Saturday, December 24, 2011

terima kasih



terima kasih.
terima kasih sebab kau dah buat hati aku sakit. 
terima kasih sebab kau dah sindir aku senyap senyap. 
terima kasih sebab kau tikam aku dari belakang. 
terima kasih sebab selama ni kau membenci aku dalam diam.
terima kasih sebab selama ni kau hanya berpura pura dengan aku.
terima kasih sebab selama ni kau buat aku macam sampah.
terima kasih sebab selama ni kau tak pernah hadir disisi aku saat aku perlukan kau.
terima kasih sebab kau sedarkan aku bahawa kau bukan sahabat baik aku. 


aku juga tahu yang selama ni aku hidup dalam khayalan, bukan realiti. tapi kenapa kau perlu sedarkan aku tentang kenyataan tu? padahal kenyataan tu sangat menyakitkan hati aku. biarlah aku terus dengan khayalan jika itu boleh buat aku tersenyum walaupun hakikatnya yang sebaliknya.


kau tahu sahabat, aku sayang kau. aku cuba untuk sentiasa ada dengan kau, tak kira waktu kau suka ataupun duka. aku cuba. aku cuba untuk jadi pendengar yang baik. aku cuba untuk buat kau happy. bila kau tengah down pasal exam, aku cuba untuk naikkan semangat kau balik. aku cuba untuk kembalikan semangat usaha kau balik. 


tapi sekarang, macam ni kau balas balik? sakit sangat hati kau tahu sahabat. sakit. aku nak menangis. aku nak menangis selebat yang mungkin. tapi air mata aku tak rela mengalir. air mata aku tak mampu menitis. 


sahabat, maafkan aku jika kelakuan aku lepas ni akan membuatkan kau bertambah benci dengan aku. tapi, ketahuilah sahabat bahawa hati aku juga sedang menanam benih untuk turut membencimu. maafkan aku juga jika lepas ni aku hanya mengukir senyuman plastik di hadapanmu.


sungguh hati aku terluka kerana sahabat telah menyedarkan aku dengan kenyataan itu :'(


terima kasih sahabat.

3 oh ye ?:

✿INA AINAA✿ said...

sabr jelah ek.... semua tu dpt mematangkan kita supaya kita x ikot jejak perangai merak itu... tak mengapa, Allah ada sentiase dgn kita....

Meni. said...

be strong girl :)

najwaMazlan said...

Oh dear, sabar je lah. I don't have nothing good to say, tapi sabar je. Its not easy to find a friend that willing to be with us susah atau senang. Just be patient. :)