Saturday, December 31, 2011

new year, new determination - 2012.





pejam celik pejam celik last last pejam tak tercelik celik. haha XD  lumrah hidup manusia, bila tiap tahun baru, mesti nak ada azam tersendiri. nak buat itu nak buat ini. last last akhirnya semua azam tu bagaikan indah khabar dari rupa. cer try renung balik, apa azam 2011, dah tercapai semua? oh mann --' haha XD


tapi, azam 2011 bagi aku dah tercapai kot. sikit sikit. and of course la azam 2011 aku tu, SMU tak termasuk dalam list sekali. ehem :D masa bulan december 2010 dulu, aku berazam nak struggle betul betul tuk subjek sains, nak happykan ummi baba, taknak honeymoon masa form4, nak jadi budak yang matured sedikit - lebih matured dari 2010. and sooooo onn lah kan? dan tahun ni, tahun yang palingggg aku rapat dengan baba, sepupu aku, aunty aku. yes! tahun 2011 dah cukup bermakna untuk aku even result SMU krenggg gila. tapi, aku tak menyesal sama sekali. serius. tahun ni juga aku kenal erti sahabat sebenar. sahabat mana yang setia ada disisi saat aku susah, sahabat mana yang pergi menghilangkan batang hidung saat aku susah. haha :')




dan semestinya tahun 2012 ni juga aku ingin berazam tinggi sampai ke langit. sebab tahun 2012, aku akan hadapi bermacam macam dugaan. tapi, kalau tak sampai ke langit, antara langit dan bumi pun dah cukup. sebab kadang kadang apabila kita terlalu berharap dan harapan yang kita berharap itu tidak terjadi, hati akan kecewa, hancur dan jua terluka.


first : azam aku tahun ni semestinya untuk SPM. yess, SPM! tak lain tak bukan. aku janji aku akan bagi komitmen sepenuh jiwa untuk SPM. bukan untuk orang lain. bukan jua untuk ros ayu. bukan jua untuk mohammed jailani. bukan untuk sesiapa. tetapi segalanya untuk masa depan seorang gadis yang bernama shahira shuhada. 


bila aku renung, fikir balik. aku dah study selama 11 tahun lamanya. kalau aku tak dapat full A, tak ke usaha selama ni, keringat yang telah badan aku titikkan, tak berbaloi? sanggup kah hati aku menerima kegagalan? lainlah kalau aku dah struggle, aku dah berpuas hati dengan usaha aku, dan ditakdirkan aku tak dapat full, ye mungkin aku kecewa tapi taklah sampai tak nak keluar rumah, kan?


berbaloi ke parents aku keluarkan duit untuk aku, pergi tusyen, bayar itu bayar ini, nak itu nak ini, kalau pengakhirannya aku tewas di medan peperangan? berbaloi ke pergi tusyen siang malam kalau akhirnya aku gagal? dan hebat sangat kah halangan yang menghalang aku untuk mengecapi hasrat untuk aku dapat full? yes, komitmen 100% next year!




second : azam aku jua aku nak jadi matured. horaayyyy haha :') aku tak nak lagi menjadi seorang sepupu yang ingin berjaya lebih dari sepupu yang lain. aku tak nak lagi menjadi seorang sahabat yang ingin berjaya tinggi dari sahabat yang lain. aku tak nak lagi menjadi  seorang musuh yanng ingin melihat musuhnya kecundang. haha XD aku nak sukses bersama orang lain. aku nak tengok orang lain happy. aku nak tengok orang lain bergembira atas kejayaan mereka. aku nak bila aku dapat, mereka pun dapat. aku taknak cemburu. aku taknak berhasad dengki lagi. 


third : aku nak amik lesen kereta dan juga motor! sejak aku kecil, aku nak sangat bawak kereta. nak sangat sangat. dan impian aku, bila aku dah ada lesen kereta, aku nak bawak adik adik aku pergi genting highlands. haha XD 


forth : aku tak nak pergi PLKN. oh mann --' haremmmm. ummi aku cakap, kalau aku dapat PLKN, kena masuk STAM! haha :') 


fifth : lepas SPM, aku nak masuk KEX. stands for KARISMA ENGLISH EXPLORER (mungkinlah kot) aku nak latih diri aku untuk menjadi seorang yang berani. aku nak latih diri aku supaya fluent sikit bila aku speaking. tak tergagap gagap. aku jugak nak latih diri aku supaya berani berhadapan dengan lelaki. tak perlu gentar lagi. oh yeahh, haha :)


sixth : lepas SPM, kalau baba aku izinkan, kalau pintis izinkan, aku nak pergi buat umrah. hmm, tak pe kalau angan angan kan? serius, aku harap aku dapat tengok kaabah ada depan mata. bukan lagi secara ilusi.


seventh : aku tak nak jadi singa buat adik adik aku lagi. aku tak nak jadi kakak yang bekeng, garang, selalu jerkah adik. oh no no no, aku tak nak jadi macam tu lagi. sampai bila aku serius dengan adik aku, semuanya speechless dan tunduk dengar kata aku especially yana :) ----> memang yang ni gerenti azam yang takkan pernah tercapai selamanya. 


eighth : aku tak nak lagi terlibat dalam benda tu. tak nak lagi! aku tegaskan, aku tak nak lagi terlibat dalam benda bodoh yang akhirnya buat aku kecewa lagi. cukuplah selama 5 tahun aku berjinak dalam benda tu, i will never let it happen again. ----> yang ni, insyaallah.




ninth : aku nak jadi seorang sahabat yang sebenarnya sahabat. aku tak nak umpat dari belakang. kalau nak umpat, biar depan depan. sebab aku tahu betapa sakitnya jiwa bila tahu sahabat kita umpat kita dari belakang. friends, im so sorry. aku nak jadi sahabat setia. sebab aku yakin, bila aku jadi sahabat setia, kawan aku juga akan jadi sahabat yang setia untuk aku. fair and square, kan?


tenth : kalau boleh, aku nak hentikan sementara - novel, facebook, blog, tumblr so onn. untuk SPM. sebab aku fikir, tahun depan je aku nak SPM. once in life. kalau hanya kerana internet, result aku bodoh, why not aku tahan nafsu aku kan? dan jua aku fikir, lepas spm nanti, aku dah freedom. aku dah bebas. masa tu aku boleh buat semua benda tu sampai mata aku dah bertambah power sekalipun. kan?


okayy done! mak aihh kau panjang nak mati. haha XD that's all my vision for 2012. aku tak nak terlalu berharap, aku nak just go on je. kalau aku tak dapat, aku nak positivekan diri aku. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. 
i dont believe in failure because simply by saying you have failed, you have admitted you attempted. anyone who attempts is not a failure! those who truly fail in my eyes are the ones who never try at all.
#aku takda list pun aku nak berazam aku nak jadi muslimah yang solehah, nak berhijrah menjadi lebih baik, taknak jadi budak otak krengg lagi, kan? haha XD okayy, sebab tahun lepas aku dah berazam, tapi last last macam ni jugak. langsung tak berubah. 


sepatutnya, azam aku yang ni, bukan hanya tiap kali nak new year, baru berazam. sepatutnya, tiap tiap hari kena berazam macam tu. ehem :D aku berazam pada setiap pagi, aku hanya mahukan ketenangan dalam hidup dan juga mengharapkan kasih sayang Allah :) aminnn




last but not least, aku teramat suka lagu ni. rasa macam kena dengan life, diri aku sekarang ni. why this world is so cruel? i wanna be new. i wanna be different. but i now, forever i will be shahira shuhada like now.





#one day, i'll deactive my efbeee. untuk SPM.

0 oh ye ?: