Sunday, September 18, 2011

LANGKAWI. what a nice trip.

assalamualaikum ! 


semalam baru sampai ke home sweet home setelah 4 hari meninggalkannya! trip pegi langkawi tu memang syiokkkkk gilaaaa! ohsem bebeh :)


hmm, kami pergi hari rabu petang sebenarnya. pagi rabu tu kena pergi sekolah lah kan even hati tak nak sebab ustazah tafsir nak soal. hihi. tuptuptup bangun pagi esok, takda elektrik. yeayyyyy tak payah pegi sekolah sebab takleh iron baju. kihkih.


naik bas petang. dalam pukul 6pm lah kott. aku, ummi, mimi je yang pegi. yang lain tinggal sebab next week angah ada UPKK. tak bawak angah, jadi tak bawak jugaklah iwe. yana tu, memang sah sah la kena tinggal sebab kecik lagi.


masa lepas siap makan malam tu, nak naiklah bas kan? tuptup aku tengok ada sorang abang ni yang duk tepi pintu. aku cakap la kat umii, umi umi semak semak. aku pun cakap kat mimi. aduhhh mimi kepoh nak mampus! haha. maluuu woiiiii.


hari pertama sudah habis ! 

malam tu, tidur atas bas je lahh. pagi khamis, berhenti makan kat rumah student laki ummi. emak dia tu memang peramah gilaaaaa! ummi pun terkebil kebil. terpegun kot tengok mulut dia tak henti henti berceloteh. haha




dalam pukul 9 pagi, bertolak ke jeti, nak gi pulau langkawi. dalam pukul 10 lebih, sampai. masa kat jeti langkawi tu, aku tengok laki tu ke hulu ke hilir sebab dia tu ketua untuk trip ni.









student ummi sewa sebuah proton wira untuk lecturer dan 3 buah van untuk students seramai 28 orang, kot?


lepas tu, pegi lah masing masing menuju ke ptpn kot? alaa, yang kem bina negara lah kot. tempat free! ehem ehem. memang selesa. 1 rumah ada 4 bilik. dan 1 bilik ada 4 katil single dan siap ada aircond lagi. dah la dalam rumah tu ada ummi, aku, mimi, alin je. perghhhh memang hebak hebak ! selesa ! #rumah lecturer je lah. yang student punya, tak tahu 


macam anak toyol yang baru keluar tengok bumi ! haha


dalam pukul 3 tu, pegi makan. lepas tu, pegi cable car. mula mula naik tu, masyaallah! gayut habis. tengok kat bawah, kelip kelip mata sebab rasa dah nak mati. tinggi nak mati kot weiiii! aku rasa dia naik ke bukit tu sebanyak 45 darjah kot. tak ke cerun nak mati tu? dah la bergoncang. phewwww first time naik cable car. biasa la tu kan? darak darak sikittt. haha














dia ada 3 tempat persinggahan lah kot. satu satu persinggahan tu, pemandangan dia memang membuatkan kita terpegun sambil gigit tangan lah. marbelesss! 













masa first round tu, ada aku, ummi, mimi, haji halim, dan 2 orang warga quarth? ehh tak tahu lah aku nak eja. yang penting, orang arab lah kot. dia datang honeymooooon lah! hihihii. cunn je aku tengok. 


yang wife dia tu kan, ada iras iras kak maria elena. alaaa. blogger yang famous amos tu lah. aku nak snap dengan dia. tapi dia geleng geleng kepala. aku pun cakap, it's okay. arabians people are good people. like you. dia pun sengih. aku rasa sebab dia takut hubby dia marah kot. tapi, its ok lah kan kan?



tempat yang atas sekali tu, dia sediakan tempat untuk kita jalan sampai penghujung. sapa yang tak gayat wei? tengok bawah macam dah? perghhh. nak tahu? jambatan tu, orang naikkan simen dengan helikopter. wah takjub kan? lagipun jambatan tu tak silap aku takda tiang kot. nasib baik dia buat tempat nak jalan tu dengan kayu. kalau kat US, dia buat dengan cermin yang lutsinar. pandang je bawah, terus tengok gaung. ahaks! 







credit : abe fadhli
tak sangka ya! dulu, semua rakyat cemuh tun mahathir bila dia nak buat cable car ni. semua cakap sia sia je. dah la risiko tinggi nak angkat wayar elektrik tuk hubung kan satu satu bukit tu. tup tup sekarang? cable car ni antara salah satu tempat menarik minat para pelancong. hebakkk kan tun mahathir? genius! berpandangan jauh. #cettt tiba tiba je aku cakap pasal dia apekehal niiii?


lepas letih tahan debaran masa naik cable car tu, turun. pegi bgi itik makan :) gulpp, itik 'senduk' ibu jari tangan aku akibat acah acah nak bagi ke tak nak makanan sebab nak amik gambar. pedih ;'( tapi, maskulin kan? berlagak biasa je la kan sebab ramai students umii kelih kelih sambil senyum. aku pun senyum biar dalam hati rasa nak kasi pelempang je muka sorang sorang.





lepas tu, makan aiskrim. biasa la kalau minah kedai mulong ni makan apa apa pun, mesti ada lah yang tak kena. comot :) alaa, buat buat macam scene dalam secret garden tu lahh. bila hyun bin tengok dan dia? kihkih gatal bhaiii. ops pencemaran otak dan hati :) haha coooollll


tunggu punya tunggu student. lepas tu, pegi pantai cherang tak silap. memang lawa habis tempat dia walaupun simple. 





aku pun apa lagi kan? mulalah tergedik gedik sengih sampai telinga depan kamera. haha :)


malam tu, pegi ismail group. tempat shopping lah. mula mula sampai tu, eleehh ni je ke kedai? masuk masuk, phewwwww banyak nak mampus coklat! aku rasa dalam syurga coklat pun ada. tengok kanan, penuh dengan daim. tengok kiri, penuh dengan ferroche. tengok depan, penuh dengan hersey. tengok belakang, hmm memang penuh dengan coklat lah.





bila tengok coklat yang berkenan di hati, terus sambar. sambar yang itu yang ini. mimi satu bakul. aku satu bakul. semuanya dua bakul dan semuanya penuh dengan ribuan coklat. ummi aku tengok sampai tak terkata sambil buat sendosss dia. haha



cik wan hadi tengok pun terkejut! kikhihkh. ingatkan ada lah mencecah sampai rm600 macam dulu. rupanya rm300 +++ lebih jeee? jeee bebeh. take note! haha


pening aku tengok sekeliling penuh dengan coklat. tu yang mata pun dah jadi kabur, sambar apa yang rasa mulut berbuih buih. 


lepas siap shopping, terus baik ptpn. mandi, solat dan terus tidur senyenyak nyenyaknya sambil aircond yang buatkan tulang tulang aku rasa nak mengecut.


hari kedua sudah habis ! HAHA

hari ketiga? aku nak cakap ohsemm lahh! best gila. pagi tu, bangun dalam pukul 6. mandi! air dia,ya allah! super laju dan super sejuk. best. syiokk. enjoy. and whatsoever lah.

lepas tu, siap solat. dapat call dari abe fadhli. dia tanya nak nasi ape sebab nak beli. ummi aku? kihkih lawak gilaaa dohhh! ni perbualan serba sedikit yang tak berapa nak betul sangat dialog. tapi persis lah

ummi ; heyyy lah. ni koho sayei ko fadhli ni
aku ; errr? tapi kakak tengok sombong la ummi. koya semak
ummi ; memei semak pun kei?
aku ; *sengih*
ummi ; ummi sero dio malu dengan kakak sebab mimi deras etek oyak kakak oyak dio semak. dio tu pemalu sikit.
aku ; *tiba tiba rasa hati tersentuh* dalam hati cakap, wahh gediknya aku! malunya aku! 

memang rasa gedik gilaa. even aku cool je depan dia. tapi, perasaan tu datang bila ummi cakap gitu :"( ni yang aku memang bangang gila bila aku rasa aku dicop sebagai gedik nih!

lepas tu, ada aktiviti island hopping. alaaa, yang round dengan speedboat 3 buah pulau tu lah. mase nih, tiap kali jumpa a.fadhli, terus aku lari. haha lawak bila ingat balik! lari lah weii, aku takut dicop sebagai gedik. euwwww tolong sikit sebelum cakap aku gedik! takda maknanya nak tergedik gedik tak tentu pasal. kalau depan kamera, on je nak tergedik gedik :) haha

first time naik speedboat macam naik cable car kan? mesti lah jakun sikit :) rasa nak jerit jerit sebab happy sangat. tapi cover sebab ada kawan dan student umii.


first island, pulau dayang bunting. pacik yang drive speedboat tu tunjuk lah bukit bukit yang berbentuk seorang gadis yang mengandung. bukit tu memang jelas lahh nampak macam perempuan mengadung. #takjub sekali lagi dengan kekuasaan allah



kisah dia, search dalam internet lah ya :) simple, tapi nampak hebat la jugak kisah mitos tu.

oh ya! kat sini kan kan? haha. penuh dengan beruk atas jalan. memang takuttttt sangat sangat. ummi ng mimi berlagak cool biar dalam hati takut gila pun. dan aku? memang langsung tak berlagak cool biar dalam hati memang dah tak cool pun. haha

ada time tu, kiri kanan aku beruk! aku takut gila. aku pun lari. huwaaaa nasib baik beruk beruk tu tak ikut aku. memang sampai menitis lah air mata sebab takut sangat. haha

dan masa balik nak pergi next island tu, lalu la pulak kat beruk beruk tu. tapi, dah cool la. sebab takde sangat beruk tu sebab ramai orang lalu lalang. masa yang mula mula sampai tu, memang penuhhh lah benda tu kat atas jalan. pastu kan kan. hihi masa nak balik tu, aku tengok ada la 2 ekor beruk ni. satu kat bawah, satu kat atas. aku pun kerah la otak aku ni, ape ke benda la diaorang tengah buat nih. dah la lepas tu, yang kat bawah ni macam mengamuk! aku tengok student laki yang kat depan tu, diaorang kata, wehh gila kot nak buat projek siang siang nih. malu sikit woii. dah la yang betina tu menggelepar. pastu diaorang gelak. aku pun? eh eh kejap nak fikir. pastu, ohhhhh paham paham sambil sengih! haha. first time tengok sebab tu blur :) dari tengok sampai ke akhir, student laki dok sibuk sibuk berceloteh dengan kawan kawan dia yang tak sempat tengok.aduhhh tercemar sihhh otak aku. ahaks 

second island, pegi bagi eagle makan. kiri kanan penuh dengan helang. berterbangan di angkasa bagai tiada apa apa masalah. how i wish be the eagle! yang kerjanya hanya tahu nak sambar mangsa untuk terus hidup. kan best tu? ohhh tiba tiba sentap lah pulak dahhh.

memang hebakk lah tengok helang tu sambar mangsa dengan kaki. memang hebakk! kagum :) *tak tahu nak tulis apa lagi. hihi

third island tu, pergi pulau jugak. tak tahu pulau apa. tapi sangat indah view dia. perfect lah! ada ikan nemo. lawa! jernih sangat air dia. choral lah! ada senor-keling. memang keling la wei bila main air tengah terik matahari memancar! memang sesetengah tu, dah keling habis! errr? jahat tak berapa sangat nak jahat lah kot ayat aku tuh. haha

pastu ada banana boat. BB nih, *cehhhh nickname. macam blackberry dah* dia bawak 7 orang round pulau. lepas tu, tiba tiba pacik criver ni akan jatuhkan kita bila bila masa. yang student perempuan, biase je aku tengok. simple! yang student laki, perghhh hebak lah! macam childish pun ada. dengki tengok orang naik. best! tapi bila ingat balik bayaran tu, ok kirim salam je lah. tak sanggup aku. baiklah aku simpan duit buat pergi umrah. *mesti sekarang ni sejukk je usus ummi aku mengandungkan aku. hahaaaa

lepas tu, memang letih lahh. terus balik ke ptpn. solat dan mandi. petang tu, keluar pulak pergi pantai. ada taklimat pasal fotografi dengan encik ramzan. mula mula tu, boleh la faham. lepas tu, bila aku tengok alik belakang orang naik speedboat, main air, paracising, terus hilang fokusss dan mulalah berangan tak tentu hala. pasal fotografi, aku serahkan pada ummi :) chill chill. aku memang! alaaa, aku bukan nak amik gambar. tapi aku nak orang amik gambar aku. baru cunnn. hihi

encik ramzan tu aku tengok memang bersungguh sungguh la ajar. siap bawak strobist lagi. memang? hebakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !

lepas tu, aku pun pegi la jiwang jiwang sorang kat tepi pantai tu. alaaalalalallala, sweet je kan kan? haha

masa kat pantai tu, ummi nak bergambar dengan a.fadhli. masa ni lah, baru aku rasa yang dia ni memang seorang yang baik. hormat orang tua. selama ni aku tengok berlagak je manusia tu. masa wedding kak wani dulu pun, berlagak habis! perasan hensem, mungkin? nasib baik memang hensem. putih melepak! jeles aku tengok. dah la bijik mata tu cun habis.geram aku nak korekk, buang. ehh? tiba tiba keluar pasal dia nih. err? bukan apa. sebab ummi aku selalu sangat puji dia nih.tu yang aku tak sewenang wenangnya nak offer diri jadi pemerhati yang tak bertauliah. bukan sebab hati terpaut pun! takda maknanya semua tu. tetap setia pada yang satuuu. cehhhhh. cop cop, im single bebeh :)

malam jumaat tu, pergi sekali lagi ismail group. dan beli lagi! ada lah aku sambar sambar coklat nak hampir rm200 tuuuu. haha memang gilaaaaa!

lepas tu, balik solat mandi dan tidur lagi dengan enaknyaaaa :)

hari ketiga sudah habis ! 

pagi tu (kelmarin), ummi aku dengan selambanya tanya, eh pagi ni takdok ore tepom tanyo nasi pulok dih. haha, memang sakan aku gelak. 

hari tu, acara bebas. cik wan hadi hajat nak bawak pegi tengok sunrise. tapi student taknak. ye lahh, pukul 1 baru balik. tengok wayang derrrrrrr. high class habis. dalam kepala, ohhh wayangg! sambil geleng geleng kepala. entah, persepsi aku tuk orang yang pegi tengok wayang, dengan kawan kawan yang berlainan jantina ni, aku cop sebagai budak sosial. i dont know why. lantak lahhh! ape aku kisah?

dalam pukul 8 gitu lah aku keluar dari rumah. sambil tunggu cik wan hadi dan encik ramzan, biasalahh minah ni kan? snap serba sedikit dengan seribu kekoyaan di jiwa tuu :) 








lepas tu, pergi beras terbakar. kat sini, belajar dengan cik wan hadi pasal fotografi serba sedikit. gambar gambar yang terhasil pun cun cun. modelnya pun cun apaaa? haha. 

beras terbakar ni ada lah kisah dia tersendiri. tak menarik langsung! terus snap snap sana sini.


lepas tu pergi pemandangan indah. memang indah la pemandangan :) snap jugak kat sini. senang senang cerita, kat mana mana pun aku paksa ummi aku snap. dalam jamban je aku tak suruh snap. haha

lepas tu, pergi kat mercu tanda langkawi tu. perghh nak balik baru pergii :) replika helang tu tak lawa. sebab dia nak renovate balik. jadi, pergi sekerat jalan je lahh. dalam pukul 12.30pm, pergi makan kfc sambil tunggu student. *cehhh bajett. macam aku je lecturer. siap panggil student! padahal jarak umur 4 tahunn kottt. takpe, sesekali berangan tak salah. dua kali pun tak salah :)


dalam pukul 1, berkumpul kat jeti. dan aku terdengar suara someone cakap dalam phone, kau ingat aku ni batak kau ke? gulpp! garang semacam aku tengok.

tapi kan, pengalaman yang sangat menyakitkan bila aku, seorang perempuan, cehh :) pikul satu beg yang sangat berat dan gelek satu beg yang sangat sangat berat yang mana beg tu hanya dipenuhi degan coklat. damn!

bila ummi nak bawa, aku marah. gila apa aku sanggup tengok umi aku bersusah payah bawak beg yang besar gedabak tuh. aku pun cakap, olohhh ore maskulinn kehh. sambil sengih sambil sedapkan bahu aku yang dah terpeleukk sebelah :( haha

kat jeti kuala perlis tu, terserempak dengan rozita che wan. aku tak nampak pun sebab aku antara orang yang first naik bas sebab nak hendap benda :) hihi. student ummi cakap lawa! badan rampin, kerengga. phewiitttttt. tak dengki pun. badan aku pun sekeping apa sampai dicop aku ni aneroxia :)

lepas sampai kat kuala perlis, berhenti kat laksa perlis. dalam novel, memang kalau ada scene dekat perlis, wajibbbb cerita pasal kedai laksa perlis nih. ummi aku makan. aku tengok je. aku tanya ummi aku sedap ke tak, 

aku ; ummi, sedak dok?
ummi ; sedak sangat sangat. memei wojib ni last mari makei.
aku ; eh?
ummi ; ni last makei. pehei dok?
aku ; sedak ke dok bena? baru mari makei, tapi oyak last doh. pelik sengoti la kecek
ummi ; balaghoh balaghoh. ngaji sajo. pehei nyo dok

haha. tapi kan, aku tengok student ummi makan perghhh melantak habis habisan!

dan mase tu aku sakit perut, pegi la tandas. dan di sini adalah serba sedikit peristiwa :"( wahhhh! menangis menangis den

lepas siap makan tu, singgah rumah kak mahfuzah. kat rumah kak ni, ada buat makan kenduri sebab adik dia nak pegi overseas. mase tu aku kenyang lagi sebab entahh. tak tahu, padahal hari tu langsung tak sentuh nasi. aneroxia kan? haha. tapi aku suruh umi aku suap! hihi. alalallala~ manjanyee akuu. suka suka suka lahh! wahhh gedikk. haha

dannnn sampai la kat salor dalam pukul 2.30 pagi tadi. dan sebagai akibatnyaaa, hari ni aku tak pergi sekolahh! bangga bangga kot sebab tak pergi sekolah 3 hari berturur turut. hahahahhaha. memang ponteng sekolah adalah saat yang paling syiokkkkkkkkkk! 



overall! memang besttttttttttt lah trip kali ni. padatt dengan aktiviti :) macam macam pengalaman yang dapat. naik cable car, naik speedboat, tengok helang dekat dekat, tengok laki laki yang jambu jambu :), tengok ragam manusia yang terlalu peramah sampaikan aku sendiri pun rasa nak kasi pelempang atas muka, tengok manusia yang baik, bawa beg sampai senget sebelah bahu aku, dan etc.

tapi, agak terkilan sebab aku rasa student perempuan ummi nampak tak hormat sangat kat umii. berlagak lebih kot? dan berlagak cantik! kottt. errr? hanya pandangan aku je. ummi aku pun cakap gitu.

student laki umii memang baik, peramah. yang paling ketara, abe fadhli lah. sikit sikit, puan puan. sampai aku pun eh betul ke dok jate ni nih? dok puan puan yak tadi lagi ni. err, aku tak selalu tengok student laki yang peramah. yang pernah aku tengok, abe faris. yang lain, biase je.

dan aku rasa student ummi ni macam pandang rendah je kat aku! huwaaaaaaa. heyyy, bodoh sangat ke aku nih? kolot sangat ke aku nih? tak pandai sangat ke aku nih?

tengok aku macam budak otak gred D E G je aku rasa. sampai hati :"( haha. gilaaa, tak kisah la wei. kau pandang aku keceh sebelah mata pun, ada aku heran? perghhh. takda maknanya!


konklusi, trip yang besttttt !


#gambar yang selebihnya akan menyusul kemudian :)

0 oh ye ?: