Friday, April 27, 2012

Teachers, aishiteru

post ni mungkin annoying.

Focus on the things things you like.

tadi aku masuk kelas BI pukul 8 kan? lepas tu teacher marina pun suruh bagi group nak buat essay. kak marina pun pilih. masa tu, aku pandang kat guy sebab mereka yang akan jadi leader. lepas tu, perghhh nampak la sorang guy ni, PUNTIS MAK KAU SAMPAI AKU RASA NAK TERKELUAR MATA AKU TENGOK WARNA MUKA DIA OH AKU JELES NAK MATI !!!! haha dalam hati, ya allah biarlah aku buleh so group dengan jate tuhh. haha yang aku terkezutnyeeeeeee, aku dapat satu group dengan diaaaaa! wahahahhahaha :3 aku buat selamber je kottttttt. lepas tu aku pun tanya ah dia, 'mustaqim?' lepas tu dia angguk. okay then duduk ah kan. yang buat suspennya, dia duduk sebelah aku. takda lah dekat sangat. jauh la jugak. dalam hati dupdapdupdap. ( kononnya la tuuuuu, metafora je lebih ) lama dah woiiii aku tak duk tepi laki ni since aku form 1. 

lepas tu, rasa kena AVOID IKHTILATTTT wuhuuuuuuuu tak sangka islamik jugak aku ni ya? dalam diaamm. haha :/ aku pun suruh la kawan aku duduk tepi aku sebelah dengan laki aku. oh mannn --' tak pasal pasal laki tu duk depan aku, so okay then. 

semua senyap, takda respon. macam takda manusia. so, aku pun cakap ah, buang perasaan malu yang menebal. wohoooo kononnya malu tuh wehhh! haha, aku pun tanya pendapat individu. so, aku pun tanya lah mustaqim nih. and kami pun kongsi idea. 

yang aku perasan, dia ni macho! wahhhh :3 siap puji memuji bebeh. dia hormat perempuan. dan yang paling penting, dia tak hensem sangat tapi ada rupa tapi tapi muka dia PUNTIS BELEPUKKK lah orang kelantan cakap. teheeee >.< jeles mak kau tengok muka dia suci, takda jerawat apa semua. eleeeehh, bukan heran sangat sebenarnya pun. cuma tertarik dengan raut wajah dia yang perghhhh puntissss!

Hah, I can't believe it. For a moment there I actually thought you were different.


aku pun cakap kat kawan aku, dia cakap, 'weh mekda! jarei bena aku tengok mu gini nih selepas budok pakar hari tu tuh. kalo gak munggg, kalu mari tusyen memei ngadap ko buku jah kijo. mu tok caro ko jate. tapi pelik nih hari ni nih. teruja sero aku nok kelih. hahaha'

okay tutup pasal tu. aku masuk kelas sej masa kelas fiz. masa terserempak tu, aku jumpa dengan budak group aku. dia cakap, 'eh tukar group ko? olohhhhh tok best ah takdok awokkk. senyak ah kali nih group kito.' aku tak tahu la dia perli ke apa, tapi ada i kisah???

happy sangat sangat bila dapat tahu cikgu concern pasal kita. tadi, cikgu tanya kawan aku pasal aku. kenapa tak datang. kelas tadi mereka cakap senyap jeeeee tanpa suara aku yang tanya cikgu macam macam pasal fizik. soalan remeh temeh pun aku tanyaa. haha :3 ingat lagi masa aku ajar kawan aku fizik, cikgu cakap, 'bagus! penerangan yang sangat baik.' perghhhh bangga maknyah kauuu! haha --'


ingat lagi masa tusyen kami. aku tak datang hari tu. cikgu tanya kawan, 'mano saim awok hok duk depei kali nih? hok tinggi tinggi, hok banyok nanyo tuh? tok mari ko? sunyi ah kalu takdok dio. kalu ado dio, semangat sikit sayo nok ngaja mugo dio brehi tanyo. tiap kali sayo nok masuk ngaja, mesti sayo baco buku dulu sikit2 nok ready dengei soalan dio.' cikgguuuu! i love you lahhh :) haha :3

masa kat tusyen pakar dulu. terasa bangga sangat sangat sebab cikgu addmath suruh aku pegi depan ajar kawan kawan. kawan kawan tu bukan budak sekolah biasa. tapi budak mara pc, budak faris etc. kalau subjek lain, memang hancussss aku nak beat dengan diaorang. tapi memang tak tahu nak rasa bila cikgu suruh pegi depan ajar.  dah la budak asis tu dengar sambil senyum. okay pengsan. hahahahahahah~ 

cikgu fizik kat kami pun sedar kalau aku tak datang. bila aku datang, mesti cikgu tu tanya kenapa tak datang. and dia selalu tanya result aku. lepas tu kalau dia ajar apa apa ke, mesti dia tanya, 'shahira pehei ke dok? ko ado gapo nok tanyo?' cikgu addmath pun :) thank you cikguuuuuuuu!

masa kimia kat pakar, masa study aku pakai spek. aku salin tiap patah perkataan cikgu cakap. dia datang kat aku and dia cakap, 'shahira ni ado bakat nok jadi pensyarah nih!' haha :3 masa kimia kat mukerjee, first datang tusyen tu, cikgu tanya result, cikgu ucap congrate. lepas tu cikgu cakap, 'shida! you look like professor!' ( cikgu tu panggil aku shida ) aku balik cakap kat umi sambil sengih sengih, ummi aku cakap ho ahhhh professor doktor shahira shuhada shida kehhh! haha :/

The more we find, the more we lose. The more we know, the more we hurt. The more we care, the more we are sad. Sometimes stopping is the best way to save our feeling


and yang paling suka bila cikgu addmath kat karisma cakap, 'awok pandai. sayo tahu awok pandai dan awok buleh gi jauh.' cikguuu! saya pun harap gitu cikgu! cikgu tu cikgu addmath yang paling rapat ah dengan akuuu. cikgu tu sabar je bila aku tanya even soalan tu bodoh. and kadang2 bagi cikgu tu coklat. haha :D guy kat kelas tu semuanya mungkin bosan dengan aku sebab aku banyak sangat tanya. mungkin! tapi biarlah, mula mula tu rasa grrrr jugak dengan diri aku. tapi lepas tu aku dengar ada jugak budak cakap, 'ohhhh baru aku faham lepas dia tanya.' dalam hati aku cakap, haaaaa nasib baik aku tanya. haha :/ 

tadi syihah cakap kat aku yang cikgu halim cakap, 'mujur ado dio. kalu takdok dio, senyap ah kelas kito sebab dio jah hok brehi nanyo.'  bangga tang tanggg! and tadi belajar trigo, cikgu ajar guna graf nak tahu quadrat. cikgu pun datang kat aku, dia tanya aku boleh tak faham bila tak guna graf sebab hanya budak genius yang boleh buat gitu. dalam hati, wahhhh adakah aku genius? wakakakakka~ lawakkkkkkk !


You can close your eyes and imagine what tomorrow will be and what yesterday was...or you can open your eyes and live the only day you can...TODAY


tapi yang aku perasan, kat sekolah, aku tak rapat sangat dengan cikgu kecuali masa aku form 3. yang paling rapat cikgu geo, cikgu sejarah, cikgu math. ingat lagi cikgu geo cakap kat ciknah, 'shahira tu arap jah ???? tapi kuat molek soro dio.'haha :3 

kat sekolah, aku seolah olah tak wujud di mata cikgu. sebab tu aku agak terkejut bila cikgu kimia tahu nama aku. haha :3 tapi kalau dengan kawan, aku lah yang paling kepoh sekali dan digelar BUDAK BESSSSU! haha <3

Life changes things, and sometimes life changes everything, but most of all; life changes us.


tapi, hmmmmm walau apa pun, walau berapa kali aku cuba, subjek bahasa aku tak pernah rapat dengan cikgu. BM  ke BI ke BA apatah lagi, aku tak pernah rapat dengan cikgu. bila masuk kelas je, terus pasif bila subjek tu. kenapa aku tak expert subjek bahasa ?


tapi takpa, aku bersyukur. even aku tak pandai macam orang lain. tapi aku bersyukur sebab cikgu kenal aku. cikgu concern pasal aku. alhamdullilah. thank you cikgu semua! saya sayanggg cikgu semua.

jujur dari hati saya yang paling luhur, bila saya rasa cikgu concern pasal saya, dengan sendiri saya bersemangat nak study subjek yang cikgu ajar. terima kasih cikguuu!


hmmm, mungkin kot aku terperasan sorang diri. tapi, aku gembira. sangat sangat :) terasa dihargai. 

insyaallah akan aku gunakan semua ilmu yang cikgu ajar aku sepenuhnya masa SPM nanti. insyaallah!


I thought i could make it !!!!!!!


okay assalamualaikum. maaf kalau ada yang cakap aku ni koya ke apa ke, maaf. tapi aku tak rasa yang ada orang baca lah, jadi aku tulis tanpa buat private :)

Wednesday, April 25, 2012

The Precious You


the precious you. the precious you. and insyaallah the precious me.


'and tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests.....'


if you truly love allah, then you should love his rule even you want it or not.


girls, your whole body is priceless. so dont lower its value by showing it to everyone. only one person deserves it. save it for the special one. save it for your 'halal' guy.


the best thing in the world aint pearls or even diamonds. the best thing in the world is a righteous girl.


the way she dress, like an empress, impressing ALLAH, opressing the nafs.


can we blame those men out there for staring at us ? if we allow ourself to wear like that ? even the most righteous man go wild.


so, dont be deceive by this world sly sceme.





arghhhhhhhhh. seems like all of this video said, dedicated to me. and yes, i need, I MUST to be a better muslimah. not like now. doing something stupid which i know nothing good for me.

when i read the message of this video, my tears ? ya tuhan. 

thanks for the guys! you all make me cry. seriously. and peeps, please pray for my 'muslimah' life. aminnnnnn.


Saturday, April 21, 2012

arab, im crying

ya allah, sejujurnya aku langsung tak percaya sama sekali aku menangis tadi !!!!! huwahuwahuwa lawakkkkk --'

tadi, belajar tajuk munada' (abaikan ejaan, asal maksud yang ingin disampaikan tu faham), aku yang blur arab ni, boleh pulak kena tajuk susah, lagilah blur kan. tapi aku cuba tuk faham. ehemmmm :D alhamdulillah lah aku faham even tak seberapa. - at least im tryinggggggg ! please comprehend my problems guysss >.<

boleh dikatakan semua pelajar lah blur dengan persentation pasal tajuk tu. ustaz pun suruh la semua student tarik nafas, bilang sepuluh kali dan hembus, bilang sepuluh kali. buat 7 kali gitu. sambil tarik nafas tu, ustaz suruh cakap kat hati yang tajuk ni mudah. 

okay fine lah aku buat. aku pun pejam mata. bila aku tarik nafas dan berdoa pada allah tu, bukan aku minta supaya tajuk ni senang. tapi aku mintak lebih dari tu.

masa berdoa dalam hati tu, aku tunduk. taktaktak air mata menitis. aku ingat lagi apa yang aku minta. aku mintak supaya allah permudahkan, bagi sinar cahaya kat aku supaya aku study arab dengan cemerlang. aku nak happykan baba. aku anak ustaz, tapi aku memang tak boleh blah dengan arab. itu yang aku mintak. 


air mata menitis, jatuh atas buku arab. memang agakkk lebat lah. dan tak malu lah aku katakan, kerana arab, air mata aku menitis. bahkan kerana arab, pertama kali air mata aku menitis menangisi kelemahan diri. pertama kali air mata aku mengalir soal study. semuanya kerana arab !

selama ni, bila aku study subjek apa apa pun, aku tak pernah pun menangis. tak pernahhhh ! tapi hari ni, sejarah terukir. haha :') semuanya kerana subjek yang bernama arab, bahasa syurga, bahasa alquraan.

bila semuanya siap tarik nafas, aku pun cepat cepat kesat air mata. aku pun tengok atas buku arab, ada titisan air mata aku. aku pun bulat tempat kena tu dan aku pun cium. aku  buat tanda kat tempat tu, aku tulis - titisan air mata yang pertama hanya kerana arab, 21 april 2012. haha. gila kan aku ? 

lepas tu, terus rasa 'eh bakpo aku jerit nih ? sumbak otok ko gapo aku nih ? cepat cepat aku buat selamber, sengih macam takda apa apa.' tapi, aku rasa ustaz nampak. dan aku rasa ustaz pasti akan cuba bantu aku untuk dapat a dalam arab. i dont know why. mungkin aku terperasan sorang diri kot kan? bukan apa, sebab tadi ustaz agakkk lah ajar yang basic. 

masa tu, rasa syahdu je dalam hati aku. mata kelip kelip nak halang air mata jatuh. haha :') memori terindah.


When you think you’ve tried everything and don’t know where to turn… ALLAH has a solution. 

ya allah, aku ingin sekali minat arab dengan kata yang sebenar. tapi entah mengapa rasanya begitu sukar ya allah. bukan aku benci arab, bahkan aku suka sangat study nahu, soraf, balaghah. cuma aku tak faham maksud. sebab tu lah tertutup segala hijjab aku tentang arab. bukan aku tak cuba, aku dah try. tapi aku tak mampu.

im dying inside.

tadi, aku pegi rumah mokngoh. then, boleh pulak terbabit nama aku. aku cakap lah memang aku tak boleh blah subjek bahasa - BM BI BA.

lepas tu, ummi cakap takda sorang pun anak ummi ikut jejak langkah baba. aku pun cakap kat umi, 'ummi! acu bersyukur gak kakak buleh setaro nih. acu kalu kakak panda arab, mano tahu kot kot kakak tokleh po ginih bab2 sains math nih. semo hok allah wak ado sebab dio. mano tahu kot kot nati besar kakak jadi cikgu arab ko. mano tahu mi. setiap ore ado kelebihan dio sendiri. sebab tu la tuhan jadi hidup ni berpasangan. saling melengkapi satu samo lain. kalu semo ore perfect, buat gapo semo bendo hok allah buat nih.'

dalam hati  menangis mengenangkan aku tak mampu buat arab.


when you are tired and discouraged from fruitless efforts. ALLAH knows how hard you have tried.

aku yakin allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku. aku kini bukan macam dulu lagi. insyaallah. aku membesar untuk menjadi seorang yang matang.


andai ditakdirkan aku tak dapat full SPM, insyaallah aku redha. aku yakin dengan janji allah. 

ya allah, guide me. im dying. and now, im crying. burst my tears again :')



Wednesday, April 18, 2012

for the first time,

terus terang aku cakap aku taip entry ni untuk berbangga dengan diri aku sendiri. haha :D memang mungkin bagi orang lain apalah sangat. tapi bagi diri aku, perempuan yang takda langsung kelembutan dalam diri dia ( ye ke ? :( ) memang tersangatlah bangga sampai rasa tak sanggup nak ukur diameter lubang hidung sendiri. haha :D



first time, pertama kali dalam hidup aku, aku menjahit! MENJAHIT! haha :D aku rasa nak tergelak terguling bila tengok hasil aku. serious i really really cant believe it and feel like 'wahhhhhh ohsemnya' haha :D

nak tahu, dah berapa tahun aku langgar peraturan sekolah sebab tak pernah aku tukar nametag dari aku form 3 tak silap. terror kan kan? haha.  rasa yang aku ingat, masa form 3 tu last ummi aku tolong jahitkan. jadi, bila ada dhobitah tegur, still buat bodoh. sebab aku mana la reti nak pegang jarum jarum yang lubangnya tak nampak dek mata kasar aku nih. cehhh kononnya !

dan petang tadi, memang nak tak nak aku kena try sebab hujung kain sekolah tu carik. takdalah carik sangat, tapi carik ah jugak sampai buat aku rasa malu ( ye ye la tuuuuuuuuu. haha ) aku pun suruh la hanan tolong jahitkan. lepas tu, mintak tolong jahitkan nametag jugak. haha. tapi nametag tu tak sempat sebab hanan nak pergi usrah. well~ faham faham sendiri okayyy ? 

jadi, fizah yang tolong jahitkan buat sementara. lepas tu, terasa teringin nak jahit sendiri. fizah pun ajar. dan ye ye ye, aku jahit !!!!!! haha :D memang aku rasa nak suka je terus bila aku jahit nametag tu. dalam hati, nih kalu aku oyak ko umi aku jahit nih, bekalih beleping nok suko bekalih'

tiap kali aku suruh ummi tolong jahitkan benda untuk aku, mesti ummi cakap, 'bilo maso la nok belajar jahit nih? iwe pun reti. tok reti malu sungguh. pah seksok nati nikoh. kalu luar toklaki carik, nok jahit gano?' aku memang grrrrr lahhhh. tiap kali aku suruh jahit ke pasal masak ke apa ke, mesti kait dengan kawin kawin kawin. macam dah tak sabar bebenor nak dapat menantu agoknya ye ? haha :D gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa! dan dengan selamba aku jawab, 'olohhh gapo susoh gak. ata jah kedai jahit kalu baju ko luar carik. teknologi lonih moden doh mi wehhhh~ hahahahha '

okayyyy --' chow dulu. nak cari baju nak practise jahit lagiiii --' excited gilaaa.

Tuesday, April 17, 2012


there must be a certain distance between cars for safety, as such there must be a distance between male and female for safety.

Takkan ku salahkah fitrah kerana membuatku rasa begini,
Takkan ku salahkan hati kerana selalu merasa sangsi,
Apatah lagi untuk ku meletakkan sepenuhnya kesalahan itu kepada Dia yang memberi,
Aku redha, 
Aku pasrah malah aku bahagia walaupun rasa itu hadir 
Kerana kuasa itulah yang mendekatkan aku mengenali Pemberi Nya,
Dan kerana rasa itulah mbuat aku semakin hari semakin berjuang mendekatiNya.
Dengan rasa itu, membuat aku merasa semakin dicintai dan semakin mencintai Dia yg Satu.


entry ni mengusik jiwa aku even tak semuanya jatuh atas muka. tapi, betul betul tersentak. memang tak semuanya aku alami, tapi mana aku tahu masa depan aku kan? nauzubillah. 

Friday, April 13, 2012


Ya allah, aku sendiri tak pasti mengapa air mata aku mengalir di saat aku re-copy meseg tu dan edit dengan ayat aku sendiri. Aku tak tahu dan aku tak pasti apa sebab air mata aku itu.

Hari ni, terlalu kerap air mata aku jatuh. Pada mulanya kerana novel –‘ masih adakah insan setulus najwan? Dan lepas tu, air mata jatuh kerana winter sonata. Tadi terjatuh air mata kerana berjauh hati dengan baba even tak jelas apa yang baba kata. Atau mungkin baba hanya bergurau? Dan sekarang, titisan jernih mengalir atas tujuan yang tak pasti.

Aku sendiri pun tak pasti kenapa sejak akhir akhir ni hati aku sensitif. Mudah sangat aku terasa. Aneh, ye sangat sangat aneh.

Aku tak pasti kenapa bila aku re-copy balik meseg tu, niat nak sent kat kawan kawan aku, air mata mengalir.

Tak tahu apa yang sedang dirasa. Tapi yang aku tahu, aku sangat rindu pada mereka even baru tadi jumpa. Aku rasa jauh sangat sangat dengan mereka even tadi baru aku bergelak tawa dengan mereka. entah, rasa kosong. 

Aku sayang sangat pada mereka. sangat sangat. Dengan mereka, aku kenal apa itu sahabat. Dengan mereka, aku terasa indah. Dengan mereka, aku terasa hidup aku bebas. Bercerita apa sahaja.

Seingat aku, tak pernah sekalipun aku post entry berkenaan sahabat dengan sepenuh jiwa.

