lol.
but it depends lah kan? you may try it.
3) kertas kajang
bila nak masuk sem tu, memang berdozen aku beli kertas kajang sebab situ lah aku nak buat nota, situlah nak conteng conteng, situ lah nak tulis surat cinta kat diri sendiri. semua situ lah. some guna buku tuk subjek. dulu macam tu jugak sebab takut hilang kan? tapi sejak masuk asasi, dah start guna kertas kajang sebab rasa macam 'hey im already grow up bebeh!' hahah dia rasa macam organized sikit bila guna kertas kajang / A4 sebab kau boleh sesuka hati nak letak mana dalam compartment tu.
yang penting jangan letak merata tempat la. pandai pandai lah urus nota. setiap tajuk, biar satu je tempat. jangan ada kat situ, ada kat sini. baik guna buku kalau gitu. lebih lebih lagi sir ikhwan (my favourite lecturer sebab mulut dia laser kaw kaw tapi benar) cakap guna kertas kajang style budak u. kalau guna buku, tak effision. (eh macam mana dah eja >.<)
tapi ia depends. everyone has their own style lah kan?
4) pen, pensil, pemadam.
ni memang lah kan?
5) ada surat cinta atas meja
weii ni bukan surat cinta dari buayafriend or what okay? ni luahan hati which is kata semangat untuk diri. mostly mengata diri sendiri. hahaha ni pun perlu tau? sebab dia mengingatkan kau tentang masa depan kau, pasal parents yang dah banyak berkorban & so on. depends on the content.
6) mestilah kena ada gambar parents! mesti tahu takkk? ni letak gambar boyfriend girlfriend oh kemon pleaseeee you sense! kalau nak letak sekalipun, kena mesti ada jugak gambar parents. kalau malas, tengok gambar parents then pujuk hati suruh study. contoh - ingatkan diri letihnya parents cari duit & how much they love miss us. ecececcece hahahha
it works okay?
setakat ni tu je kot.
so far, yang aku perasan lah kan jadi budak medic ni (bukan budak medic je sebenarnya, tapi for all students), kena revise dulu sikit sikit sebelum masuk kelas. alaaa scan saja pun takpe. at least pernah tengok. (pleasee better study dulu. takyah nak scan sangat --')
& masa lecture tu, try gunakan semua deria yang ada especially mata telinga & tangan. buat multi tasking. baru perghh! masa lecture tu, cakar je nota yang sempat. takyah cantik cantik. buat cantik tapi tak sempat jot down apa yang lecture cakap pun useless jugak kan?
apa lagi eh diri?
haaaa. penting ni penting diri. jangan buat kerja last minit. tak rock ah buat last minit, tak cool langsung. nanti cepat stress lepas tu jerawat penuh naik then tak cantik dahhh!! lagi stresss.
apa susahnya kalau buat kerja di awal minit? banyak kot kelebihan dia. baru kerja cekap & pantas. baru ada life bro! baru ada masa nak tengok korea. you get it sayang baby? okay bos!
& jugak tolonglah diri. buatlah solat sunat. jangan bagi banyak alasan sangat boleh tak? sometimes aku rasa nak tempik kuat kuat bila hati iman akal nafsu duk bertelingkah. complicated & serabut tahu tak? ni mudah naik jerawat ni.
okay dah! tak tahu dah apa yang terlintas dalam otak.
goodluck diriku sayang! (:
i know you can do it.
orang lain ramai je boleh perform, hello takkan shahira shuhada takleh buat? mesti boleh buat punyaaaaaa!
jaga diri jaga hati ye sayang? okay i love you myself.
assalamualaikum.
Tuesday, October 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 oh ye ?:
Good luck ira ..All the best !
i really love your post. It makes me suddenly motivated to study. nice job, Ira..Good luck!
Post a Comment