Tuesday, July 17, 2012

ummi, baba.

post ni luahan dalam hati yang paling dalam dan paling serius :')




ye, memang aku banyak pergi tusyen. banyak sangat. since aku darjah 6 lagi. aku dengan tusyen, dah sebati. kalau aku tak pergi tusyen, memang tak sah. aku prefer pergi tusyen lagi dari bergoyang kaki di rumah. dengan itu, berjuta juta duit parents aku dah laburkan untuk aku. 


selama ni yang pergi hantar ambik siblings aku dari tusyen ialah ummi. ummi. ummi. ummi. bagi aku, ummi adalah segala galanya dalam hidup aku. ummi selalu ada dengan aku walau dalam keadaan apa sekalipun. ummi selalu ada dengan anak anak dia even dia letih macam mana sekalipun. ummi selalu support anak anak dia tak kira masa. ummi tak pernah marah kalau kami tak study. cuma ummi tegur - sindir. segalanya ummi. takda pun baba. bagi aku, baba hanya tahu bagi duit duit duit bila aku mintak nak duit sekolah, nak bayar yuran, nak beli buku. baba tak pernah ada di samping anak anak dia. sampai anak anak baba lebih suka kalau baba takda kat rumah sebab masa tu lah boleh keluar makan dengan ummi. kalau baba ada, susah. baba selalu letih. bila baba letih, semua anak takut. 


aku selalu belanja ummi dan siblings aku makan kat luar bila baba takda. duit tu aku dapat hasil aku simpan duit sekolah + duit yang baba bagi kalau result aku bagus + duit aku roger duit ummi pagi pagi dalam kereta nak pergi sekolah. baru ni, family aku nak pergi keluar makan. aku pakai seluar, jadi duit tu aku suruh iwan simpan. iwan pun tanya kenapa aku bawa duit pulak sedangkan baba aku pergi. aku tergelak, tapi dalam hati sedih sebab aku tak pernah belanja baba dengan duit aku usaha sendiri even duit tu sumber dari baba jugak.


kalau yang perasan, blog ni banyak aku tulis pasal ummi. baba, sikit je. kalau pasal SPM pun, jarang aku mention baba kan. haha :') ummi aku yang selalu ada bersama kami. walau ummi letih sekalipun, ummi tak pernah merungut. ummi tak pernah cakap ummi letih even nampak sangat ummi letih. ummi ummi ummi.


kawan aku pernah cakap yang aku ni selfish sebab tak fikir pasal parents aku penat cari duit untuk bayar tusyen aku. aku terdiam. sapa cakap aku tak pernah fikir pasal parents aku? siapa cakap? aku? memang punn AKU! kadang kadang, dalaman dan luaran selalu bertingkah. duit tu aku tak fikir sangat sebab aku tahu yuran aku pergi tusyen sana sini tak sebanding dengan tusyen budak sigma / al-amin. tiap kali aku nak masuk tusyen, aku akan fikir dulu samada tusyen tu mahal ke tak. dan alhamdulillah, semua tusyen aku pergi murah esp PTP - RM3.50 sejam. cuma aku fikir, ummi. aku tahu umi letih hantar ambik aku pergi tusyen. aku tahu. aku tahu. 


sebab tu lah bila aku pergi tusyen, niat aku cuma satu. aku nak belajar. bukan aku nak menggedik ke apa apa ke. niat aku hanyalah untuk belajar. bukan kerana lelaki ke apa ke. belajar (: hari tu, aku ter-suka kat seseorang budak karisma ni. bukan suka pun sebenarnya. biasalah kerja syaitan. hanya tuhan yang tahu betapa bencinya aku pada diri aku hari tu. akhirnya, malam tu aku nangis sebab ilmu yang aku pergi tusyen pagi tu tak berkat. dan alhamdulillah, hari tu je. syaitan syaitan (: sebab tu lah aku agak hairan bila ada orang cakap aku couple dengan budak tusyen. 


insyaallah, aku tak nak couple buat masa terdekat. masa depan aku, aku tak berani nak cakap sebab aku takut termakan diri.cuma insyaallah tidak. aku nak habiskan life aku untuk ummi dengan baba dan adik adik aku dulu. orang lain, belakang kira. sekarang ni, aku nak study. nak balas jasa ummi baba aku je dulu. insyaallah.




ummi ummi ummi. jumaat sabtu, ummi jarang terlekat kat rumah. kebanyakan masa ummi boleh dikatakan atas jalan raya - hantar ambik anak anak ummi tusyen. kesian ummi. baba aku tak kesian, sebab baba jarang hantar amik anak anak pergi tusyen.

tapi itu semua dulu. dulu, duluuuu. bukan sekarang. dulu dan sekarang lain. 


hari ni ummi aku takda kat rumah. dan hari ni aku ada tusyen. baba aku balik lewat sangat sangat hari ni. nak dekat maghrib lah kot. aku tahu baba letih. masa atas kereta tu, aku menangis. menangis bila aku pandang wajah baba lama lama, aku tahu baba aku letih hari ni. aku tahu baba aku tersangat letih. tapi baba aku tak cakap pun dia letih. even baba letih, baba still layan kerenah yana. aku rasa sebak. masa kat PTP, baba nak hantar aku betul betul depan PTP sebab baba takut terjadi apa apa kat aku nak lintas jalan. sungguh aku terharu. terjatuh sekali lagi air mata aku. dalam kelas, mungkin mata aku bengkak >.<


masa baba aku sakit kepala fikir pasal sepupu dia yang tak nak bayar duit blablablabla, aku tak tahu kenapa aku jadi terfikir pasal tu. suara baba aku lain. semuanya lain. aku kesian kat baba sampai aku hampir menangis kat sekolah masa cakap dengan adlin. baba aku letih cari duit, tapi aku? berfoya foya dengan duit. 


masa ummi aku pergi KK hari tu, baba aku pergi amik aku kat karisma. dan masa tu, tak silap aku, first time aku berkongsi cerita dengan baba aku. aku cakap kat baba yang aku sangat tak pandai dalam arab. aku cakap pasal kawan laki. aku cakap pasal result and so on. sangat speechless!

baba dulu dan sekarang, jauh berubah. aku tak tahu kenapa. tapi alhamdulillah. baba semakin rapat,dekat dengan anak anak. dan baba dah reti tunjuk kasih sayang seorang baba :) 


sejak ayah kawan aku meninggal sabtu baru baru ni, aku jadi takut andai one day aku akan kehilangan baba atau ummi aku. aku selalu nangis bila fikir pasal ni. kalau boleh, tiap masa aku nak tengok ummi baba aku depan mata aku. tiap masa aku nak peluk ummi baba.  tiap masa aku nak cakap kat ummi dengan baba yang aku sayang sangat sangat kat mereka even aku ni anak yang biadap. tiap masa aku nak cakap kat mereka yang mereka sangat penting dalam hidup aku. tiap masa aku nak mereka tahu yang aku akan balas jasa mereka suatu hari nanti. tiap masa aku nak mereka tahu aku selalu ingin jadi anak yang terpilih untuk jaga mereka masa mereka tua nanti. tiap masa aku nak mereka tahu yang aku selalu berharap untuk jadi anak yang menjadi penyeri dalam hidup mereka di samping adik adik aku yang lain. kalau boleh, tiap masa semuanya aku nak lakukan.




aku takut. aku takut sangat. aku takut ummi atau baba aku pergi dari hidup aku sekelip mata untuk selamanya. aku takut. aku tak boleh imagine diri aku andai aku di tempat kawan aku sekarang ni. aku takut untuk bayangkan itu semua. 


masa atas kereta tadi, bila aku reminise ummi sanggup tidur atas kereta tunggu aku tusyen. bila aku tanya ummi letih ke tak, ummi jawab tak. sedangkan dengan mata kepala aku sendiri tengok ummi tidur ternganga. jahatnya aku sebagai seorang anak kan.


masa aku stress dengan exam, baba aku selalu cakap aku ni tak pandai nak bersyukur. kena dapat 100% dulu baru nak bersyukur. haha (': ummi aku selalu support aku bila aku down. 


ummi, baba. kakak sayang sangat sangat ummi baba! kakak janji, kakak akan pastikan kakak dapat straight A SPM nanti. aku takkan pernah biarkan pengorbanan ummi dengan baba sia sia tanpa dapat hasil. kakak janji! kakak janji!



insyaallah, kakak akan pastikan kakak berjaya dunia akhirat untuk ummi dengan baba :) kakak, abe, angah, mimi, nana, sayang ummi baba (: ! only god know how much we love you.


bila aku dengar lagu tuhan jagakan dia - motif band, aku tujukan lagu ni untuk parents aku :)





aku tahu baba aku sayang aku. aku tahu baba aku sayang aku. aku tahu baba aku sayang aku. aku tahu aku tahu. aku tahu ummi aku sayang aku. aku tahu ummi aku sayang aku. aku tahu aku tahu. aku tahu aku dan adik adik segalanya bagi mereka. aku tahu aku tahu.


ummi, baba. kakak minta maaf. kakak sayang ummi baba. sangat !

0 oh ye ?: