Friday, February 17, 2012

A Dad


masa tusyen addmath tadi, kawan aku call - iman. jadi lepas habis tusyen tu, aku call balik. aku dengar dia menangis. dia mengadu kat aku yang ayah dia sakit. sakit jantung tak silap aku. 

yang aku ingat dan sipi sipi dengar lah, dia baru tahu yang ayah dia sakit. dia tahu lepas ayah dia masuk wad. cuma mak dia cakap ayah dia just demam, jadi tak expect benda yang grrr lah kan? 

dia menangis. menangis lebat lebat sampai aku pun blur tak tahu mana nak pujuk. iyeeee, aku bukan manusia yang reti memujuk. dari duluuuuu, sampai sekarangggg. macam dayah nangis hari tu, aku nak pujuk sangatt sangatt, tapi aku tak tahu apa nak buat. tak tahu nak calm down macam mana :")

aku tanya la dia jumpa tak ayah dia tu. dia cakap jumpa, kelmarin. tapi dipisahkan oleh pagar :( aku boleh imagine la time ni, mesti sebak gilaaaaa derr. sekarang ni, ibu dia yang pergi hantar ayah dia pegi pejabat. dalam masa yang sama, nak hantar anak anak pergi sekolah. tak silap aku lah, ayah dia tu kerja dekat PC. mak dia kerja dekat mulong ni je. boleh imagine tak betapa jauhnya pagi pagi mak dia pergi hantar, dan betapa letihnya mak dia pergi amik balik waktu petang? 

kawan iman suruh iman balik. tapi iman tak nak sebab dia takut bebankan mak dia. dia takut susahkan mak dia nak hantar dia balik. aku pun nak nangissss weiiii --'' aku pun cerita kat ummi. ummi ajak lah pergi tengok ayah iman. dan akuu? agak shock sikit lahh sebab agak jarangg ummi aku macam ni. wahhahahaha~ aku cerita la kat ummi kan.

ummi aku pun tawarkan nak pergi amik iman kat sekolah dia sebab ummi aku kerja kat ipgb tu je. aku cakap la kat iman, tapi dia tolak. sebab dia tak nak menyusahkan sapa sapa. yang dia mampu buat sekarang ni, menangis >.<


aku cuba letakkan diri aku tempat dia masa aku atas kereta balik tusyen tadi. aku imagine andai aku tempat dia, dan of course la aku tengah jadi student mara bitara kan? wowww! KONONNYA! haha. mara pc, hewhew ^^

mungkin juga kalau baba aku sakit dan masuk wad, ummi aku takkan bagitahu aku baba sakit apa kan? sebab mungkin umi aku taknak aku stress dan last last exam aku kecundang. dan aku tengah bergelak ceria lagi tanpa aku tahu kedudukan sebenar kat rumah aku. 

dan mungkin bila ummi aku cakap kat aku yang rupanya baba aku sakit, aku menangis sambil marah marah kat ummi aku sebab tak cakap kat aku. dan iye, aku stress dan akan memberi impak pada study aku. mungkin lah.

lepas tu, aku marah dan aku memberontak nak balik tengok baba. (imaginasi kuat okayyy? haha ) aku balik. aku tengok baba. tengok baba tak lalu makan, dan mungkin terimbau kembali perangai baba yang megah! oh yeahhhh <3 teringat baba mengamuk bila dia letih. teringat bila masa aku kecik baba rotan aku sampai aku terkencing sebab aku curi duit baba 50sen, tapi aku tak nangis pun. mesti aku teringat baba pernah tolak kepala aku dalam pinggan sebab aku tak makan sayur. teringat baba selalu buat sakitkan hati aku bila dia lebihkan siblings dia. teringat betapa aku mengamuk dengan hebat bila aku tahu baba sakitkan hati ummi aku dan buat ummi aku menangis dan teringat bila baba aku cakap aku ???????????????????????? (kenangan ni, bila aku menangis pasal baba, pasti aku teringat dan buat air mata aku tak hingin lagi menitis :'( 

pasti masa tu aku menyesal gila. menyesal sebab aku tak layan baba aku dengan baik kadang kadang. tapi itu andai --' kalau sekarang, entah laaaaa. ini hanya imaginasi.

aku terfikir, kalau aku tengok baba aku terbaring lesu. adakah aku akan pergi dekat baba, peluk dan letakkan kepala aku atas dada baba? adakah akan keluar ucapan kata maaf dari mulut aku? adakah akan keluar? dan adakah akan mengalir air mata aku depan baba? adakah air mata aku akan jatuh depan baba dan akhirnya jatuh atas badan baba? 

