Thursday, August 21, 2014

test - kenali diri anda LOL

akhir akhir ni, aku kerap jugak lah kot online. most of the time, aku spent time layan korea laaaa. hikhik kalau boring, aku layan facebook. takpun twitter. ahh sadisnyaaa hidupp!

then hari tu aku re-read novel 5 tahun 5 bulan by hlovate. heroin dia tu suka sangat buat test identify yourself kat internet. so aku terjebaklahh.

hampir tiap hari aku layan benda ni. kononnya nak tahu diri lah kan? 

tapi kan, aku rasa 90% tepat kot. aku rasa bagi pandangan aku lah. orang lain pandang aku, aku tak tahu. cuma bila baca tu, reflect diri. 

kalau yang positif 'ya allah aku gini ko? ehh maluuuuu lah pulok' THIS IS SO LOL okay?? >.< tapi aku rasa yang ni 25% je kot yang kena dengan aku. hmm hmm sadis!

kalau average 'betul jugok. tapi eh kadei kadei aku sero dok. tapi betul jugok aku sero.' haa ni kes dilema.

kalau negatif memang aku mengiakan sebab THAT'S SO MEEEE! serius. aku rasa 98% kalau bad kena dengan aku. serius serius!! aku rasa macam whoaaaa hebat nak mamp*s teka personaliti aku. and jujur ah, rasa macam belepuk atas dahiii. hikhik kena ubah ni kena ubahh.

YOU MUST!

and tiap kali dapat result, tiap kali tu jugaklah aku printscreen. takut hilang lah katanyaaa. hahhaa

nah nah shahira, sebab takut sangat hilang result, so aku nak letak kat alam maya ni supaya bila baca nanti, guling guling aku suka. hahaa

ni yang paling palingggg best! 

S - SLEEPY
H - HUNGRY
A - adorable
H - happy
R - REBEL
I - important
A - AWFUL

kahkahkahkah SLEEPY tu penting. jujur ah, 100% tepat. 5 bulan aku cuti, 5 bulan tu la aku tido. sampai nana suh umi gi daftar sekolah kat aku sebab dia kata aku selalu tidur & otak aku dah tak berkembang sebab asyik tido. can you imajinnnnn?  hahahhahaa

REBEL tu 98% sebab aku memang jenis memberontak. serius! especially kalau hmm kalau ..... malas ah nak bukak aib sendiri. ceitt kononnn!

HUNGRY 20%. ini kerana sejak 5 bulan aku duk kat rumah, boleh dibilang dengan jari berapa kali aku melahap nasi. lebih lah 50 kali tuuu. tapi kot lah tak sampai 150 kali. LOL hari tu umi baba aku tanya bakpo tok makei nasi? then aku jawab malas nok ngunyah. tahuu apa respon baba aku??? dia kata gilaaaaaa on the spot! hahahhaha sejak tu parents aku memang jarang sangat lah ajak aku makan nasi. kalau colek, ya ampun memang rajin sangat aku mengunyah! haha

ADORABLE HAPPY IMPORTANT tu memang out lah. adorable? kihkih gelak sopan akuu.  obviously it's so not me lah kalau orang yang kenal aku. cuma kadang kadang aku buat lawak bodoh kata aku sopan sebab memang aku tahu aku tak sopan dan kononnya lah kan nak jadi sopan sekejap sampai kawan-kawan aku nak muntah. aihhh --' happy pun tak jugak sebab selalu je aku sedih. biasalah, muka happy dalam hati lebat dah. cewahhh menyampah langsung TAK okayy? takda maknanyaaaa.

important? hmm hmm. ni part yang paling sadis lah  dalam hidup aku. bila aku tengok I - Important, terus aku ni pernah penting ke bagi someone? aku rasa kalau aku takda lagi mereka happy kot. sering ah aku duk bertelahi dengan jiwa aku sebab aku rasa aku tak penting langsung dan tiap kali aku ada around somebody else mesti aku akan sakitkan hatinya dan aku akan buat dia rasa annoying. terdetik lah dalam hati aku : kalaulah aku mati, ada ke yang peduli dengan aku & rasa kehilangan aku? aihh berair pulak mata akuu >.< sebab tu lah, bila aku ada masalah, aku tak suka cari kawan aku tuk share sebab aku rasa aku ni annoying dan takda sapa nak dengar cerita aku dan aku rasa tak payah lah cerita kat orang sebab aku tak penting pun dan aku akan buat orang bosan je. tapi kadang kadang ter jugak? eh banyak kali jugaklah. kalau wassap tu memang tak ah aku cerita, selalunya bab ter ni, mesti kes face to face --'

haaa lagi lagi. panjang jugak part important ni. hahahhaa jujur ah kata, bila pina, pdah, pokjat bagi support kat aku saat aku down gila gila, aku rasa terharu nak menangis rasa happy entah lah wehh susah nak describe sebab rasa ada orang care pasal aku dan rasa macam ya allah terima kasih sebab mereka still support aku walau aku jarang sekali support mereka and mereka selalu sent dulu wassap tanya khabar aku walau aku jarang sekali memulakannya sebab aku malu sebab aku takut ganggu. serius serius! kalau orang lain, just sekadar dengar. tapi mereka bertiga - aku hargai sangat sangat ahh! wehh mata aku serius berair sebab akhirnya aku lepaskan penghargaan aku kat blog. selama ni duk monolog dalam hati. sesak jiwa aku duk monolog dalam hati nih haha. sebab tu lah kot orang kata kalau sedih, happy and so on, express melalui tulisan sebab kita akan rasa lega seleganya. and yes, i try it! and it works ^^

NEXTTTTT result!!


degil tu ku akui. hard working tu langsung tak ku akui sebab aku jenis pemalas. unlucky? serius kadang kadang aku rasa kena. cool helpful PATIENT persistent? totally out terus esp PATIENT! yang tulisan hijau & biru tu aku rasa kena 73% kot. hmm hmmm. hari tu aku tunjuk benda ni kat kuya, dia kata hampir kena lah dengan aku result ni. dushh --'



far from sweet & proper - betul sangat sangat dah. cuma ayat yang lain no komen. kan aku dah kata aku ni annoying?

dont care about other's feeling. pdah pernah tegur aku. sorry sangat sangat. selalu sangat aku terlepas mulut, lepas tu rasa bersalah tapi sebab junjung ego tinggi sangat sampai malu nak mintak maaf. lepas tu mulalah gelisah tanya hati dio sero ko eh? sampai lah ke sudah. dan aku ni jenis selfish sikit. aku mintak maaf sangat wehh! aku dah try cakna tentang perasaan orang lain, tapi kadang kadang ter jugak. SORRY sangat sangatttt!!!

4 tu hampir kena sebab ramai jugak lah kawan aku kata aku ni tak matured langsung & childish - siap panggil aku toodler --' '





yang ni aku rasa 90% tepat kot. kot lah kan? i always remind myself - please stop easily falling in love (yecks) with guys. past is past. aku takleh buat apa dah kan? dulu jahil, sekarang pun jahil tapi insyaallah cuba perbaiki. 

aku selalu jugaklah cakap kat adik adik aku benda ni sebab adik aku pernah tanya 'kakak, gano kakak bleh minat kat someone?' disebabkan 'that past' & experience orang sekeliling aku, tiap kali aku tengok that guy, aku selalu tanya hati aku, 'KALAULAH aku kawin dengan dia, boleh ko aku hidup dengan dia? well aku nak hidup dengan dia sampai ke akhir hayat aku. kalau boleh jadi bidadara aku kat syurga nanti.dengan sikap dia blabalbalablaa, boleh ko aku bertahan & sabar & tok cepat marah? boleh ko aku berkongsi zuriat dengan dia? boleh ko dia terima kekurangan aku yang nyata ni? boleh ko dio terima aku seadanya aku? and paling penting, boleh ko dia terima ummi, baba, adik-adik aku dengan penuh hati? boleh ko dia sayang adik-adik aku sepertimana aku sayang family aku. sebab bagi aku, dia tak kawin dengan aku sorang, tapi dia kena kawin dengan family aku sekali. aku toksei jadi macam ------------ . it's true. sorry lah kalau terlalu advance.  tapi tu lah, aku selalu fikir ke hadapan sikit. ye lah kan, takkan bercinta bagai nak rak, tapi end up dengan orang lain jugak. dan jujur lah, tiap kali aku minat kat someone, and aku cakap monolog tadi tu, serius terus hilang rasa minat dalam sekelip mata. dah banyak kali aku cuba. hikhikhik 

dan aku rasa - aku akan kawin dengan pilihan parents aku. eh? haha








yang ni aku nak ulas panjang sikit. memang dah kalau pasal friendship kena panjang sikit sebab luahan hati kan? depan depan memang kontrol. yupp memang jenis aku tak suka express fefeeling kasih sayang dan cinta aku pada someone. cinta bakhangg! hahaha sebab aku takut, aku akan kecewa. aku takut andai aku 'sayang' kat kawan aku, dia akan tinggalkan aku dan aku menangis. aku paling tak suka bila aku menangis sebab aku rasa aku bodoh yang teramat sangat dan rasa 'oh kemon lah mekda mu jerit sebab saim. bakpo gak bod* sangat jerit sebab bendo hok kecik?' kadang kadang rasa macam orang cakap dengan aku. boleh tak kalau aku kata, kadang kadang aku nampak diri aku dalam dua karakter - angle & devil. alaa macam cerita tu lahh. kalau watak baik, ada sayap kat belakang macam pari pari. kalau jahat, mesti warna merah macam api. hahahaha donno how to explain. 

tapi tapi tapi,




ni betul kot. untuk student macam aku ni, tiap kali kawan-kawan aku dapat marks tinggi dari aku, of kos lah aku jeles. tapi aku tak tunjuk. dalam hati lebat wehh menangis! haha balik tu konfem aku menangis bagai nak rak. lepas tu sesi angle & devil tu lah. then start lah sesi membakar semangat nak banggakan ummi baba! hahahahahahhahahha agak kelakar pulak bila aku taip benda ni sambil ingat diri aku. lol ingat lagi masa dapat result kuiz 1 biology, aku dapat 4/10 je. orang lain semua dapat 7 above. terus bad mood, bila naik tangga kejayaan palam tu, ingat lagi menangis wuu wuuu marah diri. dan berazam next kuiz nak dapat full marks. hahaa lepas tu, tiap kali kuiz for every subject, aku pulun habis habis ah supaya aku tak menyesal. tapi jarang je dapat full marks, tapi tak kisah. sebab prinsip aku, kalau aku dah puas hati dengan usaha aku, tak kira lah berapa sekalipun aku dapat, aku redha (; complicated-nyaaa jiwaa akuuu --'







just wonder apa karakter pink. haha takda langsung tudung / baju warna kuning lah aku rasa. pink je yang banyak --'


malas pulak aku nak ulas. lol

generally hampir kena dengan aku. tu je boleh kata esp negatif.

kalau nak kenal aku, baca lah result ni and that's so me - in real life.

last but no least, 





okay assalamualaikum ^^

0 oh ye ?: