Wednesday, September 19, 2012

aku dah boleh driveeee

assalamualaikummm :)

okay guys memang sekarang ni aku tengah bernafsu tinggi untuk taip post ni. nafsu kononnya! hahaa. sebelum tu kan kan, baru baru ni aku private bloggg nih. sebab baru ni ada problem jiwa raga yang menyentak jiwa dan perlu aku lepaskan dalam blog nih. dan sekarang, post post --' tu dah jadi draft. biar post bodoh pun, tapi aku taknak delete sebab one day aku akan gelak sebab dulu aku berperangai bodoh.tapi kan? who care? hahaha alaaa, aku bukannya nak suruh orang baca blog ni pungg. aku buat blog ni pun sebab aku nak lepaskan tekanan aku jewww. and one day, bila aku baca post lama balik, mesti aku tergolek golek sebab lawak dengan aku yang dulu. bukan aku nak public murahan punggg. opsss~ haha

okay sekarang back to the topiccc! oh yeahhh hihi. sorry derr, aku tengah excited terlebih. tadi kan kan, aku ponteng sekolah. sebab aku pergi repeat test kereta. yeee, mengaku sangat yang aku dah fail dalam litar ahad lepas. tak perlu nak ingatkan aku la derr.

memang sejak semalam aku fikir pasal benda ni. 'macam mana eh kalau aku fail lagi? macam mana eh kalau kereta terundur belakang lagi atas bukit? macam mana eh kalau blablballala?' haha sebenarnya, aku takut aku fail buat sekian kali. tu jeee.

so, bila bangun tadi terus 'ehh hari ni aku test keto lahhh.' kawan kawan aku semuanya tak tahu aku repeat hari ni kecuali meeha sebab aku takut even aku gagal lagi. silly me --' bangun je, terus mandi dan solat seperti hari hari sekolah biasa. 

aku pun pergi la dengan umi. lepas umi siap 'check in' kat pejabat, terus keluar pergi makan sebab aku start test pukul 8.30. masa makan nasi kerabu, rasa tak lalu. nak muntah dan yeee, sakit perutttt ^^ tapi coppp. tak berdebar pun masa tu. cuma entahlah kenapa sekarang ni perut aku macam tak nak terima nasi. berat badan aku pun turun dengan mendadak (aku harap kau faham betapa happynya hati aku bab ni. haha)

alhamdulillah aku dapat no 43. so kurang la sikit rasa nebes tu (ye ke?) dulu, dapat no 1. dan aku harap kau boleh rasa lah betapa nebesnya perasaan ku itu. haha (: masa sampai tu, aku tengok ada jugak calon yang test dengan aku hari tu, maknanya dia pun fail jugak ah time tuuu. so cakap cakap dengan dia. 

ummi aku tunggu dari awal sampai habis test. so ada spirit jugak lah kan. masa siap bagi nombor dan taklimat tu, kena la pergi ke tempat menunggu nak naik bukit. aku pergi tandas sebab tak tahannn nebesss! haha. 


masa aku pergi situ, aku tengok dah start pun orang buat test bukit. aku duduk lah kan?tapi nebes yang teramat sangat! aku tengok orang lain cooooool je, tapi aku ke yang gabra lebih. haha. disebabkan aku dah tak tahan sangat dengan perasaan berdebar ni, so aku bukak la buku fizik dan study. (ehemmmm bagusnyaaa i you olllssss~ hahaha ) tapi masa study tu, sebenarnya bukan study punnn. mata je tengok buku, tapi otak duk dengar abe jpj panggil giliran. hehe ^^ ummi tunggu kat kantin masa ni.

so, bila dia panggil no 43 iaitu aku. terkejut nak matii dan start la berdebar sampai tahap aku rasa nak pecah dada aku. haha masa atas kereta tu, first thing yang aku buat ialah call umi even masa tu umi tengah tengok aku dari jauh. habis je cakap dengan umi, subhanallah memang tak tahu nak rasa apa. so, aku amik kamera dan snap! hahaha. dan masa tu, kereta aku betul betul depan tempat menunggu dan aku? snap sorang sorang dan sengih kekoyaan sorang sorang atas kereta tu dan semua manusia kat tempat menunggu tu tengok aku dan akuuu? so what i caree yawwww aku tengah berdebar ni bebb!!!! haha

so, bila pergi depan sikit. aku still snap sorang sorang (teheeee), abe kotaraya tu terperasan lah kot. lepas tu dia datang jenguk kepala dia kat tingkap aku dan cakap 'amboiiihh, siap gambar lagih. meh abe tolong amik gambar nok?' lepas tu dia gelak. cisss! alohaii abee weh!doh la semak. wahahhaa~ aku pun cakap, 'ahhh malah layei layei. gi jauh gi jauhhh.' cover malu sebenarnya. kihkih ^^


so, lepas tu aku dah tak amik gambar lah weh. maluuuuu~ alaa, berapa keping je aku snap sorang sorang, 5 jewww. hihi. lepas tu, aku cakap la sorang sorang panggil spirit akuuu. aku cakap ah sorang sorang, 'mekda! mu keno wak molek. bo wi jatuh lagi. mu keno wak molek! mulo mulo mu tekei minyokkk, pah mu tekei clucth blablabalbalblala. mu jangei wak jatuhh! kalu dok, bo ah amik lesen blablaallabal. yeeee macam orang gilaaaa! sapa sapa yang kenal aku, mungkin boleh agak ah kot macam mana aku time tuh. hehe (: masa tu aku tak perasan pun yang abe tu ada kat tepi kereta aku. tengah syok syok aku cakap sorang sorang, abe tu pun cakap, 'olohhh! kuatnyo baco ayat tehhh.' aku terkejut ah wehh. ahhhh! bosei lahhh. bo kaca bo kacaaaa! debar nihhhhh. dia pun sukaa. aisehh nasib baik hensem. kihkih

lepas tu dia datang jenguk kat tingkap sekali lagi. dia cakap, 'baco ayat banyok pah gi tiup atas muko jpj tuhh.' erk? memang perli habisss! abe tu gelak gelak macam la lawak sangat! aku timbuk baru tahu kanggg. boleh pulak dia melawak time aku tengah berdebar? aishhhh! lepas tu, pacik kotaraya tu pun datang jugak kat kereta aku. mungkin pelik lah kot sebab tengok abe tu gelak gelak macam dah nak keluar isi perut sebab abe tu biasanya seriussss. lepas tu abe tu cakap ahh,'dio nihhh baco ayat prungprengprungprenggg. balbalbala.' erkk? sumakk ah.

masa dah dekat time aku, abe tu pun cakap, 'wak molek deh! kalu pass, belanjo abe minum air.' aku pun cakap, 'ah baso eh nok layei! bo ah kaca nyohh. bosei lahh. ore debar debar nihhh.' dia pun? menyampahhhh! 

masa aku bawak tu, hilang sikit rasa nebes sebab abe tuh. haha (: thank you abeee wehh!!! masa duk atas bukit tu, memang berdoa lahh weh takut terundur. tengok je jpj suruh turun. terus pecuttt turun. dan bila turun je kereta, MENANGISSSS woiiii. haha. aku rasa macam mimpi bila kereta turun sebab aku rasa ngeri sangat sangat lepas fail hari tu. haha.

lepas tu bila stop je kereta, terus tengok cermin dan cakap, 'wehhh! mu tok terundurrr. yes yes yes! mu hebakk lah mekda.'erk? haha. air mata bercucuran. hikhok ^^ lepas tu naik pergi amik borang. pacik jpj tu tengok mata aku berair dan tanya, 'bakpo mato awok tuh?' aku jawab, 'terharu cikkkk!' dia gelak. dan terkejut jugak ah weh sebab ada orang cakap tester ni bekenggg. haha (: bukit - lulus!

lepas tu naik balik kereta dan pergi tempat perking. masa tu aku tengok ada orang kat parking tu, so aku tunggu ah kan. bila kereta tu dah pergi, aku pun ready ah nak pergi. aku tengok tester bagi isyarat. aku dah agak dia suruh masuk, tapi aku tak berani. aku pun tempik lah cakap, 'gapooooo?' dia pun bagi isyarat suruh masuk. masa ni dah tak gabra dahh. so, otak sengal, tak reti malu aku dah muncul ah! haha

so, bila aku masuk tu. memang tak lepas mulut aku doa. takut wehh! takut fail. lepas siap tuh, masuk tiga penjuru, memang aku pakai hentam part ni. masa nak masuk penjuru yang last tu, dia kena pusing 3 kali stereng. tapi aku tak ingat berapa kali aku pusing. so, nebes ah weh. aku pun tengok tester tu,dia tengok arah lain. so apa lagiii? aku pun lepas clucth slow slow dan cepat cepat tangan aku pusing ke kiri. fuhhh~ nasib baikkk tester tak tengok. hahahaha.

lepas siap tu, bawak la kereta tu pergi letak kat tempat asal (bukit). masa sampai roundbout tu, tengok ummi dan buat tanda bagus dengan ibu jari. haha :) letak je kereta, abe tu tengokkk. dia cakap, 'kosi ayat sikittt terrr. tunggu abe kat kantin deh, belanjo minum air sekalihh. pahni abe gi.' aku pun jawab dengan lantang sampai semua orang dengar, 'ohhh bosei lahh. tok habis habis yo nihhh.' haha (: abe ni kan kan, sejak aku start drive dari dulu lagi aku dah perasan. sebab dia memang tinggi nak matiiiiiiiiii dan dia selalu pakai spek hitam dan nampak perghhhhh. hahahhaha

pastu pergi la kat tester yang parking tu. gabraa! takut andai gagal. masa sampai, dia tanya giliran. lepas tu dia tanya, 'baru 17 tahun? (kening terjongket. haha)' dalam hatiii, sedo lah dio nihh. padahal tebeng ic aku situ. erk? haha. aku pun hangguk dan cakap ye. dia tanya, 'poteng koloh lah ni?' sekali lagi memang grrr lah pacik nihhh. dah tahu tahu aku ponteng, boleh pulak dia tanyaaa. hahahha :) dia suruh duduk dan suruh isi borang. aku tengok LULUS dan terus air mata rasa nak keluar. wahahhahah~ masa salin borang tu, aku tengok pacik tu serius je. aku pun tergedik cakap, 'cik! acu senyum gak sikit. maseiii dooh.' dia pun sengihhh. hahahhaa lawak ahh wei bila ingat balik. 

ok lepas tu nak hantar borang pergi kat pejabat. umi aku tengok aku dah aku angkat ibu jari tanda lulus. umi pun terus call baba. hahah (: aku pun suruh umi snap gambar aku. 


lepas siap, pergi lah kat pacik kotaraya yang aku cakap dalam post lepas masa aku nak test jalan raya tuhh. haha pacik tu pun cakap, 'ohh awok! lepas dok? pacik ni sengihhh je time nih. ciss! lepas tu ada jpj prempuan yg ada kat situ, dia cakap 'lepas le tuuu sebab bergambar dohhhh sakniii.'haha 

lepas tu duduk lah kat tempat tunggu tu sebab nak buat apa entahh. aku nampak lah kak yang test sekali dengan aku tadi tu. dia tanya lepas ke tak. aku cakap lah lepas. tapi dia tak lepas. kesian dia. dulu dia fail kat parking, sekarang atas bukit pulak.

masa tunggu, memang aku sengihhhhhhhh je memanjanggg sebab terlalu happyyy! aku pun cerita ah kat ummi dengan penuh semangat pasal abe tadi tu. aku tengok mata umi aku berair. cehh mesti sebab umi aku happy nihhh. haha

aku text kat miyah, meeha cakap aku dah pass. lepas tu mereka cakap congratee. lepas tu ada kawan kawan kelas text cakap congrate. aku pun tak tahu mereka tahu dari tangg manaa. tapi, aku gembiraaaa! tersangatt.

apa yang ada dalam fikiran aku bila aku tahu aku lulus banyak sangattt! 


first - aku tak payah susahkan umi aku pergi hantar amik tusyen lagi.
second - aku dah boleh bawak keretaa pergi mana mana aku suka.
third - aku dah boleh bawak adik adik aku pergi makan ke atau mana mana saja yang mereka mintak.
forth - aku dah boleh bergerak dengan senang pergi rumah kawan study.
fifth - aku dah boleh bawak aku pergi genting highlands one day.
and soooooo onnnnnn
dan yang last - aku gabra sebab aku takut dengan kawan kawan aku yang scary bhaiii. haha

hari tu, bila meeha lulus, dia belanja kawan sekelas makan pizza. dan mereka cakap nak tunggu treat dari aku pulak. siap order nak makan pizza hut lagi. cehh demand nak mati! family aku pun tak makan. hampeehh. haha.

aku sayang family aku lebih dari segalanya, so kalau family aku sendiri pun fikir tiga empat kali nak makan, belanja kawan makan benda tu? maaf. dalam mimpi boleh la. aku hajat nak belanja mereka makan goreng pisang jeee. haha tapi, ada certain person aku nak treat mereka makan. sapa mereka? shuhhhhhh tak boleh cakap derrr --' silent pleaseeee. hehe ^^

semalam, baba aku siap pesan lagi cakap takleh mintak kereta. haha. tak kisah pun. pakai waja buruk tu pun no hal lah weh. janji ada kereta. weheeee~

bila balik, adik aku semua sengih sengih dan aku? dengan koyanya aku tempik cakap aku dah lulus. terus yana cakap, 'nana nok gi kbmol, kfc, mcd.' hahaha untuk adik kakak, apa saja kakak akan cuba tunaikan lahhhh. cakap je kat kakak, mesti kakak tunaikan (: bagus tak? haha

lesen dapat ahad ni kot (: aku tak sabar. dan alhamdulillah sangat sebab aku dah lulus. aku happy tersangat. sejak kecik, aku selalu berangan nak bawak kereta dan impian aku, bila aku dah dapat lesen, aku nak bawak adik aku pergi genting. memang la tinggi impian akuuu. tapi takpe, tengok ahhh! aku akan buktikan. one dayy. bukan sekarangg ah weh. kot kot 5 tahun lagi pun aku tak tahuu. haha (:

ok lah. dah maghrib. assalamualaikum (:


p.s : aku bahagia sebab lepas ni aku tak payah menyusahkan ummi aku lagi. itu yang penting dari segalanya. dan terima kasih kepada abe tu sebab cakap macam tu tadi dan alhamdulillah rasa gabra di hati berkuranggg. heee ^^ terima kasih terima kasihhh. saya tunggu abe kat kantin tadi, tapi abe tak datang. whatt? kahkahkah. no lahh. aku tunggu abe pi sebenarnya. just kidding derr. maruah aku tak semurah tu (eh tiba tiba. haha )

dah ah wei. salam !

1 oh ye ?:

niknabil abdullah said...

congratzzzz ah..
apa pun..jadilah pengguna jalan raya yg "juruh" okeh..ekekeke