Tuesday, September 02, 2014

WELCOME TO THE REAL WORLD shahira (:

*untuk peringatan masa depan.

masa lepas spm hari tu, aku apply macam macam lah. untuk tengok kemampuan aku sejauh mana sebenarnya - test self esteem. ada orang kata aku selfish sebab apply. bila dapat, tolak pulak. macam tak reti bersyukur. orang lain ramai je yang nak, tapi tak dapat. blablbalblabla

terus aku rasa down. dan 'hina' lah diri ni.

aku pun gi tanya KM. her opinion. KM kata takda masalah pun sebab tu hak semua orang. kalau aku tolak pun, still akan ada second intake pulak. bukannya bila aku tolok offer tu, takkan ada orang ganti tempat aku. something like that lah.

aku pernah dapat offer dari UTP, JAD & KPM untuk ke china. tapi semua aku reject atas alasan - still deep into medic. MARA JPA aku tak dapat. terdetik tahu bila interview untuk engineering semua aku pass, tapi bila medic, all out. 

& ummi aku pernah jugak nak hantar aku pergi alexandria, mesir. dah beribu habis untuk ke mesir. tapi tak jadi sebab ada krisis kan?  even berlambak je sepupu aku ada kat sana. ditaja lah.

aku pernah jugak nak sambung ke AUCMS, penang. tu nasib baik tak keluarkan sebarang duit sebab kalau masuk foundation tu, akan totally ditaja. tapi, 12/4 (a day after cert) gi penang lah sebab intake dia bulan 4. sampai situ, scarynya tengok budak india china. ummi aku tak sedap hati. tanya-tanya, kalau aku nak keluar macam mana, dia kata kena bayar tak ingat dah berapa k sebab AUCMS dah keluarkan duit untuk aku. terus balik lepas tu. 

last sekali, aku sambung kat UiTM Puncak Alam untuk asasi sains. umi aku tanya, 'sero buleh dok nok dapat 4 flat?' aku ragu ragu lah nak dapat 4 flat tu sebab tu perfect score kan? aku bukan rajin sangat >.<

bila masuk UiTM, aku dah set dalam otak kena dapat 4 flat. tanya lecturers, dia kata ada 2 pointer -- UiTM & UPU. gigih aku kira untuk score 4 flat untuk cgpa UPU. tak caya, tanyalah housemate aku betapa siang malam aku duk kira score aku tuk dapat 4 flat. 

dan alhamdulillah, dapat pointer :
UiTM : 3.75
UPU : 4 flat.

bila dapat tahu pointer UPU, meloncat loncat sebab happy. 

tak henti situ je ujian aku. result MUET penghalang segala-galanya cita-cita aku. aku hanya mampu score band 2. satu markah je lagi nak naik band 3. aku buat rayuan, bayar rm75. punyalah kedekut, tak naik naik jugak. 

redha dah. dah tahu takkan dapat tempat medic dalam ipta. bila orang cakap aku akan dapat tempat medic kat ipta, senyum je. dalam hati menangis berdarah dah. alaa biasalah tu perempuan. 

aku pun apply ipts.  dan aku pun applylah UniKL, CUCMS & MSU. nak dikatakan carelessnya aku, silap isi kos untuk UniKL. this is so LOL okay? CUCMS gi lah interview. bersusah payah aku nak gi interview CUCMS tu. tapi okay sikit compared to UTP. parents masa tu pergi umrah, terkedek kedek aku dengan sepupu naik flight. terkehel kehel nak gi cumcs yang entah kat mana. masa interview tu, masyaallah mengarut sungguh aku jawab. aku pun tak faham kenapa aku jawab gitu. second worst so far?

interview MSU is the worst ever! boleh ke bongeknya aku tak ingat something pasal jantung. tak pernah belajar benda tu, tapi aku tahu benda tu ada dalam buku bioscore form 5 muka surat alik kiri gambar rajah yang tunjuk circulatory blood. aku nampak gambar, tapi tak ingat nama. shame on mee! masa last tu, interviewer tu bagi nasihat kat aku. dia kata -- YOUR ENGLISH IS SO BAD! awak kena improve kalau serius nak ambil medic. awak kata awak seorang yang determination. tapi how come awak takleh jawab soalan yang saya tanya? saya bagi awak 50-50 based on the interview. terus oh okayy terima kasih untuk nasihat. insyaallah (: keluar je dari bilik, 'ummi, tak dapat MSU.'

jangkaan -- CUCMS tak dapat MSU tak dapat UniKL lagilah tak dapat walau dapat kos yang aku apply tu. maybe dah bukan jodoh aku dengan medic. last, call pihak lincoln sebab sepupu aku ada kat lincoln buat dental. tapi pelik sebab mudahnya nak masuk lincoln. senang sangat. takda interview takda apa, just bayar deposit 1k, terus dapat tempat. tapi sebab dah takda tempat nak tuju dah kan, so umi aku kata takpelah. gi lincoln

CUCMS call, dia kata aku dapat farmasi. parents aku tak bagi aku amik farmasi. pihak aku, takda apa apa pun. tak kisah, still sains kan? hmm, masa aku tengah bincang pasal iftar kex hari tu, umi call. dia kata aku dapat MSU - medic. dapat macam sinar harapan tahu tak? never expect lah aku dapat since iver tu kata 50-50 kan? alhamdulillah rezeki aku. rasa nak teriak kat karisma hari tu. tertitik jugak lah kan? haha

bila nak tahu UPU, aku berharap jugak dapat medic kat UiTM. tapi bukan rezeki. aku dapat kos opto kat puncak alam. still the same universiti. aku rasa jodoh aku & amna budak palam lah kot? haha aku sebenarnya okay je opto. tapi still nak medic. tapi kalau futher in opto pun, aku rasa aku still boleh cintainya. lol tapi aku tolak opto. pilih msu.

masa decide nak pilih opto ke medic, allah je yang tahu betapa aku takutnya dengan risiko ni. msu kan ipts, so yuran mahal. aku takut sangat tak dapat tajaan. memang mati parents aku tanggung. takkan lah aku nak selfish. belambak lagi adik adik aku nak sambung study. so, aku decide kalau tak dapat mara, ptptn lah. ptptn tu kejam kalau tak score. kalau score, boleh je convert jadi biasiswa. aku akan score insyaallah. aku akan! mesti. dah beribu ribu parents aku habiskan duit untuk aku, ni masa untuk aku prove to them yang aku mampu balas jasa mereka. kan?

tahu sajalah persepsi kalau student ni nak gi ipts. something like :

'doh tahu bod*, nok ngaji kos susoh jugok.' --- impression macam tu lah. dia macam -- budak budak bodoh je yang gi ipts. haaa gitu. sama jugaklah dengan budak mesir, rusia, indon & semua yang tak ditaja.

lucky me lah ada a few sahabat (can call them sahabat. bukan lagi kawan) support aku, bagi nasihat sampai aku menangis. faham lah kan, bila kita tengah down, ada orang support bagi semangat semua, rasa macam di-take care gitu. 

dengan kata semangat dari family, kawan kawan. ye, MSU - wait for me eh?

22/9 - Medic, MSU. 

cuma satu harapan aku bila gi MSU. tahu lah kan ipts ni cabaran dia lebih sikit. kat situ, student semua kaya, jadi sombong tu lebih sikit, moden tu lebih sikit, pakaian pun ikut lantak dia sebab parents bayar, nak pakai skirt bawah sikit dari punggung pun boleh, dan semuanyaa. 

harapan aku -- 

shahira, jaga lah diri, jaga iman. jaga hati. jangan leka dengan cinta duniawi. jangan nak bercinta bagai lagi. jaga hati, please jaga hati. aku taknak lah benda gini ganggu fokus aku. aku harap dapat housemate yang sejiwa. yang faham aku dan aku faham dia. yang boleh tegur aku kalau aku lalai.

aku harap semuanya baik baik saja.

thank you. 

i love you, shahira.

semoga kuat.
semoga tabah.

selalu senyum.

assalamualaikum.


5 oh ye ?:

Anonymous said...

Aja2 Fighting Ira..you can do it !!!

Anonymous said...

Yeah. Memang orang cakap ipts macam2. Tp dari situ ah kita blajar merendah diri. Nk kenal lebih ramai perangai orang sbb kebanyakan ipts ni macam2 orang ada. Lagi2 student2 cina.

Anonymous said...

Btul tu..

Anonymous said...

Go Mekdaa!
hehe. insyaAllah mung buleh wat.
i believe in u, i pray for u
May Allah bless u..

Anonymous said...

dpt bnyk pengajaran and semangat to not give up in anything we want . thanks dear sis . may Allah bless you :)