Thursday, April 05, 2012

girls and tears? 
please help me to be strong.

do you ever get that feeling where you dont want to talk to anybody? you dont want to smile and you cant keep putting a happy face when actually you are not. but at the same time, you dont know exactly what is wrong either. there isnt a way to explain it to someone who doesnt already understand your problems. then, you hope the feeling will pass soon and that you will be able to be yourself again, but until then all you can do is wait.




i wish this pain would go away already. seriously, im sick of feeling like this like any minutes im going to break, i cant keep living like this! i. im sick of always being the good person, trying to make everyone else happy when i cant even make myself happy.

just once i wish someone would take me in their arms. and say they love me. that they are always there for me, hold my hand though the bad and the good. love me with all their heart and for once, it all be real that they really meant everything they said and that i was their everything.

from my stupid feeling, haha :D

Wednesday, April 04, 2012

Nur Fatin Adlin Sofiya


happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday happy birthday.
happy birthday to adlin :) 

adlin, happy birthday! happy birthday. happy birthday to sahabat, i love you from the bottom of my heart. 

adlin, ore sayanggg sangat sangat adlin. 

yesterday brought the beginning, tomorrow brings the end, and somewhere in the middle we became the best of friends. 

serius lin, dalam hidup saya ( saya lah KONONNYA kan? :D ), lin pun tahu kan yang saya tak pernah percaya erti sahabat. bagi saya, sahabat selalu datang dan pergi. ingat lagi kenangan tu. aku terlalu menyayangi seorang sahabat. tapi apa yang aku dapat? dengan kejam dia berlalu pergi tinggalkan aku. dan sejak itu, makna kawan tak pernah sebati lagi dalam hidup aku. tapi, lin dan semua buat saya rasa sebati balik dengan makna sahabat. thanks!

Some people come into our lives and quickly go. Others stay for a while and leave footprints on our hearts. And we are never ever the same.


lin, tak pernah lagi dalam hidup saya ada sahabat yang mempunyai harapan yang sangat sangat tinggi macam adlin. sampaikan bila saya dengar harapan, angan angan tu, speechless. 

saya sendiri pun tak pernah berangan setinggi langit tu. sebab bagi saya, angan angan tu terlalu tinggi untuk digapai oleh insan yang pengecut macam saya --' kenapa saya pengecut? haha :D sebab saya tak nak rasa kecewa yang amat parah bila angan angan yang saya nak tu hancur berkecai. dan akibatnya, entah la >.<

lin, saya yakin yang lin boleh buat segalanya untuk gapai impian lin. ye, saya tahu. lin selalu cakap lin tak pandai. percaya tak lin, bagi saya kan, bila saya tengok lin selalu buat addmath, selalu study. saya rasa tergugat! rasa macam saya akan jadi loser dengan adlin. haha :D

lin, lin nak sangat sangat jadi doktor kan? memang perghhhh ahhh semangat lin nak jadi doktor. dan saya yakin sangat one day lin akan jadi doktor. lin, hiraukan apa yang orang lain nak kata. ikut kata hati kita. macam saya selalu cakap, 'mapuh gi la ore nok kato gapo pun. kito tahu diri kito sapo.' lin, fighting fighting! 

lin, ingat tak hari tu lin call saya pukul 5 gitu lah tanya pasal addmath. lin suruh saya ajar lin addmath. lepas tu, pukul 7 lebih adlin call lagi. saya terkejut sangat sangat lin sebab lebih 2 jam lin study tanpa henti. dan saya? hanya reti buat peta ireland atas bantal --'

lin, lin ingat tak bila saya ada problem dengan kuya dan yang lain, segalanya saya curahkan pada adlin tanpa selindung. jujur lah saya tak sangka yang adlin still nak kawan dengan saya. bodohnya saya kan adlin? malunya saya kan adlin? tapi takpe lah, yang pasti semua tu ada pengajaran yang tersendiri. bila fikir, bagus jugak semua benda tu terjadi sebab sekarang dah tak hidup dalam khayalan tersendiri. haha --' bak saya selalu kata, setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. 

lin, saya harap one day lin akan kahwin dengan pilot. asyik asyik pilot sampai aku naik menyampah dengar pilot. haha :D lin ingat tak masa gap exam fizik hari tu, kita duk gelak ketawa kat pondok biru. cakap pasal lelaki idaman dengan hanan, dayah and so on. lin cakap, 'so jah kelemahan sayo nih, sayo tokleh setio.' hahahahhahaha rasa nak terguling terbongkang aku rasa masa tuh. lawak bodoh saangat. 

dan lin, lin ingat tak masa result SPM 2011 hari tu, lin hampir nak nangis kan bila tengok semua budak tiptop naik pentas. ingat lagi lin cakap nak kira berapa orang budak exco yang dapat excellent dalam SPM. dan ingat lagi adlin cakap tak semua budak 5k1 yang dapat naik pentas. lepas tu adlin pun mulalah cakap mengarut, 'sayo takut mekda. mekda takpo la mekda bijok doh. sayo nih? ya allah takutnyo da'. saya tahu sangat masa tu adlin nangis kan kan? 

"When it hurts to look back and your scared to look ahead you can look beside you and your best friend will be there."



adlin still ingat lagi kan bila adlin tanya cikgu siti, ' cikgu! sayo nok tanyo. biarlah soalan bodo pun. hok dapat naik atas pentas tu memei budok hok excellent dari awal ko ? ' cikgu cakap kebiasaannya ya. adlin pun cakap yang adlin tak pandai. lin ingat tak cikgu siti cakap apa? cikgu cakap, 'kalu awok tok panda, bakpo awok dok kelas nih (5k1) ? ' adlin pun menangis.

lin, lin ingat tak lagi masa lin dapat result sejarah untuk exam mac hari tu? lin target tinggi sangat sangat sejarah kan? lepas tu lin dapat low. lin pun tak sudah sudah fikir negatif. saya ingat lagi saya marah lin dengan lantang tanpa fikir sedikit pun perasaan lin masa tu. sebab saya nak marah sangat sangat dengan adlin sebab fikiran adlin terlalu negatif! adlin menangis. lepas tu saya minta maaf kan. macam lawak je kan dengar aku minta maaf? lin, niat saya bukan nak marah lin. cuma saya geram tengok lin. bila semangat, harapan lin terlalu tinggi. tapi bila jatuh, masa tu dalam hidup lin bagai dah tak da yang positif dah. 

People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is!


lin, lin ingat lagi tak bila lin dapat tawaran pegi kisas. lin nak sangat sangat pergi. tapi mak bapak lin tak halang. saya ingat lagi lin selalu tanya saya pasal kawan saya kat kisas kan? 

lin, lin selalu sangat ceritakan pada kami tentang prob family lin kan? thanks sebab percayakan kami. lin kena tahu, even apa apa pun yang berlaku, lin kena ingat yang lin masih ada kami, kawan kawan tuk support lin. kami takkan biarkan lin jatuh seorang diri.


If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile. But anytime you need a friend, I'll just be me.  

lin, untuk last, sorry sebab present tadi simple. tak beli kek ke apa. tapi saya yakin. lagi berharga nilai hadiah seseorang itu andai diberi dengan penuh keikhlasan. biar murah, asal ikhlas. 



friendship is precious, not only in the shade, but in the sunshine of life, and thanks to a benevolent arrangement the greater part of life is sunshine. 


shahira shuhada sayang nur fatin adlin sofiya sangat sangat :) sayang nour hanan daniah, nor hidayah emi, nurul nasuha ghazali dan yang lain ketat ketat erat erat sendat sendat !

terima kasih sebab hadir sebagai kawan yang selama ini aku mencari. 

People say that good friends are hard to find, but that's because the best are already mine.


p.s : punya lah tiap kali aku nak taip perkataan saya rasa geli geliman. haha :D taip perkataan saya, lepas tu delete. lepas taip, delete. rasa macam dah buang tabiat gamaknya aku nih. >.< tak pernah pernah aku cakap saya awak dengan orang yang aku kamceng.  

Monday, April 02, 2012

bercintalah selepas kahwin. lagi cun :)

hari ni aku ada story sikit. bukan apa apa pun sebenarnya, tapi hanya untuk ingatan aku masa depan untuk gelakkan someone. haha :D



semalam, aku berborak dengan sorang kawan ni. i called him O. dalam hidup aku, aku tak pernah cakap lama dengan sapa sapa pun. serius, tak kira perempuan atau lelaki. paling lama pun tak sampai 3 minit. tapi ada la sekali tu cakap lama dengan adlin sebab dia tanya pasal addmath. tapi tu pun tak lama jugak. aku kalau bab bab bergayut macam monyet ni, memang surrender. 


tapi semalam? kihkih --' lawak derr. aku log in facebook. entah kenapa aku gatal gatal nak buat online. then, si O ni tegur kat chat. nasib baik kau ni sahabat aku. kalau tak, memang bila orang tegur kat chat, memang offline terus. haha :D


so, si O ni cerita la serba sikit. dia cakap dia ada prob. masa tu aku dah agak dah prob apa. tapi biarlahhh. buat bodoh macam tak tahu apa apa. aku pun suruh la dia cerita. kiranya aku ni kononnya tempat adu lah. haha --' tapi aku ikhlas nak dengar. cehhhh~


aku suruh dia cerita kat chat je, tapi dia cakap susah nak cerita. lepas tu call. haaaa, nak tahu apa prob dia? haha :D of course la pasal CINTA. 


dia cakap macam macam. buat istikarah dah apa semua kan, nampak perempuan tu dalam mimpi, blablablablabla. bagi aku, dia terlalu sayang kot kat girl tu. ehem :P


dia cakap jugak yang dia dah cop perempuan tu. dia cakap dia akan tunggu girl tu. macam macam lahhhhhhh yang dia kata. aku hanya mengiakan saja. dah nak cakap apa lagi kan ? tapi si O ni aku rasa macam dia yakin lah jugak yang jodoh dia dengan girl tu.
aku tengok dah macam nak gila kot dia tu. asyik asyik ? wahahahhahahahaa~ 


aku pun try la tanya dia. mungkin agak kasar kot pertanyaan aku. mungkin agak tersentap mak aihhh kot. tapi still aku nak tanya dia. aku tanya la, 'eh ???. ore nok tanyo nih. gano eh kalu misale one day dio jupo dengei girl lain, lepas tu kenei ko girl tu. dio sero gano? tok sero nyesal ko minat ko girl A nih, pahtu kenei ko girl B? ko gano eh? pahtu, hok dio oyak gitu ginih ko girl A tu, dio tok raso nyesal ko eh ? ore sajo jah tanyo ni, nok tahu pandangan ore laki. hahahahaha '


lepas tu dia cakap la blablablablablaa. dalam hati aku, memang lah kan, time orang tengah fall in love, cakap lah apa apa pun tapi still pejamkan mata. tapi, aku terima je pandangan dia. mungkin dia berbeza dengan guy lain, kot. kan ?


dan soalan yang paling pedas bila aku tanya, 'eh! ore nok mitok bendo nih deh. ginihhh, lonih kei yo sayei gilo ko ???? , andai kata lah kei one day dio jupo ng pue lain, pah yo kenei, buleh dok ore nok suko kuat ?' dia senyap. lama jugak dia senyap sebelum dia cakap. tapi, dia tak jawab pun soalan aku tuh. dia pusing ke arah lain. haha :D 


tapi aku rasa perspektif aku dengan dia pasal benda benda nih terlalu jauh jurang. mungkin kolot sikit kot bagi orang lain perspektif aku. tapi like i care lahh kan, kalau asyik nak dengar kata orang lain, sampai bila pun aku nih takkan berubah ke arah kebaikan. memang lah aku nak krenggg macam entah apa apa. tapi, aku ada pendirian aku jugak. lebih lebih lagi pasal nih. mungkin dulu aku ni tak matang lagi, tapi sekaang insyaallah. matang kotttttt. haha :D 




kalau bagi aku, buat apa la semua benda benda ni, kalau dah jodoh tu, jodoh jugak. buat apa lah aku nak terhegeh hegeh cari benda benda nih. hello???? tak yakin dengan allah ke?  dan kalau aku lah kan. aku taknak pun kenal kenal dengan future husband nih. ( cehhhhh haha :D sila gelak )  aku taknak keluar berjumpa ke apa ke, calling calling tiap malam ke,  takk! bukan style aku tuu. aku nak bercinta selepas kahwin. aku tak nak bercinta sebelum kahwin? why? sebab aku rasa dah takda kemanisan lagi bila bercinta sebelum kahwin. ye lah wei, sebelum nikah, semua benda dah cakap. bila dah kahwin? dah blur, dah boring dengan pasangan. sebab tu banyak sangat sekarang ni yang cerai berai. kan ? dan aku rasa lagi sweet kalau bercinta lepas kawin, kan kan ? haha :D 


kadang kadang kan, serius la aku cakap. aku hairan sangat dengan manusia ni semua. bercinta bagai nak rak, macam konpem nak kawin dah, tuptup terkejut aku bila tahu dah clash. lepas tu, mula lah mengata satu sama lain. ke mana kasih sayang kau orang selama nih? bila clash, dah takda kasih sayang ya? ya allah mudahnya --' dan ada jugak yang usia muda nak kawin. dah cakap kat makbapak. bila aku tahu, agak jeles lah kottt. wahahahhaa, memang ahhhh. tiap hari update nak kahwin nak kahwin dalam efbeee, macam dah kemaruk! aku tengok memang sweeett ah kan? tuptup dah minat orang lain. whattttt ? nasib baik kau tak jadi kawin kan? kalau tak, memang hancur la rumah tangga kau. tu lahhh, baru usia muda ( aku tahu aku tua setahun dari kau, but still aku masih setahun jagung ) tapi dah gatal gatal nak kawin. memang lah bagus kahwin awal. islam pun suruh, nak cegah maksiat. tapi kan, bila pikir balik, common lahh! baru kecik kot. dah nak jadi bini / suami orang, layak ke weiiiii ? makan minum pakaian pun mak bapak lagi yang hulur, ada hati nak jaga anak orang. hakutihhhhhh --' 


lagipun, ye laaa. orang tua tua cakap, tak payah la bercinta masa muda. masa sekolah. tak kenal lagi dunia yang sebenar. banyak lagi kumbang / bunga yang belum jumpa. tak kenal sepenuhnya lagi ragam manusia. 


lagipun kan, bercinta masa sekolah bagi aku lahhh kan, buat rugi hanggg je pun. bila bergaduh, ke time sweet ke, memang haremmm lah nak pegang buku kan? kalau hang pegang buku, memang gua tabik spring spronggg ah. hebatttt! salute samaa luuu la~


haaaa, bila dah tak pegang buku, bila masa nak cerdik kan? dah tahu tak cerdik, study lah. tak payah gatal gatal nak bercinta. nak ke kau tengok result kau krenggg hanya kerana pasangan? nakkk ? ohhh mannn --' memang kena basuh dengan clorox dah otak kau ni. konfemmmm :D rugi sangat tahu kalau kau dapat result low hanya kerana seseorang yang belum pasti. 


