Saturday, May 28, 2011

with dream, nothing is impossible

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

insyaallah 11A+ dalam genggaman tahun depan. 

naik semangat aku tuk study lepas dengar angan angan umi. andai aku dapat 11A+ mesti hidung ummi gebah gebah la. nak suruh further study dalam bidang kedoktoran la. nak hantar pegi oversea sambung belajar la. walaweiii, membara semangat aku nak study ni tahuu?

kelmarin, pegi melaka sebab baba nak tunaikan janji pasal pmr. oke lahh kot. mula mula pegi KL lepas tu pegi melaka lepas tu pegi KL balik :) 

taman tema air yang pegi tu bukan kat a famosa tapi kat ayer keroh. baru buat kot taman tema tu sebab memang tak de orang sangat. mula mula sampai, perghhh ape kehal ni wei? aku nak happy alih alih watepak ni yang aku dapat. aku pun try la hiburkan diri dengan  buat happy happy kan. tak lame lepas tuh, rombongan sekolah datang. ok, naikk sikit semangat aku lepas aku tengok laki laki hensem. kahkahkah. takde makne-nya nak happy nak gedik geduk pasal laki.




dan ada la minah ni, pakai coli dengan underwear je, memang phewww meletoppp beb! haha. aku pun kedek kedek pegi jalan tepi dia. dan, mak aihh. buruk gila wehh belakang kau. penuh benjol benjol. haha. adik aku kata, ya allah dio nih. wak malu jah. kalu badei comei xpo. ni gapo. penuh bitik bitik. po cihh aku ngelih. haha. kihkih. memang terkejut bhaii akuu bile tengok. cik kak, tak payah la kau nak tunjuk badan kau tu. ingat cantik molek sangat ke eh? euuuwww~ geli bebenor aku tengok. 

dan mula mula tuh, kira family aku je la yang pakai tudung. dan orang lain tengok semacam. err --' wei wei, lu ape hal? tengok baju maahad aku macam nak telan. haiyaaa manusia manusia. orang tutup aurat kau tengok pelik, orang tak tutup aurat kau tengok sampai mata nak terkeluar. what the lahh kau nihh. 







--------------------------------------------------------


mase makan, aku pun usha la umi aku. aku cakap ummi kalu kakak buleh 11a, kakak nok gi genting highland deh deh. tapi tu pun kalu buleh 11a la. dan aku suh adik aku buat permintaan andai dia dapat 9a mahu pegi jalan jalan. nak tahu ape dia jawab? kihkihikih. malah aku. mugo aku tok napok rupo 9a tu. sero jauhh. reaksi ummi aku? sengihhh. err oke. haha

overall, oke lahh kot kot. best <3 tak rugi pun. cuma tak de ombak ombak :)

hmm, insyaallah andai aku dapat 11A+, aku nak pegi genting highlands :)


------------------------------------------------


sampai je rumah, terus bukak buku bio. tak sampai 5 minit, dapat mesej. mekda! mu study ko? mu jangei study wehh. jangei lupo prinsip kito : study maso nok prikso. mu jangei dok wak rajin baco lahh weii. dapat mesej, terus aku tutup buku. haha 


-------------------------------------------------------


ape pun yang terjadi, aku akan pastikan 11A+ dalam genggaman aku tahun depan. andai orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh buat kan? dan aku janji. aku takkan sesekali beri peluang kepada ARAB tuk musnahkan harapan aku. aku akan berjuang dan pertahankan sampai tamat !

andai aku dapat 11A+ :

1. aku dapat balas jasa parents aku.
2. aku dapat titiskan air mata ummi aku sekali lagi sebab tengok kejayaan aku
3. aku puas tengok usaha aku selama 11 tahun aku study, berbaloi.
4. aku dapat sambung belajar dalam bidang kedoktoran.
5. insyaallah aku dapat jadi seorang farmasis.
6. aku dapat buktikan yang aku pun pandai jugak. tak lah sebodoh yang mereka sangka.
7. aku dapat naikkan semangat adik adik aku
8. orang lain akan 'pheewww~ 11A+ tuuu~*
dan yang lain lain lagi :)

tak salah kan andai kita berangan? sebab dengan angan angan lah, impian kita jadi kenyataan. tanpa angan angan, hidup tidak ada hala tujuan. tapi, tak jangan jadi macam mat jenin. 


NOTHING IS IMPOSSIBLE IN THIS WORLD !


1 oh ye ?:

Amalina said...

Oh my, like this very much :) Krim salam kat adik tu ea? hehe