Friday, December 16, 2011

cry is the best medicine


*just ignore the words.
menangis? menangis, bagi aku, terapi yang paling terhebat yang dianugerahkan Allah kepada semua perempuan. bila sedih je, menangis. malah, kadangkala bila tersangat happy pun menangis. hebat kan perempuan? 


bagi seorang perempuan, apabila dia menangis, dia akan melepaskan apa yang terpendam dalam hati yang tidak mampu diluahkan dengan kata kata. 


kalau ada perempuan yang menangis, tinggalkan dia bersendirian. jangan ganggu. berikan dia masa untuk mencari ketenangan dan bangkit mencari diri yang kental.


kalau perempuan itu mengatakan dia bersedih, tapi tidak mampu mengalirkan air mata, itu bermakna perempuan itu menangis dalam hati. 




tapi, akan ada satu tahap apabila seorang perempuan itu bersedih, namun dia tidak mampu untuk mengalirkan air mata, yang mana air jernih itulah yang menjadi sahabat setia di kala bersedih.


tahap ini apabila perempuan itu sudah terlalu letih untuk menangis. terlalu letih untuk menangisi kesilapan diri. terlalu letih untuk terus bertahan menongkah arus cabaran yang terlalu getir. terlalu letih untuk mempersoalkan kelemahan diri. terlalu letih dengan cubaan dunia. 


dan percayalah, pada tahap ini, perempuan itu, walau menangis dalam hati, dia mampu tersenyum sinis! tersenyum sinis sesinis-sinisnya.


seandainya perempuan itu menangis kerana ramai yang mempersendakannya, biarkan dia menangis. tapi, percayalah, suatu saat nanti dia akan bangkit dan buktikan kepada orang yang persendakan dia dengan kejayaan yang langsung tak terjangkau dek akal.


dan seandainya jua perempuan itu menangis hanya kerana seorang insan. biarkan dia menangis. tapi, percayalah suatu saat nanti apabila sudah kering air mata itu menitis, akan runtuhlah semua kepercayaan yang selama ini dibina tinggi untuk insan tersebut. akan hilanglah kehebatan insan itu di mata seorang perempuan. 


andai ingin melihat seorang perempuan itu bahagia atau pun tidak, lihatlah sewaktu dia ingin tidur, sebelum dia tidur. seandainya air mata menitis, maka, gelak tawa dia seharian hanyalah dusta semata mata.



girls are complicated :') pada hakikatnya, tidak. perempuan sebenarnya tidaklah susah untuk memahami isi hatinya. cuma, perlukan sedikit kesabaran. cubalah mengerti isi hati seorang perempuan.

ingatlah, air mata bukan tanda seorang perempuan itu lemah. tapi, itu tanda kekuatan, semangat, inspirasi bagi setiap perempuan. tidak kira samada perempuan itu kental, mahupun tidak.


3 oh ye ?:

alya syamimi said...

Thumbssssss up :')

soulleSsgirl~aman~ said...

andai ingin melihat seorang perempuan itu bahagia atau pun tidak, lihatlah sewaktu dia ingin tidur, sebelum dia tidur. seandainya air mata menitis, maka, gelak tawa dia seharian hanyalah dusta semata mata.


so true.. :)

najwaMazlan said...

Kadang-kadang bila dah rasa letih nak menangisi, kita dah tak boleh nak menangis dan tersenyum. dah jadi manusia tanpa perasaan. :')