Sunday, July 03, 2011

the reality of my life.


assalamualaikum :)

hidup ni kadang kadang indah kadang kadang tak indah kan kawan? kejap kita naik, kejap kita turun. hidup kita bagaikan sebuah roda. tiada noktah berpenghujung.

kadang kadang kita sihat kadang kadang kita sakit. kadang kadang kita berjaya kadang kadang kita jatuh tersungkur. kadang kadang kita happy kadang kadang kita sedih. tapi tu lah realiti yang perlu kita hadapi kan? 

tapi aku selalu ingat. kita hanya merancang tapi allah yang tentukan segalanya. perancangan allah itu sememangnya jauh lebih baik daripada perancangan manusia. 

kadang kadang aku terpaku. kadang kadang benda yang terjadi tu jauh dari jangkauan dan imaginasi aku. keinginan diri aku. semakin lama aku menyelusuri jalan hidup, semakin aku memahami apabila allah meletakkan sesuatu di tempatnya, memang itu tempatnya. 

yang menjadikan kacau dan galau ialah hati itu sendiri. yuppp, hati aku sendiri! hati dan jiwa aku yang tidak mahu menerima realiti yang tidak pernah aku bayangkan. hati ini menghasratkan sesuatu tetapi mendapat sesuatu yang lain.


kadang kadang aku terlupa bahawa insan lain juga mempunyai perasaan. kadang kadang aku terlupa bahawa insan lain juga ada hati dan perasaan yang tersendiri. kadang kadang aku alpa. alpa. di benak aku hanyalah untuk membahagiakan diri aku tanpa pernah aku fikirkan hati insan yang lain.

kadang kadang aku mengguris perasaan orang lain tanpa aku fikirkan aib malunya. mungkin pernah aku menyindir. mungkin pernah aku menghina seseorang tanpa aku sedar. mungkin pernah aku mencalar hati seseorang. tapi aku tetap seorang manusia biasa yang mudah terpengaruh. tiada kata kata seindah bahasa yang mampu aku ungkapkan kecuali kata kata maaf. 

the reason i get up every morning is because i know that if i open my eyes God gave me a chance to be better that yesterday.


kadang kadang bila aku baca novel, aku sering bayangkan hidup aku seindah yang diceritakan dalam novel. semuanya manis. semuanya manis dan terselit penderitaan.

aku sering bayangkan hidup aku seperfect tu. aku sering bayangkan hidup aku segembira tu. aku sering bayangkan hidup aku dikelilingi insan insan yang ikhlas sayangkan aku. tapi aku sedar, itu hanyalah bayangan indah semata mata.

kadang kadang pernah terlintas di minda aku bila aku baca novel yang menggambarkan watak hero heroin yang terlalu indah adab tutur caranya, adakah wujud insan serupa ini? *hero yang terutamanya. 

7 hari mencintaimu, khuzairi digambarkan seorang yang terlalu menyayangi isterinya. seorang yang perfect di mata mana mana perempuan. tapi aku sedar, mana mungkin masih ada laki yang seperfect tu atas muka dunia ni. 

bagi aku, laki sekarang ni tak saling tumpah seperti seorang yang pengkhianat! bukan aku membenci insan yang bergelar lelaki. tapi, cukuplah sekadar aku melihat insan insan di sekeliling aku remuk hatinya sebab laki. tidak sanggup aku bayangkan andai aku di tempat mereka. 

never compare your life with those in the novels because they are written by authors. but, yours is written by God !


jangan pernah samakan hidup realiti dengan hidup dalam novel. tu semua angan angan bodoh yang takkab pernah jadi kenyataan! hadapilah kenyataan yang mungkin pahit. insyaallah suatu nanti, pahit akan menjadi manis. 




insan yang bercelaru otaknya,
shahirashuhadamohammedjailani

0 oh ye ?: