Saturday, June 30, 2012

pada saya,
biar mereka salah sangka,
biar mereka salah anggap,
biar mereka salah menduga,
biar mereka tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.

kalau mereka ikhlas,
mereka akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.

apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila mereka tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

biar mereka tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
biar mereka tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation mereka yang tinggi melangit itu.
biar mereka tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
biar mereka tahu. 
biar mereka buat keputusan.
supaya mereka tak rasa tertipu,
supaya mereka tak menyesal kelak.

dan biar mereka tahu hanya Allah layak menentukan semua.


Stephen Fry: To regard it as being like the weather. It's not your responsibility that it's raining, but it is real when it rains, and the fact that it's raining does not mean that the rain is never going to stop. The only thing to do is to believe that, one day, it won't be raining and accept it so you can find a mental umbrella to shield yourself from the worst. The sun will eventually come up.

Thursday, June 28, 2012

betul.
saya memang cemburu.
cemburu melihat awak sangat rapat dengan Dia.
cemburu awak banyak menghabiskan masa mengingati Dia.
cemburu melihat awak selalu mengalunkan irama mengikuti rentak Dia.
cemburu apabila awak sedang bahagia dengan cinta si Dia.


sedangkan saya??
saya banyak menghabiskan masa dengan perkara sia - sia.
saya masih lagi menyanyikan lagu pelbagai budaya.
dan paling ketara saya masih mencari - cari cinta hamba si Dia.
alangkah hinanya diri saya.
semoga awak yang membaca bukan seperti saya :’(

Tuesday, June 26, 2012

silent

di sini aku nak umumkan bahawa tadi kawan kawan aku CABARRR aku supaya aku senyap esok kat sekolah. wuhuuuuu~ ciss! nampak sangat mulut aku potpetpotpet selalu kan kan? 


ageksss gerun bila mengingatkan cabaran ituu. persoalan dalam minda - boleh ke eh aku mampu bertahan tutup mulut buat sehari? kanggg nampak pelik bin ajaib bin aneh pulakk kangg bila aku senyap. hahahhahaha


alaaaaahhh~ sekarang ni memangg ah nak suh aku senyap. kononnya bising. cuba nanti kalau aku dah takda, bila aku dah meninggal, pasti punya mereka rindu nak tengok aku. hahahahhaha


esok aku nak bawak buku banyak banyak supaya aku tak rasa bosan bila aku tak bercakap. baiklah ! aku terima cabarannnn itu. XD


cuma aku takut jugak lah. mana la tahu kot kot sebenarnya aku dengan mereka nak bergurau manjewww je. tapi lama lama dah tak bergurau jadinya. takut jadi senyap tak bertegur sapa. tu haaa aku takut bila aku senyap. bukan aku tak boleh senyap ( cehhh KONONNYA ) .


wish me luck for tomorrow. ONLY TOMORROW

Saturday, June 23, 2012

StoryLine

ya allah, aku rasa speechless bila ada seorang sahabat cakap dia dan kawan aku jelous dengan aku. aku rasa macam whatttt? jeles dengan aku? ape kes pulak nak jeles dengan aku yang takda apa apa nak dijeleskan. kan ?


dia kata si A nih selalu cakap kat dia yang si A nih jeles dengan aku. sebabnya, dia cakap, bila aku rasa jatuh, down ke atau apa apa ke, ramai yang backup aku, ramai yang support aku, ramai yang motivate aku, bagi semangat, bagi kata kata tuk sedarkan aku, bagi harapan kepada aku, atau sebagainya. tapi dia tak macam tu.


dan dia jugak cakap aku ada ummi yang selalu support aku bila aku jatuh. aku macam ya allah, ye ke dia nih? aku rasa tak pun. sebab selama ni, jujur aku cakap, aku rasa hidup aku keseorangan. tak ada sapa sapa pun yang bersama aku masa aku jatuh terduduk menyembah bumi. hanya ada ummi aku sorang. bukan 'ramai' seperti yang diperkatakan. selama ni aku rasa aku langsung tak dihargai. aku langsung tak disayangi. aku langsung takda talent yang menarik untuk buat orang lain sayang aku. noo! i thought im not have any special things like the rest. im stupid, im crazy in my way and etc. 




tapi bila aku fikir, ye ye, baru aku sedar. selama ni ramai yang support aku bila aku jatuh. especially yang paling aku merasainya bila aku down nak mati masa addmath hari tu. ramai yang sokong aku. motivate aku. iman, a.syauqi, ummi, adlin, hanan dan semuanya lah. dan bila cikgu cakap dengan kiasannya aku tak layak dapat best student, ramai yang bagi aku inspirasi. ummi, k.marina, barak, a.azhim, a.asri, adlin, huda, dayah dan semuanya lah! (sekarang mungkin aku sedar kenapa cikgu cakap aku tak layak jadi best student. mungkin nak tegur aku. KOT - dayah cakap. and i just smile for it only if it true. XD ) 


bila aku rasa down pasal arab ( oh ye ke aku down? rasanya salah vocab kot aku letak down situ. hahaah ) kawan kawan siap offer lagi bantuan mereka nak ajar aku. ya tuhan, aku tak tahu nak rasa apa.


lepas tu, kelmarin. ada kawan cerita pasal cikgu siti cakap kat mereka pasal aku. just ? ya allah, tak tahu nak kata apa. bersyukur sangat sangat. insyaallah dengan izin allah aku akan pastikan aku dapat A+ for chemistry. dan addmath :) masa addmath, aku tanya cikgu halim samada aku ni boleh tak dapat A+ untuk addmath pada firasat cikgu. cikgu cakap, insyaallah boleh. insyaallah cikgu! saya akan usaha semaksimum saya.   




dan kelmarin jugak, aku tengok aku cikgu ni muka sama dengan kawan aku yang ? OMG terpaku ! sampai aku selalu tengok muka cikgu tu. mengingatkan aku kepada nostalgia silam. wahahhahah~ cikgu cerita pasal matrik, asasi dan etc. lepas tu aku bangkang cakap cikgu. cikgu cakap aku nih mesti budak debat. whattt? saya ada bakat untuk jadi debator eh cikgu? hahahahhahaha saya rasa nak tergelak. saya debat? ya allah. saya nih, konfiden pun takda cikgu >.< aisyah cakap, agak agak kalau aku berdebat dengan afeef, mesti aku menang punya. hahahah. nak tergolek terbalik !!!! 


jujur lah aku cakap. aku akan memang terkezut tahap chepanzee kalau ada cikgu yang ingat nama aku. dan aku akan rasa aneh + pelik. sebab aku rasa mesti cikgu ingat nama aku sebab aku berperangai buruk kot. KOT. aku rasa cikgu kenal aku bukan sebab aku ni cerdik ke apa ( sebab aku nih tak cerdik punggg. sayunyewwww hatikuuuu ), atau mungkin cikgu kenal aku sebab mulut aku nih selalu potpetpotpet kot. 






haaaa, cakap pasal potpetpopet. tadi, kat karisma. ada aku, aisyah, huda, nareesa, qilah, imah, and lil of guys KOT. imah dok popetpotpet macam taknak berhenti. dan aku pun jadi curious jugak lah pasal diri aku sebab aku rasa aku nih dah macam murai tercabut ekor. aku pun tanya aisyah, 'syah! ore potpetpotpet toksei bereti jugok ko kecek eh? hahahahah' imah cakap, 'dok eh. sha potpetpotpet bila nak tanya cikgu je. kalau dah start nak berdebat dengan cikgu, memang mulut sha tak berhenti.' alhamdulillah. hahaha. aku rasa mulut aku ni memang suka sangat potpetpotpet sampai aku pun jadi tertanya apa benda yang aku cakap. hahahha


masa balik, aku tengok ada orang text. wirda. dia text aku cakap someone nak nombor aku. haaaa, ni satu lagi yang aku rasa aneh. aku kadang kadang hairan bin ajaib lah sikit bila ada orang kenal aku especially laki. memang aku sangat sangat aneh bila ada orang kenal aku. aku tak tahu mereka kenal aku dari hulu hilir selatan barat utara timur mana. serius. nak kata aku famous ( OMG OMG HAHAHA gilaaa hapa ? ), memang taklah. sebab aku nak famous apa benda pun aku tak tahu lah. memang aku tertanya tanya bila ada orang kenal aku. mungkin mereka kenal aku melalui efbee kot, tu yang kawan aku cakap. ye, mungkin KOT.




last but not least. pengorbanan seorang ibu. pengorbanan ummi tercinta tersayang dan pelbagai vocab yang guna ter lah yang penting. semalam aku ada cakap kat ummi yang aku nak tusyen fizik form 4 kat pakar tapi sebelah malam. aku tanya ummi aku samada boleh ke tak, letih ke tak, mampu ke tak. aku pun fikir jugak,ummi aku balik pukul 5 nak dekat pukul 6 sehari, takkan ummi aku mampu kot nak hantar aku pergi tusyen. nak tahu ummi aku cakap apa, 'boleh! gi ah nok gi tusyen mano pun kak. ummi boleh eh nyo. kalu ngatuk, tido atas keto. lagipun, gedio sangatlah hok ummi duk tunggu sari sari gi tusyen kalu kakak boleh kejayaan hok boleh wak umm gebah hidung.' ya allah ummi !!!!!!!! aku rasa nak menangis. tapi biasalah. EGOOOOOO!!!! 


aku akan pastikan aku dapat straight a spm nanti untuk balas jasa umi. tapi, andai allah tak izinkan,what can i do ? 






p.s : ya allah, tolong kembalikan niat asal aku, prinsip asal aku bila pergi tusyen. jangan kau lalaikan aku dengan mainan perasaan yang gila ni ya allah. kembalikan diri aku yang dulu. prinsip bila aku pergi tusyen, niat aku hanya untuk study! bukan untuk apa apa. tapi sekarang ya allah? aku rasa ??? entahlah. ya allah. jauhkanlah hati aku dari benda tu. jangan biarkan aku terus tertarik. aminn --' 


aku tak tahu apa yang dah jadi pada aku sekarang nih. 


sekian :)



Friday, June 22, 2012

Don’t be afraid to make mistakes, stumble, and fall because most of the time the greatest rewards come from doing things that scare you the most. Maybe you’ll get more than you ever imagined. Who knows where life will take you. The road is long and in the end, the journey is the destination.

terima kasih cikgu sebab cikgu telah menaruh harapan yang sangat tinggi untuk saya. terima kasih cikgu. insyaallah dengan izin allah, saya akan patikan harapan cikgu, harapan ibu bapa saya dan jugak harapan saya menjadi kenyataan.

terima kasih cikgu :)
 

Wednesday, June 20, 2012

guys - chat

memang aku rasa nak terguling tergolek bila ingat balik apa yang aku chating dengan budak laki tuh. kihkih --' memang lawak sakan.

mula mula chat, dia tegur aku tanya pasal kimia, bio and so onnn. haha tapi bila dah kenal lama lama, cehhh! macam apa apa entah. well, ahlan wasahlan to be my friend. 

jangan silap faham. aku kenal dia kat karisma. bukannya ada apa pun. 

dan tadi jugak, ada orang tegur. lepas tu cakap aku sombong. lepas tu sindir cakap aku ni wanita solehah sebab tak layan laki. geraaammmmm!!!! then aku reply. agak marah dan agak keji aku cakap. ye lah, sesuka hati je nak judge cakap aku ni ada buayafriend yang tak berapa nak friend ni dengan tengok status IN A RELATIONSHIP kat fb. hello ? sempit sangat kot otak. 

aku pelik ah. dulu, ingat lagi masa aku suka sangat layan laki ( ya allah jahilnya >.< ) ada orang cakap aku ni gedik lah gatal lah perempuan dotdotdot lah. tapi bila aku dah berubah, bila langsung tak layan laki, cakap pulak aku nih sombong lah perasan cantik lah. kadang kadang aku rasa nak sepak je muka sorang sorang. aku tak faham lah apa sebenarnya manusia manusia ni nak. gila ke hape eh?

memang ah. aku perasan ramai laki yang cakap aku ni sombong. kalau aku pergi mydin hari tu, ada 'pacik' cakap 'masei nyooo muko dio. acu senyum sikit. kei manis napok.' apa ke hal lah pacik nih kan? suka hati aku lah nak sengih macam gigi aku ni dah putih tahap maksimum atau masam macam dah mati laki sekalipun. pelik, pelik, pelikkk.

tapi biarlah. aku suka dengan diri aku sekarang nih. tak mudah layah laki ( cehhhhhh cehhh maluuuu ^^ ) sebab aku rasa diri aku terjaga dari laki yang gatal gelebek. hahahhaha

memang lah semua laki tak sama. tapi kan, nak cari laki yang tak sama dengan laki lain tu sukar sangat tahu? bukan 'eh! saya tak macam laki lain lah.' haha nonsense! kalau playboy/playgirl pun malu jugak nak mengaku ada manusia manusia yang agak kurang cerdik keliling jantung. betul tak ?

bukan terlalu negatif pada lelaki. tapi ye lah kan. sekarang ni, takda laki yang boleh kita percaya sangat. ambil langkah berhati hati supaya sentiasa selamat.

cehhh! aku pun tak tahu apa yang aku taip sebenarnya nih. hahaha


p.s : ya allah, kenapa insan yang bernama entah tu, mukanya terlalu suci sampai aku sendiri pun terpaling dua kali? rasa berdosaaaaa. kawan aku cakap, 'sipei molek lah muko dio tuh. mano tahu kot2 pahni jupo lagi. jodohlah katakan.' haha. aku rasa nak tergolek tigapulohsaat bila dengar.


okay assalamualaikum !

Monday, June 18, 2012

Midyear

assalamualaikum blog kesayanganku yang tercinta ;')

mula mula aku nak cakap yang aku suka sangat taip luahan hati aku dalam blog nih. suka sangat. banyak aku habiskan masa tuk blog ni tahu tahu? kira blog ni antara benda yang paling penting la dalam hidup aku kot. wink wink ^^ blog dah macam diari personal aku. sebab tu la aku tak harap orang baca pun. cukuplah nanti aku mampu tersengih sorang sorang depan lappy bila baca balik post lama yang menonjolkan sifat ke- tidakmatangan aku. hahaha



kalau boleh, tiap kali ada moment yang wajib aku ingat dalam hidup aku, aku nak post dalam blog nih. tapi tu lah haa, masa tak mengizinkan sangat ;') sebab tu lah aku tak buat tuto nak tarik follower ke buat apa ke untuk naikkan stats. mungkin dulu ye kot. errr? biasalah. kan aku dah cakap, aku tersengih depan lappy bila ingat balik ke-tidakmatured-an aku dulu. hahaahhaha

so, sapa sapa, tolong jangan silap faham. aku takda niat langsung nak tunjuk bagus ke apa ke, tunjuk apa apa ke dalam blog nih. cuma ye lahhh, aku memang direct. why not you all let me to be myself? kalau ada yang tak kena, tegur elok elok. bukan ke baik tu? kan kan. 



back to the topic. memandangkan tiap kali result wajib aku kenang sepanjang hidup aku tak kira lah masa form 1 sampai form 5 ke, so aku taip luahkan perasaan ah sekarang. hahahhaa

sekarang aku dah dapat 10 subjek, 1 subjek je tak dapat lagi. cer teka subjek apa cer teka. haha. tak perlu kerah otak sampai sakit kepala nak tahu subjek apa yang tak tahu lagi sebab memang dah boleh agak subjek apa. semestinya arabbb ! oh baby baby. hahaha ^^

first, tak silap aku dapat BM. aku agak speechless jugak ah dengan diri aku sendiri sebab aku dah bergaduh dengan cikgu pasal result. hikhok. calang calang orang boleh 'bergurau senda' dengan cikgu yang memang tahap bekengnya melampau kalau tak kena cara. hahaha. macam ni, aku nak betulkan banyak markah. aku nak suruh cikgu check. satu satu dapat markah. lepas tu ada lagi, cikgu aini cakap, 'eh awok ni banyok lah nyoh! bo bo ah sayo malas doh check hok awok.' aku pun terus jawab, 'eh cikgu! tokleh gitu cikgu. ni melibatkan maso depan sayo nih cikgu walau so markah.' cikgu tunjuk muka marah beliau tapi tak dapat sebab dia nak tergelak. hahaha

second, dapat result BI. oh mak kau aku speechless bila aku tahu aku dapat A- sebab masa exam tu satu habuk pun aku tak tahu apa aku jawab especially pasal taylor tu. hahaha. jujur ah aku cakap. takda satu benda pun aku faham petikan pasal taylor tu. sumpah! yang aku tahu taylor tu budak 'istimewa'. tu je. yang lain aku just agak dan buat olok olok macam aku ni expert english dan just go through buat. hahaha tak sangka part tu aku dapat full. memang terngangaaaa!!! haha. memang ah orang lain dapat tinggi dari aku. tapi apa peduli aku? ada aku kisah? aku dah habis bersyukur okayy dengan result BI aku sebab memang paling maksimum aku target B. bukan B+. aku tahu kemampuan aku setakat mana. so, be grateful !


then aku dapat result sej. haha okayyy cikgu. terima kasih. memang saya tak study mana pun hari tu sebab saya letih, muakk dah dengan sejarah hari tu. hakhak.entah kenapa hari tu saya rasa malas yang teramat sangat nak hafal sejarah. hahaha. maaf cikgu :')

for pqs and psi, half of my friends got A+ for both subject. and i? of course lah tidak kalau bab hafal hafal kena masuk dalam otak lepas tu all out atas kertas. memang aku agekk ah low kalau bab hafal nih. entah kenapa tak rasa apa apa pun bila mereka dapat a+ tuk dua subjek nih dan entah kenapa jugak tak rasa kecewa. huhuhu ^^

and for bio, kim, fiz. alhamdulillah sebab hari tu aku langsung hentam apa yang aku rasa buat. aku just all out. buat apa yang ada dalam otak tanpa kira betul atau tak especially bio fizik ahh. agak speechless bila bio dapat paling tinggi antara 3 subjek sains tu. hahahaha. memang aku tawakkal, berserah pada allah 100% untuk 3 subjek nih. and yes, target fail !

mm, alhamdulillah. aku tak target A pun sebenarnya sebab mathmode exam last and masa tu aku tengah fobia tengok nombor lepas aku takleh jawab addmath hari tu. and yes, agak speechless tahu result haha. and only this subject i got a+ in this midyear. hahahahhah sila gelak.

ADDMATH ! tak sabar sabar nak taip. woot woot, tapi, aku dah post hari tu sebab aku terlampau eksaited,huwahuwahuwa~


jujurnya, apa yang aku target luhur dari hati yang suci ( HAHAHHAHAHA ) ialah :


BM - 70 
BI - 70
BA - antara C / D 
SEJ - 75
PQS - 75
PSI - 75
MM - sekitar B 
MT - FAIL dengan bangganya 
BIO - B / C+
FIZ - B / C+
KIM - A / B+ 
ni result midyear aku :

BM  -  A
BI  -  A-
PSI  -  A
PQS  - A-
KIM  -  A-
FIZ  -  A-
BIO  -  A
MM  - A+
MT  -  A- 
BA - still waiting :') maybe antara C / D kot. wahahhahhaha~

overall, yang aku boleh cakap. result aku kali ni down dari exam lepas. tapi exam kali ni aku rasa sangat sangat bersyukur ke hadrat ilahi. alhamdulillah sebab exam kali ni tercapai target. syukur pada nikmat allah :))


" Never lose hope. Stay close to Allah and when you mess up, go back to Him. Never, ever stop going back to Him. Repent often. Cry to Allah. And hold on tight—with your life—to His remembrance and to prayer. If you do this, you may get wet, but insha Allah never drown in this ocean of dunya. "

thanks for everything ya allah :')) 

sesungguhnya addmath telah banyak bagi aku kesedaran. aku rasa allah nak bergurau dengan aku. dan allah nak tegur aku supaya tak riak, supaya tak sombong, supaya sentiasa pupuk sikap mahmudah, dan so onnnn supaya lah kan ?

addmath, i'll try to get A+ for you in SPM. 

sekian.

Saturday, June 16, 2012

13 Jun 2012 :') - Friends


amaran keras! entry ni sangat sangat panjang.



sorry sebab entry ni sangat lewat aku post even aku sendiri pun tak sabar sabar. biasalah kan, budak tamrin, kena balik lewat. tapi ye lahh, memandangkan shahira shuhada ni otaknya ngengok sikit, jadiii aku pun lariii. hahaa :D nakal tak nakal tak ? hikhok

okay back to the topic. 13 jun 2012 - friends ? kalau perasan, post yang lepas 13 jun 2012 - family kan? yang post tu pasal family. post kali ni pasal kawan kawan MMP yang semuanya buat aku sedih tak wish. XD


tidur masa mudir bagi speech. hahahhaha :') - the real me.
aku cerita satu satu supaya nanti aku besar, dah masuk uni nanti, aku akan kenang kenangan birthday dengan kawan kawan MMP yang mungkin tahun depan dah start berpecah sampai bila bila sampai mati! sedihnyaa bila tahu fakta yang tahun depan sorang amik course ni sorang amik course ni sorang masuk uni ni sorang masuk uni tu sorang pergi negara tu sorang pergi negara ni. ya allah sebaknyaa! kalau boleh taknak berpisah dengan semuanya especially student 5K1 ! sebab antara banyak tahun, tahun ni paling aku rasa ada kawan kawan baik yang sememangnya ngokngek, kompetitif dengan aku, selalu buli aku ( orang lain buli aku, aku tak pernah buli orang punn. aku punya lah baik, ada ke patut aku buli orang lain ? erk >.< ) selalu buat gila gila dengan aku, dan sporting. ajak makan nasi cikgu, okay bereh jah mekda. bilo nok makei ? berapo yar sorei ? terasa speechless gak ah wei dapat kawan yang sporting habis tak pernah soal itu ini. KONONNYA



okay macam ni ceritanya. hari rabu hari tu kan, birthday aku. aku punya lah bersemangat nak pergi sekolah sebab nak dengar kawan kawan ucap HAPPY BIRTHDAY MEKDAAA. punya ah semangat. rupa rupanya ? gilaa gilaa gilaa !!!!!!

mula mula sampai kat sekolah, iffah first person yang wish. thank you iffah :') nanti 18 jun ni birthday iffah pulokk. lepas tu, aku tengok la fina, fizah, adlin and so on duk kat tangga tuh. aku pun pergi letak beg dan terus pergi kat diaorang. aku dengar fizah cakap happy birthday mekdaaa. tapi bila aku tengok reaksi dia, eh yo lo ko dio wish nih? muko pun sedo jah. so aku buat bodoh je lah. masa tu memang dah lenyap ah ingat birthday aku sebab memang syok cerita nak buat trip lepas SPM. hahaha :)






masuk la kelas. aku tengok hanan, hajar, dayah, suha, adlin buat sedo jah mukaaaaa. macam tak ingat langsun birthday aku. tapi aku still buat muka bodoh lagi lah kan. mungkin diaorang nak wish lepas ni kot. tunggu punya tunggu. still takda. masa addmath tu, aku tengok adlin pergi belakang. aku pun tanya ah bakpo adlin duk belakei ? hajar jawab, dio nok tanyo addmath ahhh! aku pun oh okayyy. silakan silakan study. haha :) masa balik, aku pergi kat nagoya dengan kawan kawan nak beli present untuk cikgu aini. masa kat parkway, aku tertarik dengan satu benda nih. alah, yang bekas boleh letak wishes kita tiap hari tu. aku nak beliii sangat. tapi bila bukak dompet, hampeehhhh ada 5 ringgit jee! lepas tu nak balik sekolah lah kan, aku jalan kat belakang, OMGGGG air mata menitis derrr sebab kawan kawan tak ingat langsung birthday aku. --' sedih, parah, kecewa, sakit hati ni bila sorang pun kawan tak ingat birthday kita tahu tak? aku langsung tak nak hadiah apa semua, nak wish je. tapi ? geram! sorang pun tak wish. tu yang sebak sampai menitis air mata tuh. hahahaa 




masa atas bas, hanan tanya, da, yo mari deh esok? mari deh? aku pun cakap ah, tengok ah dulu kalu ore mari dok. kalu ore charge kamera, ore mari, kalu dok gak dok ah kot nan. hanan pun cakap, eh mari lah esok! sedak tahu dok hari guru nih. aku pun start eh pelik eh aku sero meknan nih. curious.

keesokan harinya, (cehhh! panjang nak mampus, cerita baru nak masuk. haha biasalah, introduction ) hanan text aku tanya aku mari ke tak hari ni. aku pun pelik lah kan. dah la semalam pun tanya. lepas aku siap siap, aku pun pergi lah kat tunggu bas tu. aku tengok wani. tanpa malu aku tanya, eh wanii! birthday aku marin mu tahu tok? mu tok wish pun kat ku. wani pun cakap, aku nok wish doh bena kat tapi tok ingat semacei. hahahahha lepas tu, tanya ana, na! mu tok wish pun birthday aku marin. sapa hati mu mekna. ana pun suka lepas tu dia cakap, nati aku wish lah. okay start lagi curios, perlu ke tunggu NATi ? lepas tu, just go onn lah kan. dah orang tak ingat birthday kitaaa.

sampai kat sekolah, aku masuk kelas. ada hajar, kuya, mia. aku tengok atas meja aku ada sampul kecik je wane pink. aku sengih sengih macam orang bodoh kot!! haha. dia tulis SWEET SEVENTEEN blablaballaa. aku fikir gak lah sapa yang tulis. tak terfikir pun aku mieyah tulis sebab aku dengan mieyah ni memang rapat tapi tak expect lah kan ? hahaha thank you thank you mieyahh! hajar kuya tengok gituu je. ya allah sampai hati merekaaaaa. menangis sendu jiwa dalam hati ahhh !

lepas tu, nak dijadikan cerita. aku nak makan nasi lemak yang sekolah bagi. tak tersangka dek aku, habis tumpah air sirap dalam nasi and then melimpah atas baju aku. hahaha. memang speechless sampai aku langsung tak lari. memang banyak ah tumpah! aku just duduk situ dan tanya, bila air sirap ni nak stop tumpah atas aku nih? tengok je kain aku habis basah tanpa buat apa apa. hahaha hanan suha cakap lari mekda lari lah wei! lepas tersedar ( cehhh ) aku pun lari dan terfikir, ya allah malangnya nasib aku. ada petanda apa apa ke ni ya allah ? macam ???? pulak aku rasa diri aku nih. hanan tolong aku. lepas tu dia cakap, insyaallah lepas ni kebahagiaan akan menemuimu. aku pelik lah kan? dah la aku curios dah semalam.

around pukul 11 gitu lah kot, hanan suruh ikut dia amik kamera. aku pun ikutlah even nak sangat tengok persembahan cikgu. masa depan taman karisma, aku dengar hajar cakap tok siap lagi. gi koop. hanan pun ajak aku pergi koop. aku tak syak apa apa pun time tu. lepas keluar dari koop, aku ajak hanan pergi tengok cikgu. hanan cakap, olohh. kito gi tengok sep2 tu ah dulu. pahni baru kito gi tengok cikgu. aku pun okay ah. hanan jalan laju je. masuk je taman karisma, aku tengok kawan kawan semuanya buat bulatan ikut meja bulat tu. aku pun tanya lah, bakpo dengei sep2 mu nih ? pelikk jugak ah kan masa tu ?

habis je aku tanya, diaorang pun nyanyi HAPPY BIRTHDAY MEKDA HAPPY BIRTHDAY MEKDA HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU.








masa mereka nyanyi tu, terus aku nangissss! hahaha. aku cakap ah, 'sep2 mu jahat! aku sedih sep mu tahu dok sebab takdok sorei pun hok wish kat ku marin. jahat semo! aku pelik jugok sebab aku tengok adlin, hanan online efbee marin, tapi tokwish pun kat ku. takkei la dalei efbee tok napok ? gerei sep2 mu tahucdok ?' jahat semuanyaaA! sampai hati buat aku macam orang bodoh yang tunggu kawan kawan wish. 









lepas tu bergambar lah kan? haha. memang terkejut gila even masa tu aku curios dengan hanan sejak hari rabu lagi. diaorang suruh potong kek, memang ketar ketar nak potong sebab first time kawan sambut kottt! haha. speechless. terkejut tengok ramai sangat kawan kawan yang sambut birthday aku. tak sangka jugak kuya, mia, suha pun ada sekali. haha ;') terima kasih semua! hargai sangat sangat. mirah, zahiyah, anis, sapa lagi eh, yang aku takda lah rapat sangat, tapi turut join sekaki. memang aku sangat sangat hargai lahh! aku akan ingat sampai mati. kek tu best sangat. tapi aku makan sikit je sebab gembira sangat kot sampai tak lalu. hahaha ;')


















perasan cantiknyewwwww i~ kihkihkih. 

masa syok syok makan, dayah cakap dia nak pergi dah. angguk je lah kan. tiba tiba, semua tepuk sambil nyanyi happy birthday. aku blur. dalam hati, eh nyanyi sapo pulok sep2 ni nih ? tapi aku tepuk jugak even aku blur. haha. anis cakap kat aku hanan hanan. ohh baru aku tahu, nak buat suprise tuk hanan rupanya. lepas tu, tak ingat dah sapa bawak kek tu kat hanan. hanan memang terkejut nak mati ahh. dia nak nangis, tapi tak terkeluar. selama ni dia duk plan birthday aku, tiba tiba dia sendiri yang di-suprisekan. hahaha. 












hajar cakap, dayah yang plan semo nih. eh dok dok, suhaaa lahh! semua suka. suha pun lari tempat lain dan semuanya provok cakap suha ni sweet, romantik la apa la. dan suha pun, menangisss! hahaha XD semua cakap wooh! suha boy jerit weh jerit wehhh! hahahahha gila semua!



aku tahu suha sayangg sangat sangat kat hanan even dia selalu buli hanan. suha tak mungkin cakap, nan! aku sayang gilooooo ko mu nan. tapi actions speak louder than words kan ? sebenarnya, birthday hanan ni 23 may lagi kalau tak silap aku. cuma masa tu takleh nak sambut sebab sibuk berperang dengan exam. memang aku dah plan nak buat suprise, tapi tak sangka lah pulak mereka dah plan tanpa aku tahu ! haha

lepas tu makan kek, chakedis ( hiraukan ejaan ), air, dan jugak apa eh orang panggil, tak tahu dari hajar. best gilaaa! sambil gambar gambar, sambil makan. hahahaha. memang menangis je hari tu sebab terharu nak mati !








masa ni hajar tengok cakap dalam video yang kuya buat. hahaha. nakal nakal ^^
















masa nak balik tu, naik kelas. jumpa fina and the geng, dia pun baru wish. dia cakap, aku nok wish doh marin da. sep2 ni tok sei wi aku wish ko mungg. haha XD kawan, happy happy tahu tak ? haha. lepas tu baru kawan kawan lain wish kat aku. semuanya jawapan sama, sep2 ni toksei wi aku wish ko mu. 













masa atas bas tu, hanan cerita lah macam mana dia nak prepare suprise tuh kat aku. dia cakap ah remuk jantung ( KONONNYA ) bila takdapat wish kat aku masa rabu baru nih. hahaha :') hanan pun tak sangka mereka akan buat suprise untuk mereka jugak. 

lepas tu jumpa mieyah, dia tanya ah ada ke tak sampul pink yang aku cakap tadi tu kan. masa tu baru aku tahu yang mieyah yang bagi. haha ;') dia cakap ah dia nak wish rabu baru ni, tapi seperti yang aku cakap tadi, mereka tak bagi. dia cakap, 'aku nok wish doh ko mu. pah tengok mu wak bodo tapi napok mu sedih. pahtu pagi tadi (khamis) sep2 ni oyak mu update blog. hahah lawok!' terdiammm. kihkihk





guyssss! thank you thank you. aku tak tahu la berapa hinggit habis sorang untuk suprisekan aku dengan hanan. thanks thanks thanks! aku sayang sep2 mu sapa matiii lahh --' you're the best friends that i ever had <3


the best picture that i really love ;


weirdooooooooooo --' hahahahhaha ^^


thank you friends. thank you.

sarangheyo :)