Friday, December 09, 2011

sukarnya

kadang kadang, seorang anak malu untuk menuturkan kata kata maaf kepada seorang ibu, apatah lagi seorang ayah. lalu, anak itu jadikan gurauan sebagai medium untuk memohon maaf.
aku dapat ilham taip entry ni disebabkan kejadian semalam, kat sekolah. masa alkimia'. disebabkan aku ni memang sedia pelajar yang good good, jadi of coz la aku datang lambat. hihi >.< nasib baiklah masa aku sampai tu, cikgu takda dalam kelas. kalau tak, aishh masak jugak aku rasa :/

dua hari lepas, cikgu ajar chapter baru. pasal SALT - chapter 8. okayy la, insyaallah la ingat. tapi tu cerita dua hari lepas.jadi, semalam, disebabkan semua masa digondol oleh cikgu, jadi cikgu suruh la buat latihan dalam buku longman.

cikgu bagi masa lama sangat sangat. tapi, bila cikgu suruh buat kat depan, semua taknak. anddddddd, sampai la ada student mintak kebenaran dari cikgu nak keluar sebab ada latihan taekwando (okayy tak reti nak eja). cikgu pun kecik hati la kot. hmm bukan kot dah sebenarnya, dah memang kecik hati pun. 

cikgu kecik hati sebab cikgu sangat sangat pantang bila masa dia mengajar, takda cukup students dalam kelas. dah la masa extra class ramai yang tak datang. bila sikit lagi nak penuh, boleh pulak nak mintak keluar.

bila cikgu suruh jawab, semuanya senyap. okayy aku pun turut sama senyap. haha <3 lepas tu, cukup je masa cikgu terus blah. hmm, cikgu terasa hati kot :/ maafkan kami cikgu.


dan hajar pun cakap, aku oyak ko ummi aku pahtu ummi aku suruh aku mitok maaf. then aku jawab, aku? mitok maah? soh ko dengan cikgu, ummi aku pun aku jarei bena mitok maaf. malu weh malu. kalu aku mitok maaf pun, aku buat dengan nada gura. ummi aku pun macei wak sedo dio jah la. hmm, begitu lah.


okayy la. aku respect, tabik spring sprong sprengg lah kat sapa sapa yang memohon maaf pada ibu secara direct. serius aku tabik!


aku? ya allah ego tinggi melangit, setinggi KLCC dalam bab memohon maaf nih. haha #wahh jujurnyaaa. kihkih tapi, serius, memang susah aku nak minta maaf pada orang, lebih lebih lagi pada ummi. ohhh, errrr. helllo! sah ke nak mintak maaf, aku nak cakap thank you ummi pun aku rasa eh eh nok oyak ke dok eh? haha 




teringat lagi, 30 april, sabtu :'( hari tu, pergi rumah mama. dapat DSLR <3 ummi kirim kat abe mad suruh beli. dalam otak aku, eh nok oyak thanks ke tok eh? hmm, biarlah. tapi, sebagai ganti ucapan thanks tu, aku peluk ummi. ohhh gilerr romantiknya i~ haha 


dan 7 mei, sabtu :'( hmm, actually hari isnin sebelum tu sampai hari rabu, (2 mei-4 mei) ummi ada kem. tak ingat pegi mana tapi ummi aku guna handphone aku lah sebab masa tu handphone ummi rosak. dan 3 hari tu jugaklah aku terpuruk rindu. haha :') #mesti pelik kan kenapa aku kasi je handphone aku kat ummi? hello aku bukan macam remaja sekarang ni tahu! aku bukan budak yang suka berkepit dengan handphone duopulohempatjam. :) masa 7 mei tu, ummi aku nak guna jugak hp, aku pegi karisma tanpa handphone. dan masa tu, ummi aku amik aku lambat gilaaaaaaa. lebih satu jam! aku pun ape lagi, berasap. aku pun menangis lah tersedu sedan kat karisma. wuhuuuu~ haha


naik atas kete tu, aku komplain kat ummi. bakpo ummi mari amik lambat nyoh? sejei doh kakak tunggu. semo ore balik. (muka aku time ni, tak payah cakap. masam semasam masam jiwa raga aku) then, ummi aku senyap. ya allah, aku rasa bersalah yang amat sangat. aku teringin nak mintak maaf. tapi tu lah, egoooooooooo derrr! aduhai~ hmm :'(


lepas tu, ummi tanya aku, kakak lapar ko? ummi beli goreng pisei deh? aku pun, ummi nok teriokkkkk!!!!! haha :) baiknya hati ummi aku. lepas aku errr kat ummi, tapi still ingat perut aku. lepas tu, ummi ajak aku pegi kbmall. beli handphone baru kat umi.


masa kat kbmall tu, umi aku pilih la hp baru kan? dan of coz la aku pun sibuk nak tengok jugak. (masa ni mood aku dah baik) lepas tu, ummi tanya iwe nak ke tak hp, kalau nak, nak beli. aku pun cakap, ummi! abe guno tepon kakak lah. kakak nok tepom baru buleh mi? (sambil sengih lebih, ahaks)


ummi aku pun setuju lah. haha :) aku pun pilih la handphone touch screen, C5. aku pun cakap tagline yana yang selalu cakap kat aku, terima kasih ummi! sayangggg umi. 


bila fikir balik, ya allah ummi aku tu kot. nak malu apa nya. imagine lah! sah kan aku nak text orang lain, nak text ummi aku pun aku fikir banyak kali. sah kan aku nak call orang lain, aku nak call ummi aku pun aku fikir banyak kali.


kalau ummi aku pegi mana mana, aku nak tanya ummi aku kat mana, aku suruh yana yang call dan tanya ummi aku. hahahahaha! bodohnyaaaa :) XD


action speaks louder than words kan? aku jarang tunjuk sayang sayang secara direct. aku tunjuk aku sayang kat ummi dengan selalu peluk ummi! sampai ummi pun serabut dengan aku. haha


bila aku sunyi or even tengah sedih, aku cari ummi dan peluk. aku naikkan kaki aku atas perut ummi la. tidur atas perut ummi la. tarik rambut ummi la. tidur atas lengan ummi la. tidur atas punggung ummi la. lepas tu, adalah adegan adegan geletek menggeletek la. lepas tu, kalau tengok yana, mesti yanaaaaaaaaaaa! umi sayei kakak. umi tok sayei ko ite. yana pun terus, umi ana lah. kalau tak cakap gitu, mesti dia naik atas katil, lompat dan menyelit tengah tengah aku dengan ummi. haha kadang kadang, bila aku tengok yana, aku amik tangan ummi dan letak kat leher aku. aku suruh ummi aku peluk aku dan panggil yana, okayy ape lagii! menangis lah wei meknana tu. haha




bila aku sedih, aku cari ummi. ye! even tak pernah aku bagitahu apa problems. tapi, aku tahu hati aku tenang bila aku peluk ummi. 


ada sekali tu, haha. malunyeeee >.< aku ada problems yang tak dapat aku kawal lagi. masa tu ummi aku tidur. aku pun peluk ummi. muka aku terlindung dengan rambut aku. lepas tu, menangislah sorang diri di pangkuan ummi. haha. 




she's my life okayyy? ummi manusia yang terbaik yang pernah muncul dalam hidup aku. bila ummi ada problems dengan orang lain, ummi cerita kat aku. lepas tu, ye start lah umpat mengumpat tu. haha


seriously, aku langsung takleh imagine hidup aku tanpa umi. even aku selalu buat krengg dengan umi, tapi dalam hati, tiada siapa yang tahu kan?


kadang kadang, aku mengaku, sangat sukar untuk aku menyatakan kata kata maaf ataupun kata kata terima kasih. aku akan jadikan gurauan sebagai medium untuk menyatakan niat di hati even mungkin bagi ummi aku, aku hanya bergurau.


i love you so much :)
ummi ! kakak janji kakak akan buat yang terbaik untuk menggembirakan hati ummi. kakak akan berjuang untuk ummi. bila kakak bagitahu ummi result akhir tahun kakak, bila kakak bagitahu ummi result addmath kakak, bila ummi bagitahu kakak hasrat ummi andai kakak dapat straight a, bila ummi bayangkan benda benda indah tentang kejayaan kakak, kakak bertekad dalam hati, tiada halangan yang pasti untuk menghalang kakak dari terus mendengar angan angan ummi.


kakak masih ingat lagi masa result pmr kakak! ummi menangis, ya allah! indanhya. rindunya. manisnya! hari tu jugak lah, air mata aku menitis apabila baba cium pipi aku sebagai tanda terima kasih.


ya allah! sungguh aku masih mahukan itu lagi pada mac 2013 nanti. 


okayy fine! sebak den nak tulis panjang panjang. haha, chow! assalamualaikum :)

1 oh ye ?:

najwaMazlan said...

sebak baca entry ni. :')
Wawa dengan umi wawa tak ada peluang sangat nak berbaik. sebab wawa tinggal dengan mak sedara. so my aunt is closer with me. :')