contoh lah kan, result kau low hanya kerana seseorang ni. then, clash. tuptuptup dapat pasangan lain. tak ke kau rasa kebodohan kau kat situ? sekarang ni, tengah bercinta memang lahhh cakap takkan cari yang lain. KONONNYA. tapi tengoklah one day. pasti aku akan gelak kuat kuat punyaaaa.


lagipun ada la hari tu kan. hahahaha :D aku, ummi, mek pegi la kat mana entah. masa atas kereta tu cakap la pasal benda benda ni lahh. mek aku pun cakap, 'kakak toksoh gewe la. nati ado gapo gapo jadi gak. nyesal tok sudohh. blablabalbalala ' aku pun balas ' olohhhhh toksoh bimbei ah. tok gewe eh nyo kecik kecik nih. ore tahu doh ore comei, rama ore nok. tapi gak, tok sei layei belako tu mekkk. haha lagipun, ore nok hok molek sikit mek. tok sei eh hok tok kijo lagi nih. namokei, cinta mulo mulo, pah tok tehei nyo bagi pasir semacei, takdok doh cinta cinta nyohhh time tuh. ado aku benciii mu senget jah. hahaha '




last, bagi aku, tiada makna cinta yang setulusnya sebelum kahwin. memang masa bercinta, semuanya indah. orang cakap apa apa pun buat bodoh je. tapi, bila dah terkena batang hidung, masa tu baru lah sedar. 


aku tahu lah aku jahat. bila aku tengok orang yang gatal gatal update status dalam efbeee pasal nak kahwin, tuptuptutp clash then jumpa yang lain. memang aku akan mengata! konpemmm --' haha :D sorry, tapi tu lah. btw, thanks lah sebab kau semua telah membuka mata aku. nasib baik lah aku ni hanya cakap je nak kahwin, tapi still takda calon. eleehhh, aku buat sewel cakap nak kahwin tu, aku gurau je. kan hanan kan? haha :D


aku sendiri pun tahu apa yang aku melalak kat sini sebenarnya. okayyy, dah stopppppp! haha :D


assalamualaikum --' 

Sunday, April 01, 2012

seminggu aku tak online and it looks like wahhh ohsem gitu kau tak online nooo. haha :D - nampak sangat aku selalu online >.< 


hari tu internet aku tak jadi. aku ingatkan rosak, rupa rupanya tak bayar. haha. hari rabu baru ni, aku mesej kat ummi suruh ummi bayar. masa kat rumah, ummi aku cakap macam ni lah,


i dont want to continue any connection anymore!

cer teka reaksi aku ? wahahahhahaha maluuuuuuuuu --' bila aku dengar, cepat cepat aku naik bilik dan air mata jatuh menitik. haha :D macam entah apa apa kan ?

tapi jujur, dalam hati cakap 'ado la hikmah tu bakpo umi toksei sambung streamyx. cer mu tengok diri mu lonih, tok rajim pun baco rumoh. kalu ado tenet gak, online sokmo. maso mano nok study tok tahu lah. bekalih hikmah dio nok suh mu puas, pahtu mesti la mu baco jugok sikit sikit. '

bila aku fikir, macam bodoh pun ada. air mata jatuh, tapi dalam hati happy sebab dah takda lagi halangan nak study. aku tak pasti air mata itu untuk apa. haha :D 

btw, aku dah habis citer CITY HUNTER. horayyy horayyy! aku rasa happy sangat sangat sebab dah habis cerita tu. bayangg la, tiap tiap hari aku tunggu hari ahad, nak tengok city hunter dalam astro. bila tiba hari ahad, memang excited nak mati.

ada la hari tu, memang letih sangat sangat, solat maghrib pun memang lambattttt gila. lepas tu tidur balik. pukul 8.35 aku tersedar. teringat kat city hunter, terus cepat cepat aku mandi dan pegi tercongok depan tv. haha :D 


hmmm, aku sendiri pun tak faham dengan diri aku sekarang nih. dah macam sinaran SPM tu makin hilang. aku sedih sangat. rasa macam dah tak berguna lagi. dulu, bila cakap je pasal SPM, mesti nervous. sekarang? entaahhhhh ! 

aku rasa lah kan, banyak banyak tahun yang pernah aku hidup, tahun ni la tahun yang paling aku malas. serius, langsung tak tipu. tahun tahun lepas, even aku tak nak study pun, aku pegang la jugak buku. tahun ni, memang tak pegang buku langsunggggg !

kalau bulan 6 ni tak berubah berubah jugak aku nih, memang konfem hancuss lah result SPM aku --' takutttt, someoneee! please, really need you.

SPM, PLEASEEEE! I EXTRA NEED YOU, BUT WHAT HAPPEN TO ME RIGHT NOW ?????????