seseorang telah mengajar aku untuk tidak menangis depan mana mana lelaki. untuk sentiasa tinggikan ego aku bila berhadapan dengan lelaki. untuk sentiasa fikirkan maruah aku bila berhadapan dengan lelaki. untuk hanya fikirkan pasal diri aku, diri umi aku, bukan pasal orang lain. semuanya hanya kerana dia! dia! insan yang buat aku muak dengan lelaki. 

tapi aku tahu. pasti, wajib akan jatuh air mata aku depan baba masa tu. 

baba, walaupun kakak bukan anak yang baik, selalu mengamuk kat baba, selalu kurang ajar dengan baba, selalu cakap kakak tak sayang baba (dulu), tapi kakak tahu, jauh di sudut hati kakak, kakak sayanggg baba. 

baba tahu, first time dalam hidup kakak, kakak terasa betapa sayangnya baba pada kakak, betapa berertinya kakak pada baba, masa kakak form one. yuppp. form one. aku ingat lagi, masa tu aku form one, aku sekolah petang dan hari tu (rabu) aku balik dengan bas bandar. 

dalam pukul 7pm, aku masih lagi kat KB. masih tunggu bas. aku dah call umi lah cakap aku  ada kat kb lagi. dan masa tu, dalam pukul 7.50pm aku baru sampai. tapi aku tak terus balik. aku tunggu kawan aku - ana. aku tunggu sampai ayah dia datang amik dia dulu sebab aku takut dia kena apa apa even hari tu malam pasar borong. aku tak ingat nak call umi cakap.

lepas ana balik, aku pun balik lah sorang sorang. masa tu agak gelap lah kan? tapi masa tu aku berani! oh yeahhh. haha. bila aku balik, masuk je pagar rumah, mek aku tanya aku pergi mana dan blalalala. aku naik atas rumah, adik adik aku peluk aku cakap mujurlah aku selamat. 

aku tanya lah adik aku parents aku pergi mana. dia cakap ummi dan baba aku pergi kat stesen bas cari aku. huwaaaaa menangis terharu !!!! 

bila balik tu, terus ummi baba aku peluk aku sambil mengamuk marah kat aku. haha XD ummi cakap kat aku baba siap bawak parang lagi takut aku kena apa apa. ye, masa tu air mata aku jatuh. terharu sebab masa tu baru aku tahu yang baba sayangkan aku :)

baba aku yang dulu dan yang sekarang, berbeza sangat sangat. sampai ummi aku pun dengan bodohnya hairan dan tanya aku. haha xD


tahun lepas, aku pergi bandung. sapa sapa yang tahu pasal trip tu, memang tahu lah betapa deritanya aku di tempat syurga membeli belah tu. bila aku teringat, pasti aku rasa hilang respect pada someone yang selfish. ingat lagi kat pasar besar, tempat shopping complex yang besarrrrrrrrrrrrrrr gila, aku menangisss! menangis, menangis dan terus menangis. haha :'( baba aku langsung tak endah perasaan anak anak dia, dia lebihkan mak dia. memang bagus, tapii ? entahh! benci 

jadi, tahun lepas jugak baba aku bawak family kitaorang pergi singapura. baba aku baik sangat sangat. ikut je kata anak anak. umi aku hairan.selalunya baba, kalau dia dah letih, mulalah nak mengamuk. tapi masa kat USS tu, walau dia letih, dia turut je anak anak. ummi aku sampai hairan dan asyik tertanya. haha XD 

umi aku cakap, baba tu tahu sangat anok dio maroh dio kat indon hari tu. sebab tu la dio nok tebus balik kat singapura. dia tahu perasaan anok anok dio. dio pun bukei nyo buto sangat tok napok kakak jerit po ore gilo kat bandung tuh. dio napok sangat eh. mujur lah kalu yo beruboh gak, kak kei?

macam tu lah. walau kadang kadang aku rasa nak marah marah je kat baba aku, tapi kadang kadang aku fikir jugak, macam mana hidup family aku kalau takda baba? 

cuma, aku harap sangat sangat supaya baba aku alert sikit perasaan aku, ummi aku dan adik adik aku yang lain. jangan hanya tahu perasaan baba sorang. dan cuba take care sikit pasal family umii. kesian aku tengok kat ummi. nasib baik tak pecah kat depan estima baru ni sebab aku hentak dengan kaki aku baru nih. haha XD


that's all! 

ime, aku harap mu sabar sangat sangat. mu bo lah jerit. kalu mu jerit, aku pun jerit. ime! aku terimo kasih sangat sangat mu sudi jadikan aku sebagai tempat mu cerito semo semo. terharu weh mektok! haha XD mu bo lah jerit deh ? kalu mu nok jerit, mu cari aku deh? aku mungkin tok reti nok pujuk mu. tapi aku buleh dengar. mu nok SPM tahun ni kei, mu tok soh la mikir sangat deh. yang penting, mu keno tahu aku sayei sangat sangat ko mu ! haha :)




0 oh ye ?: