hmm, malam tu, pegi la round round bandar. round ke eh? hmm, entahh. tak tahu lah. umi plan nak bawak anak dia pegi toko tiga. toko tiga ni tempat yang terkenal dengan jeans lah.tapi? baba aku? malas nak komen banyak banyak. dan terus cari nasi padang, dan balik. aku tak makan pun. aku terus tidur sambil air mata meleleh ;')
mase round tu kan, pak irfan cakap kat baba, 'pak, ini pak tempat yang anak pak nak pegi itu dong. trans studio'. mase tu semua dah tidur atas kete. aku je yang tak tido lagi. baba aku terus sengih. dan paling belakang, aku pun cepat cepat pura pura tidur. memang rase sedih sangat sangat lah.
keesokan hari tu, jumaat, bertolaklah dari bandung ke jakarta. mase tu, sumpahh aku cakap, aku harap sangat sangat baba bawak kami pegi trans studio. nak pegi sangat sangat. harapan setinggi langitlah. tapi? HAHA
aku tak dapat gambarkan perasaan aku. terus pegi jakarta. baba suruh pak irfan singgah kat puncak dulu. nak tengok pemandangan lah katakan. aku pun tengah marah marah, terus cakap 'olooh, cinta alam sekitar sengoti lah.'
dalam perjalanan tu, singgah kat universiti che nah? OMG! memang menyampah nak mampus aku tengok. ngada ngada. mek suh aku snap gambar. ya allah, aku rasa nak lempar je kamera aku atas muka dia.
dia nak masuk tengok U tu, aku pun cepat cepat cakap 'olohh~ mari mari lah gi nyoh. boring doh! caro ko che nah. yak kito nyoh tok beli gapo sekaro pun' baba aku tenung mengancam lah kot? but, do i care?
sampai kat puncak tu, tengok macam takde ape ape pun. hampehhhh! nothing special lah.
dalam perjalanan ke puncak tu, sekali lagi aku menangis. mase aku tengah nangis tu, aku pun snap lah gambar. dan ada satu gambar tu, ternampak habiss air mata aku ;')
memang hampeh gila kat puncak. tengok pemandangan je. macam la aku ni pencinta alam sekitar. adehh --'
mase tu, aku nak buang air la kan. err? haha. jadi, aku tanya la kak kedai tu. tandas dia kena turun bawah. jadi aku pun turun la. ya allah, daif gila. memang muat dengan badan aku je. bila aku bangun, lampu duk tepi kepala aku je. memang kesian gila lah aku tengok.
depan kedai tu, ada ladang teh. jadi aku pun ajak lah ummi aku pegi naik. pegi tea walk. mek aku tak kasi. tapi aku terus cakap 'olohhh~ beli barei dok doh.' mek pun senyap lah. sebab aku perli dia kan?
jadi, aku dan adik adik yang sedih ni terpaksa happy depan kamera. bagi aku, kamera pengubat hati yang tengah lara, sedih. yeahhh, picture can tell a lie.
dekat sini, pampers yana terlampau penuhhh. dan, terburai pampers yana dari punggung dia.haha. memanggg lawak gila wehhh! haha
lepas siap, pegi makan kat puncak. tak jauh pun dari tempat tuh. kat situ, makanan memang best lahhh! oke oke lahh kan? tapi, coppp! aku dah tak order sebarang nasi dah kat indon. fobia. haha
iwe nak mee goreng basah. order la punya order. tuptup bukan mee goreng basah yang datang. tapi, siap mee sup lagi. haha. tu la nak basah sangat. nahh, bukan setakat basah, tapi berladung terus. haha
makanan kat situ boleh dikatakan mengancam jugak lahh. perghhhh~ bestttttt!
pemandangan kat situ pun cantikkk habis. dah la sejuk sejikk :') awesome lahhh!
mase nak pegi kat kereta tu, sempat la ummi beli 3 kalung untuk aku. satu untuk aku, dua lagi untuk sepupu aku. nak beli banyak. tapi, mase tak cukup. sepupu, fahamilah, mengertilah keadaan kami ya ;) tapi aku percaya, sepupu sepupu aku pun dah sedia maklum pasal nih. haha
naik atas kete tu, ummi aku kecut perut. takut mek tanya nak beli kat sapa kalung tuh. memang aku sengaja pakai kat tengkak. nak tunjuk. alaa, kalau dia tanya, soal ummi aku, memang aku akan jawab balik lah kan? sebab tu la aku sengaja tunjuk. aku nak tahu dia berani ke tak tanya ummi aku depan aku. hahahahahha~
lepas tu terus pegi jakarta. bangunan situ memang hebat hebat lah. yang kaya tu, memang kaya gila gila. yang miskin tu, memang miskin gila gila lah.
dekat jakarta tu kan, pelikk tahu? ada satu tempat tu, sepanjang jalan dikelilingi sungai. ummi aku caka[ sungai tu tembok dari banjir. aku pun macam ahhhh? still sampai sekarang tak faha, haha. tapi, jalan dia tiga aras tahu kat satu tempat tu. kat Kl pun dua aras ke kan? tiga aras pun aku dah tengok macam grrrr. tak leh imagine kat jepun yang ada lima aras tu. mesti takjub gilaaa!
kat jakarta ni aneh sikit. jauh beza dengan bandung. kalau kat bandung, bila kita stop traffic, mesti ramai datang penjual penjual tepi jalan. tapi kalau kita angkat tangan, terus diaorang blah.
tapi kalau kat jakarta, angkat lah tangan sekalimana pun, tetap tak blah. dan orang jakarta jugak tak sesabar orang bandung. tapi lebih sabar dari orang malaysia, yang penting! haha.
atas jalan, penuh moto moto. tapi, pak ifran cakap, walau penuh kenderaan,jarang sekali accident. kalau malaysia? aishhh, tiap hari tu wajib lah ada kemalangan kan? haha.
malam tu, kitaorang menginap kat hotel. hotel tu memang sempit gila. agak agak aku lah kan, kalau kat malaysia, takkan ada hotel sesempit ni even takde bintang sekalipun.
esok tu, hari last kat indon. pegi mangga dua. mangga dua ni shopping complex. tapi tempat dia memanggggggg besar gila wehhhh!
time ni tengah tunggu mangga dua bukak.
bila bukak terus masuk, tapi kan. mek aku naik tangga wei wei~ haha. padahal aku rasa dia sakit kot? tak leh naik tinggi tinggi. dan dan mase tu? wahhh! terserlah hipokrito kau lahh weiii~ haha. nak terguling tergolek aku tengok.
sampai kan umi aku snap mase dia naik tangga tu. nak jadikan bukti dia sihat la kan? ahhahaa~ menyampahh aku lah weiii.
mase kat mangga dua ni pun dah nak nangis jugak aku wei! mula mula masuk, terus mek suh ikut dia beli beg.
ya allah mek, mase tuk family aku tak beli satu haprak lagi! ni sibuk pasal dia.
aku tahan aku tahan. ummi aku cakap, meh kito gi factory outlet. tapi baba aku cakap, 'jangei tinggal mek' ummi pun terus senyap.
dengan perasaan marah, jalan pun habis debei, nak pegi jerkah mek la ni, ummi pun cepat cepat cakap 'meh kito gi pilih baju situ'. memang kalau ummi aku tak cakap, memang aku akan jerkah habis habis lahh.
mase tu, tinggal sejam lagi sebelum nak check in. tapi mek sibuk dengan hal dia. tak ke bangang aku tuh?
memang aku tak nak langsung pun pakaian. tapi nak jugak lah kan? haha. ye laaa, buat ape datang jauh jauh, tapi hanya jalan jalan. heyyy! ni bukan UK ke USA lah wei, yang mana tempat barang barang mahal, branded. ni indonlah wei!
ummi aku suh pilih je baju yang nak. tak payah kira harga. rembat baju yang nak.
mase ni tengah kalut cari baju. memang kalut gilaaaaa!
lepas tu, ade la kejadian yang menyebabkan hati aku membara lagi. malas nak taip! letihh, ni pun dua hari aku amik masa tuk taip post nih. HAHA
malam tu, aku terus balik kelantan. ummi, aku, yana. yang lain, duk umah aunty aku.
atas kapal terbang tu, aku curahkan semuanya.
dan aku terkeluar. terkata kata kata baba tu. dan aku tengok ummi aku agak terkejut. mungkin dia ingat aku dah lupa kot pasal tu. tapi maaf, ummi salah.
dahhhhhh! stoppp. bosan dah aku tengok entry ni.
it's funny how we feel so much but we dont say a word, we're screaming inside but we can't be heard.
some of us just want people to care about us as much as we do them. but the fact of the matter is that some people, no matter what actions you show them, will never appreciate what you do for them.
***** aku rasa, andai saja baba bawak kami pegi trans studio, mesti aku dan adik adik aku lupakan kenangan pahit kat situ kan? andai dan terus berandai ;'(
kat situ, ada benda yang aku faham. kebahagiaan ummi aku adalah apabila dia tengok anak anak dia bahagia. tu yang jelas aku nampak! kakak, adik adik sayangggg ummi!
you're the greatest woman ummi.
kakak janji, takkan ada sapa sapa yang berani mengata ummi depan kakak.
ingat tak lagi ummi, dengan suzie, dah 3 tahun aku tak bertegur sapa dengan dia semata mata kerana ummi. HAHA
baba, kakak tetap sayang baba. mungkin masa tu kakak terlalu benci baba. sampai nak tengok muka baba pun kakak tak sanggup.
tapi, ape la sangat dengan kurniaan allah yang kakak dapat. sebab baba, kakak boleh tengok dunia ni.
tapi, kakak nak baba tahu, kakak tak mungkin lupakan kata kata tu sampai kakak mati sekalipun.
dan kakak nak baba ingat sampai mati, kakak akan pertahankan ummi even dengan melawan baba sekalipun.
terima kasih, assalamualaikum
* post yang palingggggggggggg panjang !