Tuesday, December 06, 2011

assalamualaikum (:


ya allah, cepatnya masa berlalu. pejam celik pejam celik, ada 3 minggu je lagi aku jadi budak form 4. tahun depan, dah jadi tahun busy ! tahun depan dah jadi mangsa spm. OMG :')


okayy serius belum bersedia apa apa lagi nak spm. silibus form 4 pun tak habis lagi aku cover. sah kan nak cover semua bab, separuh pun aku masih blur lagi :'(


tahun depan, mungkin tahun yang paling busy dalam hidup aku. nak cover form 4 lagi, nak cover form 5 lagi. dan nak cover arab lagi ^^


khamis ni dah habis extra class. jadi, minggu depan start nak cover silibus form 4. nak pergi tusyen, of coz. nak harap aku study sendiri, maaf. bukan jenis aku :/


mula mula aku nak masuk KAMI, mak aihhh mahalnyaaaa! RM1218 kot. gila apa aku nak mintak dengan parents aku duit sebanyak tu? aku hitung hitung RM 1218 tu jatuh RM 5 satu jam. okay, berbaloi lah kan. bila dengar seribu lebih, speechless. haha


jadi, aku tanya pusat tusyen pakar.dan jatuh RM3 sejam. kawan kawan aku semua amik kat stigma one. sumpah, bila aku dengar stigma pun aku dah speechless. manusia kaya je yang mampu pergi kot.


bagi aku, semua tusyen sama je. yang mahal ataupun yang murah. yang penting, atas niat. atas usaha.


kalau bayar mahal mahal, tapi kalau niat nak pergi tusyen nak bertempel dengan jantan, ape kes? kalau bayar mahal mahal, tapi kalau niat pergi tusyen nak seronok, ape kes? kalau bayar mahal mahal, tapi niat hanya ikut trend sebab budak budak sekarang ni semuanya pergi tusyen, ape kes? kalau bayar mahal mahal, tapi kalau pergi tusyen hanya untuk bersuka ria, ape kes?


dan, kalau bayar murah murah, tapi niat untuk belajar, tak ke banyak manfaat tu?


bagi aku, aku tengok orang yang bayar tusyen mahal mahal ni, contoh, amik kelas addmath (addmath lah selalunya students amik), bayar beratus ratus tuk satu subjek dan satu bulan. tapi, hasilnya? takda pun aku tengok. result macam tu jugak.


yang penting, atas niat dan usaha. kalau betul kita ikhlas nak study, tak kisah la sekolot mana pun tusyen tu, pasti kita boleh buat! 


lagipun, kesian lah kat parents sikit. ni sikit sikit, nak tusyen yang mahal mahal. cuba la fikir sikit. parents nak dapatkan seringgit pun, dah berapa keringat dah keluar. kalau mak bapak kerja dalam bilik yang ber-air-cond tu, no hal lah kan? dah memang poket berkepuk dengan pintis. tapi, kalau mak bapak kerja buruh? tak ke stress mereka nak carikan duit semata mata nak tengok anak berjaya?


common lah, ye memang. kalau bab nak shopping, melancong, tak kisah kalau banyak duit yang terlabur. tapi, kalau bab belajar, berkira sangat. memang lah aku setuju sangat. tapi, kebiasaannya orang orang kaya je yang akan keluarkan statement macam tu. tapi, mirror yourself lah kan? 


aku pelik dengan students sekarang ni. pergi tusyen, bukan niat nak belajar. niat nak tengok awek awek cun, nak tengok balak balak handsome. hmm, entahlah. cuba lah kesian sikit kat parents yang dah berpenat lelah carikan kita duit semata mata nak tengok kita berjaya, tapi kita? pergi tusyen, bukan nak belajar. tapi niat nak bercinta. okayyy what the otak kau lah kan?


dan satu lagi, bagi aku, mana mana cikgu pun sama je taraf mereka. ye,memang perlu cari yang ada kedudukan dalam sesuatu bidang supaya senang nak dapatkan maklumat :) tapi, aku rasa, semua sama. semua ada kelebihan dan kekurangan masing masing.


sekali lagi, kalau cikgu je yang bijak, tapi students tak manfaatkan sepenuhnya, apa guna? kalau sekolah je yang famous amos, tapi students semuanya haprak, apa guna?


actually, keluar pasal ni sebab ada lah manusia yang bongkak dengan aku sebab tusyen kat tempat yang ohsem. 


tapi, okayy bukan nak mengata. tapi, maaflah dah ter-mengata pun. kalau kau tusyen tempat yang ohsem, kenapa aku tengok kau tak ohsem pun? masih tahap yang sama, takda perubahan pun? terus terdiam. okay, aku minta maaf. tapi, aku fikir parents aku.


parents aku bukan tak mampu nak hantar aku tempat yang grand grand macam kau. tapi, aku fikir jugak. kesian kat ummi aku nak hantar kat tusyen tu, dah lah jauh kot.


teringat lagi kata kata ummi bila aku kata, ummi! kakak nok tusyen kat panji lah. addmath kimia. malei tapi gak ummi. ummi cekak ko nok atar? kalu tok cekak, tok payoh. ummi aku pun jawab, gi lah nok gi gak. ummi tok kisoh. asal kakak buleh strek a. umi tidur dalei keto takpo tunggu kakak. takkei nok balik pulok. gi lah nok gi gak.




adehhh --' nak menangis aku dengar :(


lagipun, tahun depan,semua adik aku exam! aku, SPM. iwe, PMR. angoh, UPSR. takkan lah aku nak selfish sangat? takkan semua tusyen aku nak pergi? takkan semua benda ummi aku just nak tumpu pada aku? adik adik aku? 


kalau aku tusyen tempat mahal mahal, adik adik aku? tahun ni saja parents aku habiskan hampir 500 lebih tuk bayar tusyen. tahun depan? dengan aku lagi, dengan iwe lagi, dengan angoh lagi.


aku nak pergi melaka, parents aku turutkan. aku nak pergi genting higlands, parents aku turutkan. aku nak handphone baru, parents aku turutkan. aku nak DSLR, paremts aku turutkan. aku nak pergi USS, parents aku turutkan. tiada apa apa yang mampu aku balas, (even aku sering juga sakitkan hati mereka. hihi) kecuali dengan kejayaan. insyaallah :)


# aku akan kecewakan harapan parents aku andai aku tak dapat straight A tuk spm. dan, aku akan kecewakan harapan baba aku andai aku tak mampu jadi doktor hanya gara gara aku takut darah. anything for my parents ! 




ummi baba, i love you ! and i will prove it with my amazing result on march 2013. ameeen :)

5 oh ye ?:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

bestnya pergi USS

Cerah Jeff said...

xyah tuisyen,bazir duit jah blako tu...
abe mad dulu gelenya nok tuisyen maso cuti form 5,masuk2,xbest lasung..doh la blaja bendo basic..blaja sdiri lagi ok...
blaja sdiri,kalo xpehe,gi tanyo cikgu maso rehat..bilo selalu jupo cikgu,insya Allah cikgu pun selalu doa kito...huhuhu

sc said...

bukei stigma one . tp sigma one . stigma tu dkt dalei bungoo mek weii . haha . btw , xsoh gi lah tucem hk dlei cuti ni . mek blaja sdiri . thun depei gilah nop gi pom . gua sarankan sigma one . not bad bioslogos n chemist diaa n bi diaa of coss superb . physics no comment :) xmhl . 160/month :)

RieynaLis said...

akak tsyen sigma. ambk physics. mmg best. ngeeee :)

SpidermanHere said...

Sedih dgr Umi Ira cakap mcm tu :(